Buletin Online |
Ditulis oleh SM Noor | |
Saturday, 28 June 2008 | |
Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kerana pihak wartawan dan pengamal media sudi hadir ke Majlis Media Bersama Pimpinan PAS Terengganu yang diadakan dekat sini kelmarin. Beliau berharap hubungan baik antara pihak PAS dan wartawan berterusan dan menegaskan beliau tidak pernah menghadapi apa-apa masalah dengan pihak media. “Saya tidak pernah nak berperang dengan wartawan, tak pernah nak berperang, tegur sekali sekala ada, memang adalah, “memang saya boleh boleh sebut sungguh, hok saya kata tu betul sungguh, tak betulnya dia (wartawan) buat (tulis) begitu,” kata Mustafa Sebelum itu, Dato’ Mustaffa menyarankan, wartawan perlu melaporkan sebagaimana yang dinyatakan dan adalah lebih baik bagi para wartawan tidak menyiarkan sesuatu berita itu daripada membuat laporan yang negatif. Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa pendapat dan pandangan yang berupa persepsi masyarakat terhadap PAS yang telah diutarakan oleh beberapa wartawan yang hadir. Beliau berkata persepsi yang dinyatakan tersebut, mungkin benar dan mungkin tidak benar, namun sekiranya ia dianggap benar oleh masyarakat, ia akan memberi kesan samada positif atau negatif. Menurut Dato’ Mustafa persepsi masyarakat yang sedmikian itu terhadap PAS berpunca dari laporan yang disiarkan oleh media terutamanya yang yang menganggap PAS adalah ganas. “oleh kerana mungkin pelaporan (reporting) yang tidak tepat maka menimbulkan persepsi yang demikian,” jelas beliau. Menurutnya wartawan yang hadir disitu bukanlah orang yang menentukan samada sesuatu berita itu disiarkan atau tidak dalam sesebuah akhbar. Namun begitu, beliau berkata pada masa-masa yang lalu, sedikit sebanyak ada juga wartawan diperingkat bawah yang melaporkan berita yang tidak tepat dan ia memang disengajakan. Majlis Ramah Mesra Bersama Media yang diadakan kelmarin adalah julung-julung kalinya diadakan oleh PAS Terengganu memandangkan adanya perubahan pelaporan yang lebih baik dibuat oleh pihak media arus perdana selepas daripada pilihanraya umum kali ke 12 yang lalu. Majlis tersebut telah mendapat sambutan dikalangan para wartawan yang bertugas di negeri Terengganu. Seramai 32 wartawan dan pengamal media hadir dalam majlis tersebut. |
0 comments:
Post a Comment