+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, July 4, 2008

Bala Dipaksa Tarik Balik Akuan Berkanun !?

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Editor
Friday, 04 July 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita7/balaharini%26semalam.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang membuat kejutan dengan akuan berkanun mendedahkan penglibatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menarik balik akuan berkanunnya hari ini.

- Polis akan siasat dua akuan bersumpah Balasubramaniam

- PKR buat laporan polis terhadap Najib petang ini - KEMASKINI 4.00pm
- AMK Terengganu buat laporan polis terhadap Najib

- Akuan berkanun 1 Julai dibuat secara sukarela – Peguam Americk Singh
- Akuan Balasubramaniam Tidak Boleh Ditarik Balik - Majlis Peguam

P Bala hari ini telah mengadakan sidang akhbar dengan peguam lain.(Gambar - Berbeza ! penampilan hari ini yang tidak terurus dan gambar sidang media kelmarin)

Dalam akuan berkanunnya 1hb Julai yang di dedahkan semalam, Balasubramaniam mendakwa Najib mempunya hubungan seksual dengan Altantuya. Najib juga didakwa memperkenalkan Altantuya kepada Abdul Razak Baginda.

Hari ini dalam satu sidang, Balasubramaniam berkata beliau telah dipaksa membuat akuan berkanun tersebut dan Balasubramaniam membuat akuan berkanun yang baru.

Akuan berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.

Balasubramaniam juga mempunyai peguam yang baru. Peguam Americk Sidhu, yang bersamanya semalam, juga tidak tahu apa yang sedang berlaku. Sidang akhbar Balasubramaniam masih berjalan.

Semalam, Balasubramaniam membuat pendedahan yang menggemparkan bahawa beliau telah mendengar dari Abdul Razak mengenai hubungan Najib dengan Altantuya.

Tetapi hari ini beliau berkata, beliau mahu menarik balik akuan berkanunnya pertama, yang difailnya pada 1 Julai, dan menggantikannya dengan yang baru, yang diumumkannya hari ini.

"Saya mahu menarik balik akuan berkanun yang pertama," katanya sambil menambah, beliau dipaksa membuat akuan berkanun tersebut.

Balasubramaniam telah diupah oleh Abdul Razak untuk menguruskan Altantuya pada 2006 yang mengganggu Abdul Razak, yang juga rapat dengan Najib

Akhbar-akhbar media perdana melaporkan sidang media semlam dan akuan berkanun yang didedahkan adalah kerana paksaan, namun laporan akhbar tersebut telah dinafikan oleh peguam yang mngendalikan akuan berkanun tersebut Americk Singh .

Dalam Sidang Akhbar Parti Keadulan Rakyat (PKR) lewat petang ini yang telah dibuat oleh Timbalan Presiden Sivarasa Rasiah bersama Americk Singh Sidhu peguam yang mewakili Balasubramaniam semalam
, telah menyatakan bahawa P Bala mungkin telah dipaksa menarik balik akuan berkanun sebelum ini.

Laporan NTV7 jam 7.00 petang ini telah mengesahkan kenyataan Timbalan Presiden PKR itu

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |