+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, July 4, 2008

Saiful jumpa TPM mengadu hal

Utusan Online

KUALA LUMPUR 3 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Mohd. Saiful Bukhari Azlan telah menemui beliau untuk mengadu hal bahawa dirinya diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Mohd. Saiful berjumpa di rumahnya beberapa hari sebelum dia membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

‘‘Saya menerima kedatangannya atas sifat saya sebagai seorang pemimpin. Dia sebagai rakyat biasa, yang ingin mengadu dan saya tidak pernah mengenali beliau sebelum ini.

‘‘Saya mula-mula tak berapa yakin dan skeptikal, sama ada cerita ini benar ataupun tidak, jadi saya serah kepada dia dan serah kepada polis untuk menentukan apa-apa tindakan selanjutnya.

‘‘Saya tidak pernah menasihatinya supaya membuat laporan polis. Saya hanya berkata, ia terpulang kepada kamu dan saya tak pasti (ketika itu) sama ada dia akan membuat laporan itu,” jelasnya pada sidang akhbar di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Ditanya bagaimana keadaan Mohd. Saiful ketika pertemuan itu, Najib yang percaya pemuda itu memilih untuk menemui beliau kerana mengenali pegawai khasnya (Khairil Anas Yusof), berada dalam keadaan trauma dan ketakutan serta ‘seram sejuk.’

Mengenai adakah aduan Mohd. Saiful mempunyai asas, beliau berkata, dakwaan lelaki itu nampak tulen.

‘‘Saya tak berani nak kata, tapi dia nampak tulen, tapi saya tak berani buat kesimpulan. Saya nasihat kepada dia. Awak sendirilah putuskan.”

‘‘Dia telah cerita segala-gala yang telah berlaku. Cerita itu banyak. Satu hari saya mungkin boleh cerita, nanti lepas kes di mahkamah,” jelasnya.

Ditanya adakah beliau bersedia memberi keterangan kepada polis mengenai pertemuannya dengan pemuda itu, Najib menjelaskan, beliau hanya mendengar keterangan Mohd. Saiful.

‘‘Saya dengar dia sahaja. Keterangan ini bukan pada saya, keterangan daripada dia. Yang mustahak, penting sekali daripada dia bukan daripada saya.” tegasnya.

Dalam pada itu, Najib menjelaskan, kedatangan Mohd. Saiful ke pejabat Timbalan Perdana Menteri tiga bulan lalu ialah untuk mendapatkan surat sokongan bagi memohon biasiswa dan tidak melibatkan sebarang pertemuan dengan beliau (Najib).

‘‘Dia hanya mengadakan perjumpaan dengan pegawai khas saya. Anda tidak boleh menhubungkan dua pertemuan ini bagi menuduh wujud konspirasi,” katanya.

Ditanya adakah Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sepatutnya terlibat dalam penyiasatan kes liwat terbaru itu kerana didakwa Anwar pernah memalsu keterangan sebelum ini, Najib menegaskan:

‘‘Mereka tidak boleh melibatkan diri jika siasatan itu membabitkan dakwaan terhadap diri mereka. Tetapi mereka masih ketua organisasi penguat kuasa masing-masing dan perlu meneruskan tugas.”

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |