+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, July 4, 2008

Majlis dihadiri Presiden MIC bertukar kecoh

Mstar Online

04-07-2008 04:46:02 PM

JOHOR BAHARU: Majlis perletakan batu asas pembinaan bangunan baru Sekolah Tamil Ladang Ulu Tiram hari ini bertukar kecoh apabila sekumpulan 100 orang mahukan penjelasan Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berhubung isu saham syarikat Maika Holdings.

Mereka mengambil kesempatan berkumpul di pintu masuk sekolah berkenaan mendesak Samy Vellu menjelaskan kedudukan sebenar saham itu sehingga menyebabkan ibu bapa mereka yang membeli saham itu lebih 20 tahun lalu tidak mendapat sebarang faedah.

Majlis perletakan batu asas yang bermula 9 pagi itu dihadiri kira-kira 200 orang termasuk ibu bapa pelajar dan guru sekolah itu.

Wartawan akhbar Tamil Makkal Osai C.Rasamanikam yang menghadiri majlis itu berkata, Samy Vellu enggan menemui kumpulan terbabit dan telah meninggalkan premis sekolah berkenaan menggunakan pintu yang lain selepas majlis itu selesai 11.30 pagi.

"Kenderaan yang membawa Samy Vellu bertindak meninggalkan premis sekolah itu menggunakan pintu lain, menyedari kumpulan yang ingin bertemunya telah berkumpul di pintu masuk sekolah itu," katanya.

Menurut Rasamanikam, kenderaan Presiden MIC itu terpaksa menggunakan jalan ladang untuk ke satu majlis lain yang diadakan di sebuah kuil Hindu di Taman Bukit Tiram, tidak jauh dari sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, kumpulan itu mengekori Samy Vellu dan berkumpul di luar kuil terbabit tetapi Presiden MIC itu tetap enggan menemui mereka.

Rasamanikam berkata Presiden MIC itu meninggalkan kuil berkenaan tidak lama kemudian. BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |