+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, July 4, 2008

Kempen naik basikal

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Bernama
Jumaat, 04 Julai 2008



PP: Satu kempen untuk menggalakkan orang ramai menaiki basikal akan diadakan di sebelah pulau negeri ini akhir bulan ini.

Ia dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang dan Persatuan Berbasikal Pulau Pinang pada 27 Julai ini.

Kempen sejauh 12 kilometer kali ketujuh itu akan bermula di hadapan Bangunan Tuanku Syed Putra dan melalui beberapa jalan di sekitar Georgetown seperti Lebuh Pantai, Lebuh Chulia, Jalan Penang, Jalan Anson, Jalan Pangkor dan Jalan Sultan Ahmad Shah sebelum kembali semula ke tapak permulaan.

Presiden CAP S.M. Mohamed Idris berkata, lebih 1,000 peserta dijangka terlibat dalam kempen itu yang sebahagian besarnya terdiri daripada pelajar sekolah.

Katanya orang ramai yang ingin mengambil bahagian boleh mendapatkan borang penyertaan daripada pejabat KPDNHEP, Pejabat CAP, Persatuan Berbasikal Pulau Pinang dan 35 buah kedai basikal.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 14 Julai dan para peserta akan diberi sehelai baju-T serta sijil penyertaan.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |