+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, September 10, 2008

Arab Saudi tidak setuju OPEC kurangkan pengeluaran minyak

Utusan Online

VIENNA 9 Sept. - Arab Saudi yang berpuas hati dengan kejatuhan harga minyak sejak kebelakangan ini tidak berminat untuk meluluskan cadangan pengurangan pengeluaran minyak oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang bimbang tentang lebihan bekalan komoditi itu.

Menteri Minyak negara itu, Ali al-Nuaimi berkata, negara itu telah bekerja keras sejak mesyuarat OPEC pada Jun lalu untuk membawa harga minyak kepada paras sekarang.

Arab Saudi adalah pengeluar terbesar minyak mentah dunia dan merupakan pemimpin de facto kepada OPEC yang berada di bawah tekanan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya berikutan kenaikan harga komoditi itu.

Berikutan itu, Arab Saudi telah bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 500,000 tong sehari (bpd) pada bulan Mei dan Jun bagi membantu mengurangkan harga pasaran minyak yang pernah mencecah AS$147 (RM501.15) pada Julai lalu sebelum menyusut pada sekitar AS$105 (RM362.2)setong.

Pandangan Arab Saudi itu menimbulkan pertikaian di kalangan 13 anggota OPEC yang bercadang untuk mengemukakan polisi pengeluaran baru.

Iran, Venezuela, Libya dan Algeria telah menyatakan kebimbangan lebihan bekalan dalam pasaran mencadangkan supaya pengeluaran dikurangkan untuk mengekalkan harga.

Presiden OPEC dan Menteri Tenaga Algeria, Chakib Khelil semalam berkata, pengurangan pengeluaran minyak akan dibincangkan oleh kumpulan itu yang menghasilkan 40 peratus minyak dunia.

''Semua orang bersetuju bahawa kita akan berhadapan dengan lebihan bekalan antara setengah juta dan satu setengah juta bpd menjelang awal tahun depan,'' katanya.

Sebelum mesyuarat itu berlangsung, kebanyakan penganalisis menjangkakan OPEC akan bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran secara tidak rasmi sebelum perjumpaan sekali lagi pada Disember ini.

Sementara itu, harga minyak terus menjunam kepada AS$102 (RM351.9) setong, paras terendah sejak April kerana pasaran sedang menunggu keputusan sama ada OPEC akan melakukan perubahan dalam pengeluarannya.

Penghantaran bagi minyak mentah Brent North Sea pada bulan Oktober berada pada paras AS$102 (RM351.9).

Untuk penghantaran bagi light sweet crude pula jatuh AS$1.24 (RM4.27) kepada AS$105.10 (RM362.5) setong.

- AFP

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |