+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, September 10, 2008

Krisis UMNO Terengganu Kronik - Tengku Putera Pecat Setiausaha, dua AJK Hulu Terengganu

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wartawan Buletin
Wednesday, 10 September 2008

http://buletinonline.net/images/berita11/umno%20kronik.jpg

Krisis UMNO Terengganu
sebenarnya tidak sama dengan apa yang dibayangkan dan diberitahu oleh kepimpinan UMNO yang sentiasa menyatakan UMNO Terengganu tiada masalah dan menafikan parti itu menghadapi krisis yang amat kronik.

Hari ini, dua ahli jawatankuasa Umno Bahagian Hulu Terengganu, Mohd Pauzi Yusof dan Jalaluddin Ismail mendakwa mereka dipecat oleh ketua bahagian itu Dato’ Tengku Putera Tengku Awang tanpa alasan kukuh.

Agensi Bernama melaporkan selain Mohd Fauzi dan Jaluluddin, Setiausaha UMNO bahagian itu, Baharudin Bilaldiah, turut dipercayai dipecat daripada jawatannya.

Mereka yang dipecat itu berkata, mereka menerima surat pemecatan bertarikh 4 September beberapa hari lepas yang ditandatangani oleh Tengku Putera.

Mohd Pauzi, yang memegang jawatan tersebut sejak 2000, berkata walaupun beliau dan Jalaluddin telah dilantik untuk menyandang jawatan tersebut dan ketua bahagian berkuasa untuk mengambil tindakan itu tetapi alasan pemecatan masih perlu diberikan.

Beliau mendakwa pemecatan itu berkemungkinan disebabkan oleh tindakan mereka mencadangkan calon lain untuk bertanding sebagai Ketua Bahagian dalam mesyuarat UMNO cawangan baru-baru ini.

Katanya tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan dalam keadaan politik pada masa kini kerana ia boleh memecah perpaduan ahli parti.

Selain Mohd Fauzi dan Jaluluddin, setiausaha UMNO bahagian itu, Baharudin Bilaldiah, turut dipercayai dipecat daripada jawatannya itu.

1 comments:

Unknown said...

Jika pemecatan dilakukan atas sebab-sebab tertentu misalnya melibatkan penyelewengan atau memang mempunyai masalah, tak apalah jika dipecat. Tapi jika dipecat atas alasan yang tidak munasabah, maka ianya akan mengundang perpecahan di dalam parti. Tambah pula dalam keadaan UMNO sekarang yang memerlukan proses baikpulih...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |