Tranungkite Barisan Peguam Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah hari ini mempertikaikan campurtangan Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang cuba memindahkan kes pendakwaan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. . Artikel ini menganalisa rancangan keji Ghani Patail untuk mensabotaj perjalanan kes Anwar Helah terkini UMNO dan Peguam Negara ini ada 3 tujuan: 1. Melengah-lengahkan perbicaraan: Kalau memang nak dakwa di mahkamah tinggi, dakwalah sejak awal di situ. Nampak sangat nak lengah-lengahkan. 2. Menukar hakim: UMNO berharap agar hakim yang pro-UMNO seperti yang didedahkan dalam Skandal Lingam akan mengendalikan kes ini 3. Membatalkan ikatjamin – bila kes dibawa ke mahkamah tinggi, mungkin hakim yang pro-UMNO nanti bolehlah membatalkan ikatjamin Anwar. (selingan: penulis melayunett BUKAN melayunet)
Dilulus terbit pada Wednesday, September 10 @ 16:46:42 MYT oleh reformis
Oleh melayunett
"
Kes ini sebelum ini dibicarakan di Mahkamah Sesyen iaitu mahkamah yang lebih rendah dari Mahkamah Tinggi. Abdul Ghani Patail sebelum ini berulangkali mendakwa tidak akan campur tangan atau melibatkan diri dengan kes Anwar kerana dirinya sedang di siasat atas dakwaan salahguna kuasa berhubung kes Anwar sebelum ini.
Ghani juga tidak turun padang sewaktu kes Batu Putih dengan Singapura dan dilihat sebagai tidak kisah dengan kedaulatan Malaysia.Menurut para peguam Anwar, tidak sepatutnya Abdul Ghani terlibat didalam kes tersebut kerana sebelum ini, Perdana Menteri Abdullah Badawi telah mengatakan Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.
Ianya kerana, dua individu berkenaan terlibat secara langsung untuk mereka-reka bukti diatas dakwaan liwat keatas Anwar sepertimana laporan polis yang dibuat oleh Anwar Ibrahim 10 tahun lalu.
Hakim SM Komathy Suppiah menetapkan 24 September untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujah terhadap kesahihan perintah pemindahan kes yang ditandatangani oleh Abdul Gani itu. UMNO sebelum ini dipercayai marah dengan Hakim SM Komathy kerana membenarkan ikat jamin terhadap Anwar.
Wednesday, September 10, 2008
Terkini : Ghani Patail Cuba Sabotaj Kes Anwar!
Posted by
Sang Pemantau
at
10:26 PM
Labels: DSAI, konspirasi, peguam, tranungkite
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment