+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, September 10, 2008

Ketua pemuda: Adnan tak jadi lawan sebab takut menang

KLpos

KUANTAN: Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti Disember ini kerana bimbang tidak dapat memikul tanggungjawab jika menang.

Katanya beliau membuat keputusan itu selepas menimbang dengan teliti sejak dua minggu lepas.

“Saya dapati kalah itu ada kemungkinan, menang tidak mustahil, saya ambil kesimpulan saya takut saya menang.

“Jadi kalau saya menang nanti saya bimbang tak terpikul tanggungjawab kerana dari segi masa...(tetapi) tenaga, idea dan usia semua masih kuat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Adnan pernah berkata beliau sedang memikirkan dengan serius untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda apabila menerima permintaan daripada anggota pergerakan itu.

Katanya beliau bimbang tidak mampu menguruskan hal ehwal negeri Pahang dan kerja politik sebagai Ketua Pemuda secara serentak.

Beliau berpendapat hanya dua calon iaitu Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir patut bertanding merebut jawatan itu.

Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang menyambut baik kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali ke pangkuan Umno.

“Beliau bukan buat salah besar, beliau sendiri keluar (parti) jadi kalau beliau masuk balik, lagilah elok,” katanya.

Katanya sebarang teguran dan pandangan daripada Dr Mahathir dalam menguatkan UMNO juga seelok-eloknya dilakukan mengikut saluran parti itu. / Bernama

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |