Agenda Daily
Tidak sampai pun 24 jam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan ‘serangan’ terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menggunakan ‘peluru’ yang berupa akuan bersumpah penyiasat persendirian yang dakwa kaitan Najib dengan Altantuya Shariibu, pagi Jumaat nampak gayanya ‘peluru’ itu makan tuan.
P. Balasubramaniam dalam sidang media yang diwakili peguamnya, M Arulampalam di sebuh hotel di Kuala Lumpur maklumkan beliau menarik balik seluruh akuan bersumpah itu termasuk perkara-perkara yang kaitkan Najib dengan Altantuya.
Antara dakwaan dalam akuan bersumpah yang didedahkan oleh Anwar dalam sidang akhbar bersamanya semalam menyebut Najib yang memperkenalkan Altantuya kepada tertuduh kes bunuh wanita Mongolia itu, Abdul Razak Baginda.
Selain itu dakwaan kononnya Najib melakukan hubungan seks dengan Altantuya. Katanya, beliau berada dalam keadaan tertekan ketika membuat akuan bersumpah yang didedahkan oleh Anwar hari Khamis.
“Saya ingin tegaskan bahawa saya menarik balik akuan saya yang pertama. Saya ingin tegaskan bahawa saya berada dalam tertekan untuk membuat akuan bersumpah bertarikh 1 Julai itu,” katanya dalam akuan bersumpah yang baru membatalkan akuan bersumpah yang terdahulu.
Namun begitu Balasubramanian enggan menamakan pihak yang mengugut beliau.Dalam sidang akhbar itu Balasubramanian ditemani oleh Arulampalam peguamnya yang baru.
Semalam semasa sidang akhbar di ibupejabat Parti Keadilan Rakyat beliau diwakili oleh peguam Americk Singh Sidhu.
Dalam akuan bersumpahnya yang baru hari ini Balasubramanian berkata :
"Saya ingin menyatakan bahawa tidak pernah pada bila-bila masa (Abdul) Razak (Abdullah) Baginda memberitahu saya yang beliau diperkenalkan kepada Altantuya Shaaribu oleh seorang VIP dan pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya bahawa Datuk Seri Najib telah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya Shaaribu dan beliau (Altantuya) sanggup mengadakan hubungan seks luar tabii.
"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib mengarahkan Razak Baginda untuk menjaga Altantuya Shaaribu kerana beliau tidak mahu dia (Altantuya) menganggunya kerana beliau ialah Timbalan Perdana Menteri.
"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda dan atau Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak, bersama-sama dengan Razak Baginda dan Altantuya Shaaribu telah berjumpa dan bersama-sama makan malam di Paris;
"Tidak pernah pada bila-bila masa Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang beliau meminta wang sebanyak US$500,000 sebagai komisen bagi bantuannya dalam urusan pembelian kapal selam di Paris;
"Tidak pernah pada bila-bila masa pun Razak Baginda dan/atau Altantuya Shaaribu memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa dengan Altantuya Shaaribu di Singapura;
"Tidak pernah pada bila-bila masa pun Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang beliau mahu saya mengaturkan untuk beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak;
"Tidak pernah pada bila-bila masa saya ada memberitahu polis semasa penyiasatan mereka mengenai sebarang perhubungan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Altantuya Shaaribu kerana perhubungan itu tidak pernah wujud, pada pengetahuan saya. Oleh yang demikian, kenyataan yang saya tandatangani di hadapan polis sudah selesai;
"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang beliau telah menghantar SMS kepada Datuk Seri Najib pada malam beliau ditahan; dan
"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghantar SMS kepadanya pada hari beliau ditahan yang menyatakan beliau (Najib) akan berjumpa dengan KPN (Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan) pada hari berkenaan dan masalah itu akan diselesaikan dan meminta Razak Baginda supaya terus tenang.
Friday, July 4, 2008
TERBARU...Apa dah jadi...?
2 comments Labels: agenda daily, DSAI, sumpah
Bala Dipaksa Tarik Balik Akuan Berkanun !?
| Buletin Online | | | |
| Ditulis oleh Editor | |
| Friday, 04 July 2008 | |
![]() Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang membuat kejutan dengan akuan berkanun mendedahkan penglibatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menarik balik akuan berkanunnya hari ini. P Bala hari ini telah mengadakan sidang akhbar dengan peguam lain.(Gambar - Berbeza ! penampilan hari ini yang tidak terurus dan gambar sidang media kelmarin) |
0 comments Labels: buletin online, DSAI, konspirasi, najib razak, sumpah
Respon Rasmi Peguambela Balasubramaniam Berhubung Penarikan Akuan Bersumpah
4 July 2008, Petaling Jaya, Malaysia
Saya difahamkan bahawa En Balasubramaniam a/l Perumal telah mengeluarkan kenyataan dalam satu sidang media di Hotel Prince, 11 pagi tadi, menarik balik kenyataannya yang dibuat p[ada 1 julai 2008.
Alasan yang diberikan untk menarik balik akuan bersumpah asal yang dibuat, yang dirakamkan oleh diri saya sendiri, ialah “dipaksa membuat pengesahan melalui ugutan”.
Tiada sebarang butiran berhubung paksaan dan ugutan telah diketengahkan. En Bala dilaporkan tidak menjawab soalan yang dikemukakan pagi tadi di dalam sidang medianya siapa yang mengugutnya.
Untuk rekod, Saya mengesahkan bahawa perakuan bersumpah yang dilakukanoleh En Bala pada 1 Julai 2008 yang disiarkannya semalam dibuat secara sukarela dihadapan kehadiran saya dan pesuruhjaya sumpah, Dr T. Yokheswarem.
Saya menemui En Bala untk pertama kalinya, dengan kehadiran beberapa individu lain kira-kira dua bulan lalu dimana beliau telah meminta bantuan saya untuk menyediakan satu dokumen rasmi merangkumi beberapa bukti yang telah tidak diketengehakan dalam perbicaraan Altantuya yang sedang berlangsung.
Saya meulakan proses berkenaan dua minggu selepas itu. Saya telah menemuinya beberap kali dimana apa yang dinyatakan oleh En Bala pada saya telah saya rakamkan secara bertulis.
Saya tidak mempunyai alasan untuk meragui apa yang En bala nyatakan pada saya selain daripada ia adalah yang benar dan peranan saya adalah untuk mendengar apa yang beliau katakan dan menulisnya menjadi satu perakuan bersumpah dalam format yang sistematik dan komprehensif.
Kenyataan bersumpah itu kemudian dilakukan pengesahan dihadapan pesuruhjaya sumpah yang dinyataan di atas yang bertanyakan pada En Bala samada beliau faham isi kandungannya dan samada ia adalah pengakuan bersumpah beliau sendiri..
Selepas En Bala mengesahkannya, beliau telah diminta untuk menandatangani tiga salinan dan pesurujaya kemudiannya mengesahkannya. En bala telah diminta menunjukkan kad pengenalannya kepada pesuruhjaya sumpah dan kemudiannya menadtangani buku rekod.
Sehubungan itu, saya amat terkejut dengan tindakan En Bala yang dalam masa 24 jam telah mendapatkan perkhidmata peguam lain dan membuat satu lagi perakuan bersumpah menyatakan perakuan bersumpah yang pertama adalah tidak benar dan beliau dipaksa membuatnya.
Oleh kerana saya amat mengenali sifat En Bala, selepas menghabiskan masa berjam-jam merakamkan kenyataannya, saya meragui beliau menandatangani perakuan bersumaph yang kedua dengan rela dan saya yakin beliau diugut berbuat demikian samada melalui ancaman ataupun janji kerana saya tidak dapat memikirkan alasan lain.
Pesuruhjaya sumpah yang mengesahkan perakuan bersumpah yang pertama bersedia untuk megesahkan apa yang telah saya katakan di atas berkaitan perakuan bersumpah telah dibuat oleh En Bala dengan secara sukarela.
Lagipun, En Bala mengenali pesuruhjaya sumpah berkenaan sebaik saja En Bala nampak beliau kerana mereka berasal daripada perkampungan yang sama di Slim River, yang sesuatu tidak saya ketahui.
Americk Singh Sidhu
0 comments Labels: kenyataan media, suara keadilan, sumpah
Samy guna jalan ladang elak diserbu
| Malaysiakini |
| Jul 4, 08 6:27pm |
Presiden MIC, Datuk Seri S samy Vellu dilaporkan terpaksa menggunakan jalan ladang untuk mengelak diserbu sekumpulan 100 orang yang mahukan penjelasan mengenai isu saham Maika Holding.Sebelum itu, Samy Vellu menghadiri majlis perletakan batu asas pembinaan bangunan baru Sekolah Tamil Ladang Ulu Tiram. Keadaan bertukar kecoh apabila sekumpulan 100 orang mahukan penjelasan Presiden MIC itu mengenai isu saham syarikat Maika Holdings. Menurut laporan Bernama, mereka mengambil kesempatan berkumpul di pintu masuk sekolah berkenaan mendesak Samy Vellu menjelaskan kedudukan sebenar saham itu sehingga menyebabkan ibu bapa mereka yang membeli saham itu lebih 20 tahun lalu tidak mendapat sebarang faedah. Majlis perletakan batu asas yang bermula 9 pagi itu dihadiri kira-kira 200 orang termasuk ibu bapa pelajar dan guru sekolah itu. Wartawan akhbar Tamil Makkal Osai, C. Rasamanikam yang menghadiri majlis itu berkata, Samy Vellu enggan menemui kumpulan terbabit dan telah meninggalkan premis sekolah berkenaan menggunakan pintu yang lain selepas majlis itu selesai 11.30 pagi. “Kenderaan yang membawa Samy Vellu bertindak meninggalkan premis sekolah itu menggunakan pintu lain, menyedari kumpulan yang ingin bertemunya telah berkumpul di pintu masuk sekolah itu,” katanya. Menurut Rasamanikam, kenderaan Presiden MIC itu terpaksa menggunakan jalan ladang untuk ke satu majlis lain yang diadakan di sebuah kuil Hindu di Taman Bukit Tiram, tidak jauh dari sekolah berkenaan. Bagaimanapun, katanya, kumpulan itu mengekori Samy Vellu dan berkumpul di luar kuil terbabit tetapi Presiden MIC itu tetap enggan menemui mereka. Rasamanikam berkata, Presiden MIC itu meninggalkan kuil berkenaan tidak lama kemudian. |
0 comments Labels: malaysiakini, MIC
Majlis dihadiri Presiden MIC bertukar kecoh
Mstar Online
04-07-2008 04:46:02 PM
JOHOR BAHARU: Majlis perletakan batu asas pembinaan bangunan baru Sekolah Tamil Ladang Ulu Tiram hari ini bertukar kecoh apabila sekumpulan 100 orang mahukan penjelasan Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berhubung isu saham syarikat Maika Holdings.
Mereka mengambil kesempatan berkumpul di pintu masuk sekolah berkenaan mendesak Samy Vellu menjelaskan kedudukan sebenar saham itu sehingga menyebabkan ibu bapa mereka yang membeli saham itu lebih 20 tahun lalu tidak mendapat sebarang faedah.
Majlis perletakan batu asas yang bermula 9 pagi itu dihadiri kira-kira 200 orang termasuk ibu bapa pelajar dan guru sekolah itu.
Wartawan akhbar Tamil Makkal Osai C.Rasamanikam yang menghadiri majlis itu berkata, Samy Vellu enggan menemui kumpulan terbabit dan telah meninggalkan premis sekolah berkenaan menggunakan pintu yang lain selepas majlis itu selesai 11.30 pagi.
"Kenderaan yang membawa Samy Vellu bertindak meninggalkan premis sekolah itu menggunakan pintu lain, menyedari kumpulan yang ingin bertemunya telah berkumpul di pintu masuk sekolah itu," katanya.
Menurut Rasamanikam, kenderaan Presiden MIC itu terpaksa menggunakan jalan ladang untuk ke satu majlis lain yang diadakan di sebuah kuil Hindu di Taman Bukit Tiram, tidak jauh dari sekolah berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, kumpulan itu mengekori Samy Vellu dan berkumpul di luar kuil terbabit tetapi Presiden MIC itu tetap enggan menemui mereka.
Rasamanikam berkata Presiden MIC itu meninggalkan kuil berkenaan tidak lama kemudian. BERNAMA
0 comments Labels: MIC, mstar online
Saiful jumpa TPM mengadu hal
Utusan Online
KUALA LUMPUR 3 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Mohd. Saiful Bukhari Azlan telah menemui beliau untuk mengadu hal bahawa dirinya diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Mohd. Saiful berjumpa di rumahnya beberapa hari sebelum dia membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
‘‘Saya menerima kedatangannya atas sifat saya sebagai seorang pemimpin. Dia sebagai rakyat biasa, yang ingin mengadu dan saya tidak pernah mengenali beliau sebelum ini.
‘‘Saya mula-mula tak berapa yakin dan skeptikal, sama ada cerita ini benar ataupun tidak, jadi saya serah kepada dia dan serah kepada polis untuk menentukan apa-apa tindakan selanjutnya.
‘‘Saya tidak pernah menasihatinya supaya membuat laporan polis. Saya hanya berkata, ia terpulang kepada kamu dan saya tak pasti (ketika itu) sama ada dia akan membuat laporan itu,” jelasnya pada sidang akhbar di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Ditanya bagaimana keadaan Mohd. Saiful ketika pertemuan itu, Najib yang percaya pemuda itu memilih untuk menemui beliau kerana mengenali pegawai khasnya (Khairil Anas Yusof), berada dalam keadaan trauma dan ketakutan serta ‘seram sejuk.’
Mengenai adakah aduan Mohd. Saiful mempunyai asas, beliau berkata, dakwaan lelaki itu nampak tulen.
‘‘Saya tak berani nak kata, tapi dia nampak tulen, tapi saya tak berani buat kesimpulan. Saya nasihat kepada dia. Awak sendirilah putuskan.”
‘‘Dia telah cerita segala-gala yang telah berlaku. Cerita itu banyak. Satu hari saya mungkin boleh cerita, nanti lepas kes di mahkamah,” jelasnya.
Ditanya adakah beliau bersedia memberi keterangan kepada polis mengenai pertemuannya dengan pemuda itu, Najib menjelaskan, beliau hanya mendengar keterangan Mohd. Saiful.
‘‘Saya dengar dia sahaja. Keterangan ini bukan pada saya, keterangan daripada dia. Yang mustahak, penting sekali daripada dia bukan daripada saya.” tegasnya.
Dalam pada itu, Najib menjelaskan, kedatangan Mohd. Saiful ke pejabat Timbalan Perdana Menteri tiga bulan lalu ialah untuk mendapatkan surat sokongan bagi memohon biasiswa dan tidak melibatkan sebarang pertemuan dengan beliau (Najib).
‘‘Dia hanya mengadakan perjumpaan dengan pegawai khas saya. Anda tidak boleh menhubungkan dua pertemuan ini bagi menuduh wujud konspirasi,” katanya.
Ditanya adakah Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sepatutnya terlibat dalam penyiasatan kes liwat terbaru itu kerana didakwa Anwar pernah memalsu keterangan sebelum ini, Najib menegaskan:
‘‘Mereka tidak boleh melibatkan diri jika siasatan itu membabitkan dakwaan terhadap diri mereka. Tetapi mereka masih ketua organisasi penguat kuasa masing-masing dan perlu meneruskan tugas.”
0 comments Labels: DSAI, konspirasi, najib razak, utusan
Perang besar negara antara Najib dengan Anwar - Pak Lah untung.
msomelayu
Perang besar negara antara Najib dengan Anwar
Yang untungnya Abdullah
PERANG antara Mohd Najib Razak dengan Anwar Ibrahim nampaknya sudah sampai ke kemuncak. Sudah mencecah ke 100 darjah celsius. Tidak ada diplomasi lagi antara keduanya dalam melancarkan serangan. Masing-masing menggunakan peluru tercanggih dan terahsia dengan niat agar membawa maut.
Perang mereka ini menarik. Ia terkeluar dari lumrah peperangan biasa. Kerana tidak ada siapa yang menang dalam peperangan yang berlaku hari ini. Sebaliknya kedua akan kalah dan menanggung akibatnya. Anih. Selalunya dalam mana-mana peperangan akan ada pihak yang menang dan pihak yang tewas. Berbeza dengan perang politik kedua tokoh ini. Keduanya akan kalah? Keduanya akan mengalami kerugian dan menanggung aib yang besar.
Kenapa? Kerana keduanya menggunakan peluru canggih yang merbahaya. Peluru dan senjata yang mereka lancarkan umpama peluru kimia yang akan membawa kesan panjang untuk membunuh hayat politik masing-masing. Setiap mereka yang terkena dengan peluru itu tidak akan ada harapan untuk pulih lagi.
Aksi perang mereka dapat disaksikan dalam televisyen semalam. Semalam tv mempamirkan kehebatan dan keghairahan mereka menyeranag antara satu sama lain. Keduanya membuat kenyataan akhbar bagi membidas dan membedal antara satu sama lain. Keduanya melepaskan bom atom yang menggerunkan dan sukar untuk diyakini.
Pernah diupah
Anwar telah mengelolakan kenyataan akhbar oleh penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Abdul Razak Baginda, P Balasubramaniam a/l Permual yang mendedahkan kononnya Najib memang kenal dengan wanita Mongolia yang dibunuh kemudian diletupkan mayatnya, Altantuya Shaariibuu. Subramainan menerusi akuan bersumpahnya yang diikrarkan pada 1 Julai mendakwa Najiblah orang bertanggunjawab memperkenalkan Altantuya kepada Abdul Razak Baginda di Singapura.
Dan paling merujakan, pendedahan Balasubramaniam juga mendakwa Najib seperti mana diberitahu Razak kepadanya, pernah mengadakan hubungi seks dengan Altantuya. Perkembangan terbaru ini membatalkan semua penafian berkali-kali Najib mengenai perkara itu sebelum ini.
NajiB berkali-kali menegaskan beliau tidak mengenali wanita berkenaan. Bahkan dalam sidang akhbarnya di bangunan Parlimen semalam yang hampir serentak dengan sidang akhbar di pejabata PKR oleh Balasubramanian itu menafikan yang beliau kenal dengan Altantuya.
Pendedahan Balasubramaniam itu seakan bertalian dan mengukuhkan lagi pendedahan yang dibuat oleh Raja Putra Kamarudin menerusi akuan berkanunnya yang dibuat pada 18 Jun yang mendakwa Rosmah Mansor, isteri Najib berada di tempat pembunuhan Altantuya. Menurut Raja Putera Rosmah menyaksikan bagaimana bom (C4) diletakkan dibahagian tertentu tubuh Altantuya sebelum diletupkan.
Kedua-dua pendedahan itu (oleh Raja Petra dan Balasubramaniam) memburuk dan mencemarkan imej Najib. Maklumat yang disifatkan sebagai fitnah itu menyebabkan orang memadangkan serong kepada TPM itu.
Tuduhan itu sesuatu yang sangat meyeksakan batin Najib. Walaupun beliau mengakui beliau boleh tersenyum dan reliks namun apa yang terdampar di lubuk hatinya Tuhan dan Rosmah sahaja yang tahu.
Beri penjelasan
Begitu juga dengan Anwar. Apa yang disebutkan Najib itu bukan saja memedihkan telinganya tetapi membuatkan beliau menjadi cemas dan gelisah. Semasa berucap memberi penjelasan di Stadium Melawati malam Selasa lalu, Anwar menyebut beliau tidak rungsing. Tetapi hakikat apa yang dipamerkan oleh wajahnya dapat ditafsirkan oleh sesiapa saja, bahawa keadaan Anwar kini benar-benar resah dan gelisah.
Daripada mimik muka masing-masing yang terlekat di skrin tv semalam nampak mereka marah benar. Anwar marah dan berang dengan apa yang berlaku. Begitu juga Najib. Keduanya menganggap pendedahaan dan pengakuan itu sebagai untuk menjatuhkan imej masing-masing . Dan pendedahan itu adalah sebagai rekaan semata-mata. Keduanya berpegang kepada ayat dan bahasa yang sama.
Kalau reka, siapakah yang pandai mereka-reka 'fitnah' itu? Apakah Najib mereka cerita untuk memburukkan Anwar, atau Anwar mereka cerita untuk mencemarkan Najib? Begitukah?
Pokoknya peperangan mereka akan merebak dan boleh menghancurkan negara. Ini kerana keduanya bakal menjadi pemimpin negara. Orang yang diharap dan dipuja oleh rakyat (penyokong masing-masing) akan menerajui kepimpinan negara selepas ini. Dengan meletuskan peperangan membawa kepada pendedahan ini, keduanya sudah tidak ada kredibiliti dan berpotensi lagi.
Reputasi mereka juga buruk sekali di mata rakyat. Keduanya sudah cedera dan tempang. Sudah hampak dan busuk. Dalam soal ini Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat berpihak kepada sesiapa. Setakat ini PM itu berdiri di tengah-tengah. Walaupun apa yang berlaku menyesalkannya namun ia memberi sedikit keuntungan kepadanya. Secara diam Abdullah boleh tersenyum sendiri memerhatikan aksi perang kedua mereka.
Mendengar Anwar difitnah begitu rupa mejadikan Abdullah resah. Sekiranya beliau mempunyai hajat untuk membawa Anwar balik ke dalam Umno, perkembangan sekarang mematikan niat itu. Abdullah mengharapkan kepada Anwar untuk menjadi beteng sekiranya Naib merempuhnya!
Di pihak Najib pula, kalau sebelum ini beliau dikatakan bersiap sedia untuk melanggar Abdullah, namun dengan apa yang berlaku kini menyebabkan beliau terpaksa berfikir kembali. Beliau kena ralat semula dan menarik balik niat itu. Isu yang bergelumang ke atas dirinya kini tidak memungkinkan untuk beliau berhadapan dengan Abdullah.
Kesimpulannya, perang negara antara Najib dengan Anwar menguntungkan Abdullah. Beliau kini tidak perlu berfikir untuk keselamatan dirinya lagi. Keadaan sekarang ini mengukuhkan kedudukannya. Barangkali di similah untungnya orang yang ikhlas dan baik seperti beliau.
Setidak-tidaknya samentara perang ini reda Abdullah boleh terus tidur di atas kerusi emasnya dan terus bermimpi berlari mengejar kelinci putih dari Manila sampai Subuh! [wm.kl 8:30 am 04/07/08]
0 comments Labels: bloggers united, DSAI, msomelayu, najib razak, Pak Lah undur
Dr Harussani: Jika tiada bukti, Anwar perlu bersumpah
Mstar Online
04-07-2008 10:59:07 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
PETALING JAYA: Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengemukakan bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak bersalah seperti yang didakwa oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Harussani berkata demikian ketika diminta pendapat beliau tentang cadangan mubahalah (bersumpah) yang dicadangkan oleh Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abdin semalam.
Katanya lagi, "Setiap keterangan yang diberikan perlu dibuktikan. Jika tiada keterangan untuk dijawab, barulah beliau (Anwar) perlu bersumpah.”
Semalam, Asri telah menggesa Anwar yang dituduh meliwat kali kedua dan pembantu khasnya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya bermubahalah’ atau bersumpah.
Katanya lagi: "Kedua-dua pihak (Anwar dan Saiful) hendaklah bersumpah. Kalau tidak puas hati lagi, bermubahalah seperti ini... 'Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya laknat Allah kepada saya' dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi... saya tidak melakukannya."
Ketika ditanya sama ada beliau bersetuju atau tidak untuk meminta Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat bersumpah berhubung dakwaan liwatnya, beliau berkata: "Keterangan mesti diberikan oleh orang yang didakwa (Anwar). Apabila sesuatu perkara itu dizahirkan, ia mesti ada bukti."
"Sekiranya tidak ada bukti, barulah diambil pendekatan bersumpah ini,” tambah beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.
Kata Harussani lagi, Anwar perlu memberi bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak terlibat dengan dakwaan tersebut.
Beliau menganggap isu liwat ini timbul disebabkan pertelingkahan antara dua parti politik yang berlaku sekarang.
0 comments Labels: DSAI, mstar online, mufti, sumpah




