+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, May 9, 2008

Blogger diseru menulis secara berhemah: Dr Maximus

Mstar Online

08-05-2008 06:59:49 PM
Oleh NURUL AIN HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, (MOSTI) Datuk Dr Maximus Ongkili menyeru para blogger di negara ini agar menulis dengan lebih berhemah dalam blog mereka.

“Kerajaan berharap mereka menulis berdasarkan fakta yang benar dan mereka perlu bertanggungjawab terhadap perkara yang dilaporkan,” kata Maximus di Majlis Pelancaran Domain Peringkat Kedua .my. di Kuala Lumpur Golf Country Club hari ini.

Katanya, blogger juga tidak boleh menulis mengenai perkara yang boleh menjatuhkan maruah seseorang individu. Mereka juga perlu menghormati dan mematuhi undang-undang negara yang sedia ada di negara ini.

Mengulas mengenai tindakan yang bakal di ambil oleh MOSTI untuk mengatasi masalah tersebut beliau berkata:

“Setakat ini kerajaan belum mempunyai cadangan untuk mewujudkan undang-undang baru bagi menyekat kebebasan para blogger.

“Namun undang-undang yang sedia ada dapat memantau mereka. Seandainya masalah tersebut masih tidak dapat diselesaikan saya pasti pihak kerajaan akan meneliti kembali undang-undang yang sedia ada.

Maximus berharap blogger di negara ini dapat mencontohi laporan yang dipaparkan media cetak di negara ini yang lebih bertanggung jawab.

"Saya harap mereka dapat mencontohi gaya penyampaian media cetak di negara ini. Mereka (blogger) perlu bijak menggunakan ruang kebebasan yang diberikan oleh kerajaan.

"Jangan menulis fakta yang tidak benar kelak ia bakal mengundang padah kepada mereka sendiri,” katanya ketika diminta mengulas isu Editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin yang menerbitkan satu artikel berupa hasutan dalam laman web itu, yang tersiar pada 25 April lalu.

Raja Petra dituduh kerana menyiarkan satu artikel bertajuk, "Let's send the Altantuya murderers to hell" dalam laman web www.malaysiatoday.net.

Menurut beliau, tidak semua blogger di negara ini menulis secara tidak bertanggungjawab.

“Terdapat ramai blogger yang menulis secara berhemah seperti blogger kesihatan dan pendidikan. Mereka ini sangat bagus dalam menyampaikan mesej yang bertanggungjawab kepada masyarakat.

"Namun segelintir blogger politik ini telah mencemar nama baik blogger-blogger lain,” katanya.

Beliau berkata kebanyakan blogger politik ini menulis secara tidak berhemah kerana ingin menarik perhatian lebih ramai pengunjung ke laman web mereka.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |