| Buletin Online | | | |
| Ditulis oleh WanKay & SM Noor | |
| Friday, 09 May 2008 | |
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri Besar yang baru kerana telah berjaya membentuk kabinet Exco negeri Terengganu walau pun berlaku ombak dan gelombang serta halangan-halangan di hadapannya. Beliau berkata walaupun Menteri Besar sedang disiasat oleh BPR tetapi dapat menangani gelombang dan arus halangan sehingga dapat membentuk Exco negeri dan menubuhkan kerajaan negeri Terengganu. “tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, “dan tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya peratus undi yang didapati oleh BN di Semenanjung Malaysia kurang daripada 50 peratus” jelas Syed Azman. |




0 comments:
Post a Comment