+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, June 4, 2008

Amalan kronisme BN dihapus, projek akan diberikan kepada yang layak

Harakahdaily

Johari Jaafar

Wed | Jun 04, 08 | 11:48:02 am MYT

IPOH, 4 Jun (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat lebih bersifat terbuka dan mahu memberikan hak kepada usahawan yang berhak dan yang berkelayakan.

ImageTegasnya, berbadning dengan, kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional, yang hanya mementingkan kroni- kroni sahaja dalam memberikan sesuatu projek,

"Amalan kronisme yang dilakukan oleh pimpinan BN akhirnya menyebabkan rakyat merasa jelik dengan pemerintahan BN, kerana itu Kerajaan Pakatan Rakyat perlu menjauhi amalan kronisma kerana ia akan mendatangkan kemarahan di kalangan rakyat.

"Orang yang paling pandai dan cerdik di satu masa dulu, sanjung dan dipuji di serata dunia akhirnya tersingkir hasil dari kronisem dan amalan menggunakan ` kabel'," ujarnya

Beliau berkata demikian di Majlis Makan Malam dan Dialog Antara Usahawan PAS bersama Menteri Besar Perak, yang dianjurkkan oleh Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Perak diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, baru baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Negeri Perak, Othman Meseri berkata, majlis tersebut diadakan, bertujuan mengeratkan ukhwah di antara para usahawan PAS Negeri Perak, dan dalam masa yang sama juga mahu menjalinkan hubungan yang baik dan mesra dengan Menteri Besar Perak .

Menurut beliau, program itu juga bertujuan meningkatkan semangat dan motivasi di kalangan para usahawan PAS dengan kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, kerana tanpa motivasi para usahawan seolah-olahnya tidak berdaya maju.

Oleh kerana itu katanya, sebarang bentuk program semestinya menjuruskan untuk meningkatkan semangat dan motivasi di kalangan usahawan supaya lebih bekerja keras lagi dan bersedia berkorban untuk jemaah. - mr

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |