Al Husseyn
Tuesday, June 3, 2008
Satu majlis perjumpaan antara Menteri Besar Perak dengan sekumpulan masyarakat Orang Asli yang menamakan kumpulan mereka sebagai “Jaringan Perkampungan Orang Asli,” mewakili seluruh masyarakat Orang Asli negeri Perak telah diadakan di sebuah dewan bertempat di pejabat SUK pada 2 Mei lepas.
Kumpulan tersebut yang datang dari 30 perkampungan persekitaran ,mendakwa selama ini mereka hanya diwakili oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli untuk menyampaikan aduan permasalahan yang mereka hadapi dan gagal mendapat pembelaan yang sewajarnya dari “kerajaan yang lama.”
Melalui seorang penyampai bernama Cik Tijah , kumpulan tersebut nampak berjaya menarik perhatian semua yang hadir, untuk turut memahami permasalahan yang dialami oleh sekelumpuk masyarakat yang terus terpinggir oleh arus kemajuan yang kendalikan oleh kerajaan Umno / BN selama lebih 51 tahun negara merdeka.
Segala rintihan dan aduan mereka dipersembahkan dengan tayangan ‘slide video’ dan diselang selikan dengan penyampaian dari beberapa wakil tertentu secara bergilir yang tampil ke hadapan untuk menceritakan secara khusus permasalahan yang dialami oleh perkampungan masing-masing.
Mereka amat gembira kerana selama ini, kata mereka, “ Inilah kali pertama kami dapat layanan dan kesempatan berjumpa dengan Menteri Besar.Kerajaan yang baru ini bagus tak macam yang lama tu!”
Antara rungutan yang mereka sampaikan ialah sikap yang tidak mengambil kira segala pandangan dari mereka. Segala agenda yang melibatkan masyarakat Orang Asli sepatutnya mendapat persetujuan dari mereka dan berilah mereka hak sendiri untuk menentukan hal kehidupan mereka.
Mereka menuntut pengiktirafan hak keatas tanah adat mereka yang diwarisi sejak beberapa jenerasi turun temurun. Mereka juga menuntut agar imej Orang Asli tidak dicemari dengan unsur-unsur yang buruk.
Mereka turut berharap supaya akta 134 dipinda supaya ianya benar-benar dapat memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada masyarakat Orang Asli.
“Permudahkanlah syarat untuk kami, Orang Asli untuk mendapatkan bantuan dan peruntukan membangunkan tanah adat milik kami,” demikian rintihan dan harapan yang dicurakan dihadapan MB Perak Datuk Seri Ir Nizar , yang mendengar penuh minat dan meneliti setiap masalah yang yang di sampaikan dalam majlis tersebut.
Sebelum mengakhiri majlis tersebut, masyarakat Orang Asli telah menyampaikan satu memorandum yang mengandungi 18 tuntutan kepada MB Nizar. Mereka juga turut menyertakan satu memorandum yang pernah diberikan kepada kerajaan yang lepas pada tahun 2003 sebagai rujukan.
baca lagi kisah IR Nizar bertemu orang asli di Perak.

0 comments:
Post a Comment