+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, June 4, 2008

Najib Sanggup biarkan Pemimpin UMNO Menipu Atas Nama Arwah Ayahnya

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh SM Noor
Wednesday, 04 June 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita1/siarantarikroyaltia.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Press Release atau Siaran Akhbar yang dikeluarkan pada 5 September, 2000 adalah permulaan segala permasalahan yang dihadapi oleh negeri dan rakyat Terengganu berkaitan dengan royalti minyak.

Siaran akhbar yang ditulis dalam sebelas perenggan itu, tidak ditandatangani oleh sesiapa, namun di cop dengan cop Pejabat Menteri Kewangan Malaysia.

Bermula dari tarikh keluarnya siaran akhbar tersebut, pembayaran tunai royalti minyak kepada kerajaan Terengganu telah ditukar kepada ‘Program Pembiayaan Wang Ehsan’.

Antara kenyataan kerajaan persekutuan bagi menjustifikasikan tindakan kerajaan pusat tersebut adalah kenyataan dalam perenggan 8 seperti berikut;

“Sejak tahun 1978 lagi, kerajaan melalui Petronas telah mengagihkan wang ehsan kepada Terengganu. Ini adalah ekoran dari keputusan Allahyarham pada tahun 1974 agar Terengganu diberi wang ehsan memandangkan kedudukan negeri Terengganu seagai negeri termiskin ketika itu. Kini Terengganu bukan lagi negeri termiskin berikutan program-program pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional”.

The image “http://buletinonline.net/images/berita1/siarantarikroyalti1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.


Tun Salleh Abas, ketika itu Exco Kerajaan Terengganu dengan tegas menafikan dan membidas kenyataan kerajaan pusat bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memberikan royalti pada 1974 kerana Terengganu dianggap negeri paling miskin waktu itu.

"(Kenyataan) itu tidak boleh diterima akal," kata Tun Salleh
Menurutnya, Akta Kemajuan Petroleum berkuatkuasa pada 1 Oktober 1974 dan perjanjian wang tunai (royalti) di bawah akta itu dibuat pada pada 22 Mac 1975.

Tun Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 tetapi petroleum hanya dijumpai di persisiran pantai Terengganu pada pertengahan tahun itu dan dikeluarkan dua tahun kemudian. Pada tahun 1978, Terengganu menerima royalti lebih kurang RM13 juta.

"Mustahil Abdul Razak mengarahkan supaya royalti petroleum dibayar kepada Terengganu sebelum beliau meninggal dunia sedangkan petroleum belum dijumpai," jelas bekas Ketua Hakim Negara itu.

Tun Salleh hari ini, sekali lagi menafikan bahawa Allahyarham Tun Razak berkata sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh pihak kerajaan persekutuan pada 5 September tahun 2000 dan menegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Menurut beliau, hansard (catatan) Persidangan Dewan Rakyat bertarikh 12 November 1975, Perdana Menteri ketika itu (Allahyarham Tun Razak) menjelaskan bahawa kenyataan kerajaan persekutuan itu adalah bohong, ketika ditemui dirumahnya hari ini.

“semua negeri melainkan Sabah dan Selangor telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendakki oleh akta Kemajuan Petroleum 1974.

“saya diberitahu kerajaan negeri Selangor pun telah bersetuju menandatangani perjanjian ini.
”mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dari negeri masing-masing samada yang diperolehi dalam kawasan perairan atau diluar perairan negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi atau kontrektor-kontrektornya” kata Allahyarham Tun Razak ketika menjawab soalan Y.B. Lim Kit Siang berkaitan Petronas, Perjanjian Mencarigali Minyak.

Semasa siaran akhbar pejabat Menteri Kewangan tersebut dikeluarkan, Najib anak kepada Allahyarham Tun Razak adalah Menteri Pertahanan Malaysia dalam kabinet baru yang dilantik selepas pilihanraya umum ke 10 tahun 1999.

Najib tidak berkata apa-apa sehingga kini dan sanggup membiarkan pemimpin UMNO menipu rakyat Terengganu dengan menggunakan nama arwah ayahnya, yang telah lama meninggal dunia.

The image “http://buletinonline.net/images/berita1/siarantarikroyalti2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |