+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, June 4, 2008

Harga resin plastik naik mendadak - Pengeluar

Utusan Online

KUALA LUMPUR 3 Jun - Resin plastik, sama ada keluaran tempatan atau diimport mengalami pelbagai tekanan sehingga menyebabkan kenaikan harga yang ketara, demikian menurut Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA) hari ini.

Sejak 12 bulan lepas, harga resin plastik jenis utama mencatatkan kenaikan kira-kira 40 peratus, kata persatuan itu.

Presiden MPMA Lim Kok Boon berkata, operasi pengeluar plastik terjejas teruk memandangkan resin menjadi sebahagian besar kos pengeluaran, antara 50 hingga 80 peratus, bergantung kepada jenis produk plastik.

"Kesan kenaikan yang ketara dalam tempoh berpanjangan ini menjadi kebimbangan kepada anggota kami. Tambahan pula apabila harga resin dijangka terus mencatatkan kenaikan pada suku ketiga 2008, di mana permintaan biasanya pada kemuncaknya pada suku ini," katanya.

Harga purata gred resin tertentu naik dengan banyak pada bulan ini, iaitu kira-kira 20 peratus berbanding harga purata pada Januari 2008, demikian menurut MPMA.

Kenaikan berkenaan disebabkan kenaikan yang banyak dalam harga minyak mentah dan gas asli yang membawa kepada harga bahan utama dalam pengeluaran resin menjadi lebih tinggi.

Kok Boon berkata, margin operasi terjejas dengan teruk dan akan mempengaruhi dengan ketara dalam daya maju operasi sekiranya isu itu tidak ditangani dengan segera.

Beliau berkata, dengan pengeluar mengamalkan pelbagai kaedah untuk menjimatkan kos bagi menyerap kesan kenaikan kos, kenaikan yang semakin banyak itu memaksa mereka menyalurkan sebahagian daripada peningkatan kos itu kepada pengguna perantara dan peruncit.

"MPMA meminta kerjasama dan pemahaman pengguna perantara dan peruncit produk plastik akhir semasa meminta mereka menanggung sebahagian daripada kos, yang kini ditanggung oleh anggota kami bagi meminimumkan kesan pelarasan harga terhadap pengguna," katanya.

Persatuan itu yang ditubuhkan pada 1967, kini mempunyai kira-kira 900 anggota, mewakili kira-kira 60 peratus daripada pengeluar plastik negara dan menguasai 80 peratus jumlah pengeluaran.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |