+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, November 5, 2008

Eye on Malaysia: Tiada maklumat atau rugi?

Harakahdaily

Intan Abdullah | intan@harakah.net.my
Wed | Nov 05, 08 | 7:58:09 am MYT


KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Kementerian Pelancongan gagal menyatakan jawapan terhadap dakwaan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) mengenai projek Eye On Malaysia yang dikatakan mengalami kerugian.

Dato' Seri Azalina Othman Said berkata pihaknya tidak mempunyai maklumat mengenai data projek tersebut bagi menjelaskan mengenai status kewangan tersebut.

"Saya tidak mempunyai maklumat mengenai projek tersebut, tetapi saya akan periksa laporan kewangan mengenainya," katanya sambil dicelah oleh Wee Chee Keong (KeADILan-Wangsa Maju) yang terus menggesa Azalina bertanggungjawab dalam isu tersebut.

Tetapi, Azalina yang tertekan dengan Wee terus menyatakan,"yang berhormat, saya masih muda. berilah saya peluang menyiasat dakwaan yang dikatakan."

Beliau kemudian diusik ahli dewan lain,"bila nak kahwin?" dan ada yang menyampuk,"dah ada calon ke?" menyebabkan Azalina berkata,"itu terlalu peribadi," sambil kembali membincangkan topik asal.

Bagaimanapun, pihak kerajaan katanya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kes tersebut dan akan memeriksa laporan mengenainya seterusnya menjawab solan tersebut kelak.

Persoalan tersebut ditimbulkan pada sesi ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2009 parlimen kedua belas penggal pertama, Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat 3 November lalu. - mks._

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |