+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, November 5, 2008

Menteri Kewangan tidak hormat Dewan Rakyat

anwaribrahimblog

Parlimen Malaysia merupakan salah satu tiang seri utama kepada institusi demokrasi di Malaysia. Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah pentas bagi wakil-wakil yang dipilih untuk menyuarakan hasrat hati serta menjaga kepentingan rakyat keseluruhannya. Di atas semangat inilah Parlimen bukan sekadar bongkah batu kosong, akan tetapi kukuh terbina sebagai sebuah institusi.

Oleh itu menjadi tanggungjawab ahli-ahli dua dewan perundangan tersebut untuk memastikan kepentingan rakyat dan negara menjadi pertimbangan utama, bukannya kepentingan politik kepartian.

Hari ini Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengambil keputusan untuk keluar dari Dewan yang mulia sewaktu Menteri Kewangan menggulung perbahasan belanjawan 2009. Tindakan ini terpaksa diambil kerana YB Menteri secara jelas bertindak luar dari batasan Semangat Parlimen Malaysia.

Selaku Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah tentu sedar ucapan penggulungan beliau akan memberi kesan kepada Negara, justeru amat penting ucapan tersebut dibahaskan dengan teliti oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Namun keengganan YB Menteri Kewangan untuk membenarkan sebarang celahan, pertanyaan dan penjelasan sewaktu beliau menggulung perbahasan Belanjawan 2009 amat dikesali kerana beliau sanggup membelakangkan kepentingan umum. Satelah berulangkali menuntut jawapan, dan menunggu selama satu jam, Menteri Kewangan tetap berdegil dan enggan memberikan laluan.

Sejarah Parlimen Malaysia yang sudahpun menjangkau usia separuh abad, buat pertama kalinya, menyaksikan Menteri Kewangan enggan dan gagal melayani perbahasan belanjawan. Adalah malang sekiranya Dewan Rakyat yang menjadi tempat undang-undang dibentuk dan polisi nasional dibentangkan tidak lagi dihormati.

ANWAR IBRAHIM

1 comments:

Unknown said...

Najib tidak hormat Dewan Rakyat atau pembangkang yang tidak hormat Dewan Rakyat? Najib menjalankan tugasnya untuk membentangkan pakej rangsangan. Pembangkang pula telah diberitahu jika ada soalan, boleh ditanyakan selepas selesai Najib berbahas. Tapai tindakan pembangkang yang seolah-olah tidak sabar atau sengaja nak buat kecoh cukup menampakkan sikap mereka yang terlalu kebudak-budakan... Kenapa tak tunggu sehingga habis, kemudian nak tanya soalan, tanyalah...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |