Malaysiakini |
Abdul Rahim Sabri | Nov 5, 08 9:13pm |
Kira-kira 20 orang termasuk tiga pemimpin muda Pakatan Rakyat menghantar surat bantahan kepada menteri besar Selangor agar menggugurkan isteri timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak daripada canselor Universiti Industri Selangor (Unisel).![]() Kumpulan itu menaikkan kain rentang "Rosmah Out" dan "Unisel gedung ilmu, bukan gedung beli-belah. Rosmah boleh blah" sewaktu menyerahkan surat itu kepada setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di bangunan SUK, Shah Alam jam 3 petang. Dalam surat bantahan itu, mereka mendakwa Rosmah Mansor "tidak memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu." Selain Khairul Anuar, yang juga ketua AMK Selangor, dan Lau, surat itu ditandatangani oleh ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mukhyi. Universiti milik penuh kerajaan negeri itu melantik isteri Najib sebagai canselor pertamanya pada Ogos 2006. Unisel, yang ditubuhkan pada 1999, diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) yang dipengerusikan oleh menteri besar. ![]() Khairul Anuar pula berkata Pakatan Rakyat mempunyai tokoh-tokoh intelektual yang mampu mengetuai Unisel seperti timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy. Mohd Sany menyifatkan pelantikan Rosmah oleh menteri besar waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo "satu kesilapan" kerana ia didasarkan pada penilaian bahawa Rosmah isteri timbalan perdana menteri. ![]() Menurut Bernama, ia masih mengekalkan keputusan lembaga pengarah Unisel yang melantik isteri Najib sebagai canselor institusi pengajian tinggi berkenaan. Menteri besar itu menambah, beliau akan mengumumkan jika ada sebarang perubahan mengenai pelantikan itu. |
Wednesday, November 5, 2008
MB kekalkan isteri Najib di Unisel biar Pemuda bantah
Posted by
Sang Pemantau
at
10:32 PM
Labels: malaysiakini, najib razak, rosmah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
if i look beyond the politics and the fact that Rosmah is the wife of Najib,there's nothing wrong with her holding the post of the Chancellor.
i think anyone who entitled to be chancellor should have proper academic foundation.acedemic achievement helps to build reputation of a chancellor.Rosmah obtained a bachelors degree in Anthropology and Sociology in Universiti Malaya. She then enrolled in a post-graduate programme at Louisiana State University, USA and graduated with a Master of Science majoring in Sociology and Agriculture Extension.
if Rosmah really abused her power as chancellor,then she should be replaced with someone else that as just as or more qualified than her.but then again Khalid had decided that Rosmah can stick to where she is now so everyone gotta respect that.
Post a Comment