+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, September 28, 2008

Lagi pemimpin Gerakan sertai PKR

Mstar Online

PETALING JAYA: Lebih 20 ahli Gerakan Wilayah Persekutuan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dengan lebih ramai dijangka berbuat demikian dalam beberapa minggu akan datang.

Bekas Ketua Biro Penerangan Gerakan Wilayah Persekutuan, Gan Kok Keng berkata, sekurang-kurangnya 300 orang dari empat bahagian bakal menyertai parti pembangkang tersebut.

Bahagian-bahagian itu ialah Setiawangsa, Wangsa Maju, Bukit Bintang dan Kepong.

Gan yang telah menjadi anggota Gerakan sejak 24 tahun lalu berkata, pihaknya bertindak keluar parti kerana ia sudah tidak berupaya untuk memainkan peranan yang berkesan dalam Barisan Nasional (BN).

“Kami sudah tiada ada kuasa membuat keputusan dan telah dipinggirkan dan dicela banyak kali," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini pagi ini.

Gan menambah, tindakan tersebut juga bertolak daripada kepercayaannya bahawa pandangan yang diutarakan oleh bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail pada Ogos lalu bukannya pendirian peribadi beliau tetapi pandangan anggota parti berkenaan.

Turut keluar Gerakan hari ini ialah bekas Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Tan Kang Ho; Ketua Biro Ekonominya, Julian Leong dan Setiausaha Wangsa Maju, Azali Omar.

Naib Presiden PKR, dan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa pula berkata, tindakan ahli-ahli Gerakan itu bukan sesuatu yang boleh dilakukan dengan mudah.

"Tindakan mereka ada berani. Tiada ganjaran wang diberikan dan tiada sebarang perbincangan mengenai jawatan dalam aprti (PKR)," katanya.

Awal bulan ini, bekas Ahli Parlimen Segambut dan Ketua Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Tan Kee Kwong telah menyertai PKR.

Read More...

Abdullah melangkah ke penghujung karier politik

Harakahdaily

Mohd Nor Yahya
Sun | Sep 28, 08 | 3:25:31 pm MYT

TUMPAT, 28 Sept (Hrkh) - Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dianggap berada pada kedudukan paling terdesak dalam sejarah politiknya apabila terpaksa berundur lebih awal berbanding pelan peralihan kuasa pada Jun 2010.

Kemelut dalamannya jelas kelihatan apabila terpaksa menangguhkan lagi Perhimpunan Agung Umno kepada Mac tahun hadapan, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Umno apabila ditunda sebanyak dua kali.

Sepatutnya perhimpunan itu berlangsung tahun lepas namun ditangguh bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar berkata, Umno sedang menghadapai krisis yang amat besar kerana seluruh pimpinan Umno dan akar umbi tidak�yakin lagi dengan Presiden parti itu.

"Perdana Menteri tidak layak lagi menerajui Malaysia dan rakyat seharusnya sedar apa yang diusahakan Pakatan Rakyat bagi menukar kerajaan tepat pada masanya," katanya ketika ditemui di majlis penyampaian sumbangan Hari Raya kepada ketua-ketua cawangan PAS di kawasan parlimen Tumpat di sini semalam.

Jumaat lalu Majlis Tertinggi Umno membuat keputusan menunda perhimpunan agung parti itu kepada Mac tahun hadapan bagi melancarkan pelan peralihan.

Perhimpunan parti itu sepatutnya diadakan pada 16 hingga 20 Disember depan.

Keputusan berkenaan disifatkan Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tiada peruntukan dalam perlembagaan parti itu dan berharap ahli-ahli Umno menolak penangguhan tersebut.Image

Menurutnya pemilihan parti mesti dilakukan setiap tiga tahun sekali di semua peringkat.

Kamaruddin juga bekas Ketua Umno Tumpat berkata, banyak faktor yang mewajarkan Abdullah berundur segera antaranya ketidakyakinan pelabur asing terhadap ekonomi negara ini.

Kata beliau ahli Umno di peringkat akar umbi mahu Abdullah turun dan diberi peluang kepada Dato Seri Najib Razak menerajui seketika pentadbiran negara.

Malah difahamkan kata beliau kumpulan kedua dalam Umno sekarang sedang mewujudkan gandingan lebih mantap bersama Najib termasuk Tan Sri Muhyuddin Yassin dan Dato' Zahid Hamidi.

"Apapun yang jelas sekarang Umno bagaikan sebuah kapal yang sedang karam dan sesiapa pun sebagai nakhodanya ia tetap akan karam juga.

"Oleh itu saya berharap ahli Umno berfikir mulai sekarang sanggupkah mereka berada bersama-sama dalam kapal yang sedang menuju ke dasar laut atau berpaut di sekeping papan yang boleh menyelamatkan mereka," kata beliau.

Kamaruddin juga berkata, kesan yang paling ketara dirasai Perdana Menteri dengan kekalahan teruk pada pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos lalu sehingga tekanan yang diterima Abdullah semakin hebat.

"Kalau selama ini PAS dan Pakatan Rakyat yang mendesak supaya ditukar kerajaan yang ada sekarang, namun hari ini Umno sendiri juga sudah tidak�yakin dengan pucuk pimpinan mereka.

"Oleh itu, sudah sampai masanya ahli parlimen BN bersama Pakatan Rakyat�untuk membolehkan kestabilan politik negara dipulihkan," katanya.

Menurutnya juga pemimpin kompenan BN juga kini mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap perkembangan dalam Umno sebelum mengambil langkah sewajarnya bagi masa depan politik mereka.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, Abdullah perlu melihat sejarah kejatuhan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin yang begitu memalukan kerana tidak menghiraukan desakan rakyat.

Katanya, Perdana Menteri perlu mengambil langkah paling sukar dalam hidupnya sekiranya tidak mahu dicatat dalam sejarah sebagai seorang ketua negara yang jatuh dalam keadaan paling mengaibkan.

"Tun Dr Mahathir Mohamad akan dianggap lebih bermaruah berbanding dengan Abdullah sekiranya terus berdegil mempertahankan kedudukan sekarang. Maka jalan paling wajar memberi ruang kepada Najib merasai seketika kedudukan nombor satu.

"Abdullah akan dianggap bijak kerana kejatuhan empayar BN yang berusia lebih 50 tahun bukan di eranya sebaliknya ketika Najib mengetuai kerajaan. Setidak-tidaknya Abdullah tidak dicatat memusnahkan sejarah BN," katanya.

Beliau juga yakin Najib tidak akan lama berada di kedudukan selesa kerana gelombang rakyat sekarang bukan sekadar menukar pemimpin sebaliknya mahukan kerajaan yang lebih bersih dan adil. - mj _

Read More...

Dollah (atau Idris), sudah belanja habis semua RM 7.364 bilion duit royalti ?

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Editor
Friday, 26 September 2008

http://buletinonline.net/images/berita11/ahmadsaidgalipitih.jpg

Kelmarin Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta sebagai bantuan Dana Khas Hari Raya, menjadikan keseluruhannya berjumlah RM47,594 juta, untuk diagihkan kepada penduduk di negeri ini yang didapati tercicir, samada secara sengaja atau tidak, oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.


Sebelum ini, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM46.594 juta sebagai bantuan yang sama, yang kini menjadi kontroversi kerana terdapat ketidakadilan didalam pengagihan bantuan tersebut dibawah kendalian Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DPKKP) yang dibelanjakan oleh kerajaan Terengganu untuk diberikan kepada ahli dan penyokong UMNO/BN bermula sejak tahun 2000 di panggil Wang Ehsan apabila pembayaran tunai 5% royalti minyak dihentikan kerana hasad dengki kerajaan UMNO/BN kepada kerajaan Terengganu yang diperintah oleh PAS ketika itu.


Sebagaimana yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Amirsham A.Aziz bulan Mei lalu, jumlah royalti minyak yang dibayar untuk kerajaan persekutuan kepada kerajaan Terengganu bagi tahun kewangan berakhir Mac 2004 hingga Mac 2007 adalah RM 7.364 bilion.

Menurut bekas Menteri Besar, Dato Seri Idris Jusoh menyatakan beliau tidak tahu jumlah RM 7.364 bilion bayaran royalti oleh Petronas itu.

Namun begitu Idris berkata kerajaan negeri di bawah pimpinannya hanya dimaklumkan wang royalti sebanyak RM1.3 bilion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun dalam tempoh tiga tahun tersebut.

Dengan itu secara rasminya kerajaan Terengganu telah menerima sebanyak RM3.9 bilion sepanjang tempoh tiga tahun.

"Wang royalti petroleum itu diberikan dalam bentuk wang ehsan dan ia kemudiannya digunakan bagi tujuan pembangunan Terengganu serta pentadbiran kerajaan negeri,” ujar Idris.

Persoalan yang masih belum dijawab secara rasmi oleh samada kerajaan Pusat atau negeri, kemanakah perginya wang royalti sebanyak RM3 bilion yang masih berbaki?

Hingga kini sudah dua bulan berlalu sejak Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengisytiharkan pembayaran 5% royalti minyak diserahkan kembali kepada kerajaan Terengganu.

Rakyat masih tertunggu-tunggu bilakah pembayaran pertama royalti minyak itu akan diterima oleh kerajaan Terengganu.

Ahmad Said yang begitu yakin sebelum ini bahawa Terengganu akan mendapat bayaran pertama wang tersebut pada bulan September, telah menjadi ‘bingung’ kerana bulan September telah hampir tamat, namun tidak ada tanda-tanda wang tersebut akan dibayar.

Diberitakan sudah berkali-kali para pegawai kanan kerajaan negeri berulang alik dari Kuala Terengganu ke Putra Jaya untuk merundingkan perkara berkenaan yang sepatutnya tidak perlu sebarang perundingan.


Perjanjian pembayaran royalti dibuat pada 22 Mac 1975 antara kerajaan Terengganu dengan Petronas jelas menyebut b
ayaran Royalti Petronas hendaklah dibuat tiap-tiap enam bulan sekali iaitu sebelum 1 September bagi petroleum yang diperolehi dan dijual dalam tempoh enam bulan yang pertama dan sebelum 1 Mac tahun berikut bagi petroleum yang diusahakan dan dijual dalam tempoh enam bulan yang kedua (bulan Julai hingga bulan Disember).


Kemungkinan yang paling besar mengapa wang royalti masih belum dibayar kepada kerajaan Terengganu adalah kerana ianya telah habis dibelanjakan oleh Dollah (atau Idris) !

Malah Ahmad Said mungkin menggigit jari dan terpaksa ‘minta sedekah’ dari kerajaan Dollah kerana wang tersebut sebenarnya telah terlebih guna?

Kalau kita perhatikan segala projek Mega yang dilaksanakan dari 2004 hingga sekarang serta pengakuan Ahmad Said bahawa pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) adalah dibiayai dengan DKKP, maka kemungkinan besar duit royalti RM 3 bilion yang menjadi misteri itu tidak berbaki lagi.

Dollah juga pernah menyatakan bahawa wang ehsan/ DKKP/ duit royalti memberikan banyak kebaikan kepada rakyat Terengganu tanpa perincian seolah-olah duit tersebut telah habis dibelanjakan.

Memang ada logiknya, kalu tidak sudah licin ‘dibaham’ duit royalti memang telah terlebih guna oleh Dollah (atau Idris).

Dibawah disenaraikan projek mega yang telah dilaksanakan sejak tahun 2004 dengan kos-kos yang telah didedahkan ;

Bil

Projek

Kos (RM – juta)

1.

Kompleks Sukan Negeri Terengganu

544

2.

LPT2

1,800

3.

Menaiktaraf Terminal LTSM

130

4.

Menaiktaraf Landasan Terbang LTSM

530

5.

Monsoon Cup

360

6.

Taman Tamadun Islam

259

7.

Benteng Pemecah Ombak (Brakwater)

509

JUMLAH

4,132

Selain dari perbelanjaan diatas terdapat satu laporan tidak didedahkan oleh kerajaan persekutuan yang juga menggunakan DKKP sebagaimana yang dilampirkan dibawah.


http://buletinonline.net/images/berita11/laporanprojekdanakhas.gif

http://buletinonline.net/images/berita11/laporanprojekdanakhas1.gif

http://buletinonline.net/images/berita11/laporanprojekdanakhas2.gif

Sekiranya dicampurkan semua kos tersebut kira-kira RM 650 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan persekutuan dari Wang Ehsan/ DKKP/ Wang Royalti Petroleum untuk pembangunan yang sepatutnya dilaksanakan menggunakan kewangan dari kerajaan Pusat.

Keseluruhan perbelanjaan yang dapat dikesan sehingga kini adalah lebih dari RM8 bilion, melebihi jumlah royalti yang di berikan kepada kerajaan Terengganu sebanyak RM7.634 bilion dalam tempoh 2004 hingga 2007. Pecahannya adalah seperti berikut;


Bil

Perkara

Jumlah (RM-juta)

1.

Serahan Kepada Kerajaan Negeri Setiap Tahun dari 2004 – 2007

(yang menjadi Belanjawan Negeri Terengganu)

3,900

2.

Projek-projek Mega (seperti jadual diatas)

4,132

3.

Infrastruktur

650

JUMLAH

8,682

Itu tidak termasuk banyak lagi dana-dana khas bantuan yang lain yang digunakan oleh Jabatan dan agensi kerajaan yang begitu mewah sebelum ini seperti dana khas untuk nelayan, ternakan, usahawan, pendidikan (tiusyen dll), kesihatan dan sebagainya !

Read More...

Kes Altantunya: Biarpun Perbicaraan Selesai, BPR Harus Menyiasat Pengeluaran Bom C4 !!

pahangdaily

Keputusan perbicaraan kes bunuh wanita Monggolia, Altantunya Shariibuu khabarnya akan diumumkan pada penghujung Oktober ini. Ini bermakna Altantunya dibunuh bulan Oktober 2006 dan keputusannya pula bulan yang sama 2008. Dalam kes itu, Cif Inspektor Azilah Hadri, 31, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, didakwa membunuh Altantuya, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja Shah Alam. Kedua-dua tertuduh itu dibicara bersama penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda yang didakwa bersubahat dengan mereka melakukan pembunuhan tersebut dua tahun lalu. Biarpun perbicaraan tersebut sudah pun selesai dan keputusan sama ada kesemua yang tertuduh bersalah serta menerima hukuman akan diumumkan tidak lama lagi. Namun sesuatu harus diingat disini.

Persoalan ini harus dijawab oleh pihak-pihak berkenaan termasuk Badan Pencegah Rasuah (BPR). Persoalannya ialah, bagaimanakah "Bom C4" Tentera boleh digunakan dalam kes ini. Umum mengetahui bahawa Azilah dan Sirul adalah anggota UTK, maka itu menurut maklumat pihak UTK tidak akan membunuh dengan menggunakan Bom. Sebaliknya mereka telah dilatih sebagai "penembak tepat" dan akan melakukan arahan berdasarkan kepakaran mereka iaitu tembakan tepat dari jauh. Maka mengapakah tiba-tiba "Bom C4" boleh berada ditangan mereka. Dalam masa yang sama persoalan timbul bagaimanakah bom itu boleh digunakan sedangkan ianya adalah sejenis bom yang hanya boleh digunakan ketika peperangan. Hanya anggota tentera sahaja dibenarkan menggunakan alat senjata tersebut. Ini harus dijawab.

Tambahan pula kedua-dua jenis bahan letupan yang dikesan pada barang bukti kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu kebanyakannya digunakan dalam aktiviti ketenteraan dan boleh menghasilkan tindak balas supersonik serta mengakibatkan kerosakan besar. Dengan gelombang kelajuan secara umumnya melebihi 1,000 meter sesaat, gegaran bahan letupan Pentaerythritol Tetranitrate (PETN) dan Cyclotrimethylene Trinitramine (RDX) boleh memusnahkan kawasan persekitaran termasuklah sebarang halangan yang berdekatan dengan pusat letupan.

Salah seorang saksi kes iaitu Ketua Unit Senjata Api dan Kesan Alat di Seksyen Kriminalistik, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya, Shaari Desa (gambar foto) , 40, mengesahkan perkara tersebut ketika memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 4 November 2007 dulu. Beliau ada berkata bahawa Kesimpulan yang boleh beliau buat berdasarkan analisis yang dijalankan ke atas sampel rambut bertanda Z7, Z10, Z11 dan Z13 (berlabel unknown yang diambil di tempat kejadian), mendapati terdapatnya penggunaan bahan letupan PETN dan RDX.

Bukan itu sahaja, kata Shaari, sampel ketulan berwarna merah jambu yang bertukar menjadi warna peach (bertanda Z20) dan serbuk putih dalam detonating cord (Z22) turut mengandungi bahan letupan jenis PETN dan RDX. Menurut saksi, PETN dan RDX adalah sejenis bahan letupan yang ditakrifkan di bawah Akta Bahan Letupan 1957. Selain itu, empat sampel rambut iaitu yang bertanda Z7, Z10, Z11, Z13, helaian plastik berwarna hitam (Z32), plastik hijau (Z40), Z48 (plastik hijau kehitaman), keratan wayar (Z44) mempunyai kesan bahan letupan jenis yang serupa. Manakala keratan wayar (Z47), putik kapas (Z12), cebisan plastik (Z29), sampel tanah (spesimen tanah di tempat kejadian yang ditandakan sebagai bahagian kepala, perut dan kaki yang bertanda Z49, Z50, Z51 ) juga terdapat kesan bahan letupan jenis RDX.

Beliau juga ada berkata bahawa tiada kesan bahan letupan ditemui pada empat cebisan tulang (ZZ1 hingga ZZ4). Beliau juga dikatakan telah selaras submesingan HK-MP5 SD (P263A) tanpa kelopak yang dipasang penyerap bunyi (silencer) yang turut dianalisis, dan mengesahkan senjata api tersebut pernah melepaskan tembakan. Katanya setelah dianalisis, beliau mendapati terdapat sisa serbuk senjata api (gun powder residue) pada bahagian dalam laras dan penyerap bunyi yang dipasang. Ini bermaksud tembakan pernah dilepaskan dan senjata itu tidak dibersihkan selepas tembakan terakhir dilepaskan terhadap mangsa. Beliau menyatakan demikian ketika disoal dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin pada perbicaraan terhadap ketiga-tiga tertuduh yang dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin.

Dengan pengakuan saksi ini, maka jelaslah kepada kita persoalan bagaimana senjata berkenaan boleh dikeluarkan daripada simpanan tentera. Siapakah yang mengeluarkan arahan. Mengapakah pegawai terbabit yang menjaga peralatan tersebut gagal mengesan dan tidak tahu bila dan berapa bilangan ia dikeluarkan. Walhal dalam mana-mana jabatan kerajaan sekali pun setiap sen dan barang yang diambil akan direkodkan. Bagaimana pihak tentera Malaysia boleh lalai dan gagal mengesan perkara ini. Jika ini berlaku, bukankah ia memberi gambaran bahawa pasukan tentera kita tidak cekap dan musuh bila-bila masa sahaja boleh mencuri kelengkapan senjata tersebut. Ini pernah berlaku dulu dalam kes Sauk (Bukit Jenalek) dan di Kuala Trengganu. Pencerobohan orang luar ke kem tentera adalah perkara serius dan perlu disiasat dengan terperinci. Maka itulah kita amatlah berharap agar pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat perkara ini dengan telus dan adil. Jika ada unsur-unsur rasuah maka mereka harus didakwa juga dalam kes ini. Bahkan mereka juga boleh dikatakan cuai menjaga keselamatan negara. Bayangkan jika bom itu digunakan untuk melakukan huru-hara dan mengancam keselamatan negara?. Apa akan terjadi agaknya.

Inilah yang berlaku di Pakistan baru-baru ini, bila bom seberat 600 tan meletop di Hotel J.W Mariott yang mengorbankan banyak nyawa manusia. Inilah yang kita takutkan sebenarnya. Andainya kecurian seperti ini tidak disiasat maka rakyat hanya melihat kes Altantunya dari satu sudut sahaja, iaitu pembunuhan seorang manusia. Tetapi dari sudut yang lain iaitu kecuaian kakitangan kerajaan juga harus disiasat. Jika tidak rakyat akan hilang keyakinan dan kepercayaan kepada anggota keselamatan di Malaysia termasuk juga pasukan tentera. Sudahlah sebelum ini rakyat hilang keyakinan kepada pasukan polis, ini pula berlaku kepada pasukan tentera. Apakah perkara ini harus didiamkan begitu sahaja?. Biarpun kes pembunuhan itu sudah selesai dan hanya menunggu keputusan daripada mahkamah. Namun kes kecuaian ini harus dibuka semula, bagi mengenal pasti siapakah yang cuai dan arahan siapakah kerja ini dilakukan.

[Selama ini BPR bercakap soal ketelusan dan keadilan, maka sekarang laksanakanlah tugas kalian dengan adil dan telus. Siasat sedalam-dalamnya bagaimana Bom C4 yang sepatutnya digunakan oleh tentera untuk pergi berperang boleh dikeluarkan sesuka hati untuk tujuan pembunuhan dengan niat bagi menghilangkan bukti. Sudah pasti ada unsur rasuah dalam hal ini. Hebahkan maklumat ini kepada umum, agar rakyat tidak hilang kepercayaan dan keyakinan mereka kepada pasukan tentera di negara ini].

Read More...

2000 sertai perarakan anti ISA

2,000 march against ISA

The Malaysian Insider pictures by Choo Choy May

By Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, Sept 27 — A Hindraf-led anti-ISA rally saw nearly 2,000 marching through the city centre tonight.

Police had denied entry into Dataran Merdeka where the group had planned to hold an hour-long candlelight vigil.

This resulted in the crowd, just about 500-strong then, deciding to move to Court Hill Sri Ganesar Temple off Jalan Pudu.

Eventually, what was planned to be an hour-long gathering in an already cordoned-off area turned into a moving roadblock that disrupted traffic for twice as long.

The orange-clad, flag-waving and candle holding protestors had made their way to the temple in three blocks via Jalan Tun Perak.

By the time they arrived, the total size had quadrupled to close to 2,000 with passersby and latecomers including a significant number of Chinese and Malay supporters joining up.

"This was a signal that the ISA is hated by all Malaysians from a cross-section of society," said legal advisor N. Surendran.

The event, which called for the abolishment of the Internal Security Act and the release of all detainees especially the Hindraf 5 and blogger Raja Petra Kamarudin, was hailed as a success by Hindraf national coordinator R.S. Tanendran, who said that the government should stop "closing its ears" to the people's wish to abolish the act.

"The people are a better judge of the Act. Who is Syed Hamid?" he told the crowd in front of the temple, referring to Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar.

"He is just an ordinary man. One man cannot be the judge."

According to Hindraf national event coordinator R. Kannan, several groups had assembled around the city centre and were headed towards Dataran Merdeka. They had requested police to allow them one hour to gather after a request for a permit sent on Wednesday did not receive a response.

However, even this request was denied as the main group began to move from Leboh Pasar Besar at 7.15pm, forcing them to take a detour via Masjid Jamek.

By 7.30pm, they had arrived together on Jalan Tun Perak where they were ordered to remain outside the cordoned off Dataran Merdeka with about 10 police light reserve personnel in attendance.

More negotiations with Kuala Lumpur police from the Dang Wangi headquarters ensued between Teluk Intan MP M. Manogaran and police representatives.

The DAP legislator requested for the group to be allowed in to light their candles and say their prayers for 15 minutes but were told that they would only be allowed to remain outside the cordoned off area until 8pm.

By 7.50pm the group began marching towards the temple and continued to gather numbers resulting in staggered blockage of traffic along Jalan Tun Perak and only arrived at the temple at 8.30pm before dispersing 45 minutes later.

ASP Sydney Clyde Jeremiah confirmed that there were no untoward incidents in what was generally a "peaceful gathering" despite half a dozen light reserve and federal reserve vehicles each arriving at Dataran Merdeka after 8pm.

Read More...

Jawapan kepada teka teki Perdana Menteri…

Agenda daily



Kebiasaannya kebanyakan para wartawan akan cabut terus balik pejabat untuk menyiapkan berita masing-masing sejurus selesai sidang akhbar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Namun ramai juga yang melepak sekitar lobi menara Dato Onn PWTC mundar mandir berbual bersama rakan-rakan wartawan lain dan orang politik yang ada di situ lama selepas selesai sidang akhbar mesyuarat khas MT tengahari Jumaat.

Ada yang kelihatan agak blurr dan cuba nak dapat kepastian bagaimana nak letakan kata-kata yang disampaikan oleh Presiden UMNO semasa sidang akhbar tadi dalam prespektif yang betul.

Seperti yang diumum oleh Perdana Menteri mesyuarat berkenaan telah buat keputusan besar anjak tarikh pemilihan jawatan parti dari Disember tahun ini ke bulan Mac tahun depan.

Juga satu lagi keputusan besar yang beliau umumkan menyangkut kedudukannya ialah anjakan tarikh berkenaan adalah untuk melicinkan proses peralihan kuasa yang sepatutnya telah ditetapkan pada Jun 2010..

Cuma beliau tidak memberi tanda noktah pada soalan terbesar yang semua orang ingin tahu iaitu samaada hendak mempertahankan atau tidak jawatan Presiden UMNO.

Beliau membuka teka teki tentang soal ini bila ditanya mengenainya dalam sidang akhbar itu.

“Terpulang kepada saya sama ada bertanding atau tidak. Anda boleh terus meneka tetapi keputusannya di tangan saya,” katanya.

Kepada soalan lain yang berkaitan hal yang sama Perdana Menteri memberi tarikh pasti bila akan mengumumkan keputusan berkenaan – iaitu sebelum 9 Oktober ini bila 191 UMNO Bahagian di seluruh negara akan mula bermesyuarat dalam tempoh sebulan yang telah ditetapkan.

Makanya semua orang ada 13 hari yakni dari 26 September hingga 9 Oktober ini untuk mencari jawapan kepada teka teki itu sebelum Perdana Menteri mengumumkannya sendiri.

Dari tinjauan rambang Agendadaily ramai juga kalangan pemerhati politik yang berpendapat jawapan pada soalan terbesar itu sebenarnya sudah tersemat dicelah-celah kata-kata Perdana Menteri semasa menjawab soalan para wartawan selepas mesyuarat khas selama lebih kurang sejam setengah itu.

Menurut mereka cuma mungkin beliau hendak memilih platform lain yang lebih sesuai untuk membuat pengumuman besar itu.

Bagi mereka mengambil kira semua kenyataan Abdullah semasa sidang akhbar itu jawapannya memang mudah untuk diteka.

Sebenarnya memang tidak ada rumusan lain yang dapat dibuat selain itu berdasarkan kenyataannya bahawa anjakan tarikh pemilihan ke bulan Mac tahun depan adalah untuk melicinkan proses peralihan kuasa.

Ditanya adakah pelan peralihan kuasa yang asal 2010 akan dikekalkan?

Ini kata Perdana Menteri , “ Kalau kita nak awalkan ( ke bulan Mac 2009 ) tidak ada lah original 2010 itu... tak timbullah perkara itu. “

Lojiknya jika misalnya Abdullah sudah memutuskan hendak mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO perlu apa tarikh pemilihan itu hendak dianjakan tiga bulan.

Anjakan tarikh itu boleh diandaikan sebagai kompromi waktu yang paling sesuai untuk membuat peralihan berkenaan berbanding Jun 2010 yang dilihat terlalu lama.

Lagipun perlembagaan UMNO membolehkan pemilihan parti ditangguhkan selama 18 bulan dari tarikh asal September 2007 dimana Mac 2008 genap tempoh berkenaan.

Ia juga akan membolehkan peralihan sekaligus dibuat yakni Najib dinobatkan secara bertanding atau tanpa tanding menerusi pemilihan jawatan UMNO untuk terus memegang jawatan Presiden UMNO.

Jika mengikut pelan Jun 2010 beliau perlu memangku jawatan nombor satu parti itu lebih setahun sehingga ke pemilihan parti akan datang iaitu hujung tahun 2011.

Dicelah segala ini para pemerhati melihat Perdana Menteri sendiri tahu kesannya jika berlaku pertandingan sengit dalam parti diketika UMNO berdepan dengan segala macam cabaran dari pembangkang sekarang.

Pendiriannya tentang keutuhan parti jelas dinyatakan bila ditanya wartawan dalam sidang akhbar itu adakah beliau sedia melakukan pengorbanan besar dengan meletakkan jawatan lebih awal jika itu yang lebih baik untuk parti.

“Setahu saya, saya sayangkan parti walau semasa dalam keadaan sukar. Saya tidak pernah meninggalkan parti, saya tidak menyertai UMNO 46, saya tidak sertai parti lain, malah saya tidak pernah berada di atas platform parti pembangkang untuk menentang UMNO.

Tidak ada rekod saya menentang parti langsung pada bila-bila masa pun,”kata Abdullah.

Katakanlah beliau tetap buat keputusan hendak bertanding mempertahankan jawatannya.Soalan yang pasti berlegar apa jadi kepada parti jika bahagian-bahagian UMNO turut mencalonkan Najib sebagai Presiden parti.

Turut menjadi persoalan apa kesanya jika katakan Abdullah tidak dapat cukup kuota 58 pencalonan bahagian yang diperlukan.

Mahu tidak mahu semua ini tidak dapat dielakan pasti menjadi bahan perkiraaan.

Dalam pada itu kebanyakan para pemerhati sependapat mood semasa baik dalam UMNO maupun dikalangan orangramai ialah mahukan satu perubahan dalam parti.

Makanya dicampur,tolak dan bahagi dari kenyataan Perdana Menteri dengan senario politik semasa – sukar untuk menolak taruhan yang paling selamat ialah pengumuman penting menjelang 9 Oktober ini ialah beliau tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO.- 27/9/2008


-------------------------------

Pemilihan UMNO ditangguh...peralihan kuasa Mac 2009

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari Jumaat sebulat suara bersetuju menangguhkan pemilihan parti itu dari Disember ini kepada bulan Mac tahun depan dalam usaha melicinkan proses peralihan kuasa.

Bagaimanapun bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian, ia tetap akan diteruskan mengikut jadual asal pada 9 Oktober depan dengan semua agenda pemilihan Bahagian dan pencalonan bagi jawatan tertinggi parti diteruskan.

Namun, timbul persolan jika penangguhan pemilihan parti dibuat bagi licinkan proses peralihan kuasa, adakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mempertahankan jawatan Presiden dengan menerima pencalonan daripada UMNO Bahagian yang mula bermesyuarat bulan depan.

Menjelaskan, perkara ini Abdullah berkata, beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini sebelum persidangan perwakilan bahagian parti bermula.

"Saya belum membuat sebarang pengumuman mengenai perkara ini. Saya berhasrat untuk mengumumkannya sebelum mesyuarat bahagian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas MT UMNO yang berlangsung kira-kira satu jam setengah di ibu pejabat parti itu.

Berdasarkan kepada keputusan yang dicapai oleh MT UMNO itu, pelan peralihan kuasa 2010 kini tidak lagi berbangkit kerana Abdullah menegaskan, keputusan menangguhkan pemilihan itu dicapai ekoran langkah mempercepatkan pelan peralihan kuasa 2010, yang diputuskan Julai lalu.

Ditanya adalah itu bermakna pelan peralihan kuasa 2010 dikekalkan, Abdullah menjawab “Kalau diawalkan, tidak adalah original punya 2010 itu. Tak timbullah."

Menjelaskan maksud melicinkan proses peralihan kuasa lebih awal, Abdullah berkata, ia adalah bagi membuat penyerahan apa juga yang diperlukan berdasarkan peraturan-peraturan yang sepatutmnya dilaksanakan.

"Ini akan diputuskan antara saya dan Najib," jelasnya ringkas.

Beliau turut menjelaskan, peralihan kuasa lebih awal tersebut mempunyai kaitan dengan keraj-keraja yang seharusnya dilaksanakan.

"Semua ada hubung kait dengan kerja saya. Bila habis kerja saya habislah," katanya.

Namun dalam pada itu, beliau menolak andaian bahawa keputusan mengawalkan peralihan kuasa disebabkan wujudnya tekanan ke atas dirinya dariapda kalangan ahli MT.

"Tida ada apa-apa pada hari ini (desakan)... mungkin ada dua atau tiga orang yang rasa begitu. Tapi kebanyakan tidak menunjukkan apa-apa sebab untuk memberi tekanan. Mereka juga tahu hubungan saya dengan Najib adalah satu hubungan yang baik dan apa-apa perkara pun, kedua-dua kami mempunyai persefahaman yang baik.

“Jadi tidak ada masalah yang patut timbul mengenai perkara ini," ujarnya panjang lebar.

Ditanya mengenai keputusannya sama ada akan bertanding atau tidak. Abdullah berkata, keputusan mengenainya terletak di tangan beliau dan terserah kepada pihak lain untuk membuat nadaian masing-masing. – 26/9/2008

Read More...

Kerajaan semakin tenggelam punca - Ku Li

Harakahdaily

Tengku Razaleigh Hamzah
Fri | Sep 26, 08 | 11:50:02 pm MYT

Kenyataan ini saya tulis sebagai warga Malaysia yang sudah empat puluh tujuh tahun berkecimpung dalam bidang politik.

Kerjaya ini meluangkan saya kesempatan istimewa untuk memainkan peranan kecil dalam pembentukan negara kita serta mengasaskan pelbagai institusinya, dan juga kejayaan kita mencapai kecukupan yakni ekonomi tidak tertakluk kepada ihsan negara luar.

Saya tergerak untuk membuat kenyataan ini atas keprihatinan yang mendalam terhadap keadaan negara saya yang kini dilanda, antara lain oleh kemelut yang mengharu-birukan keadaan.

Dalam kehidupan seseorang individu dan dalam tempoh sesebuah negara berkuasanya, ia pasti menghadapi detik-detik penuh kemungkinan apabila pilihan yang wajar perlu dibuat, terutamanya tatkala berhadapan dengan persimpangan keupayaan yang secara serentak berpotensi untuk sama ada membawa keunggulan atau kemusnahan diri.

Sewaktu menapak ke alam kedewasaan dulu, kita menempuh banyak persimpangan dan perlu membuat beberapa pilihan.

Begitu jugalah, kini kita peka betapa masa mendatang kita juga dalam tangan kita sendiri sekarang.

Sama ada kita bakal maju dan hidup dalam kegemilangan atau mundur serta senantiasa menanggung duka lara, kini bergantung pada cara kita bertindak dalam tetingkap masa yang singkat ini.

Sekarang ini, kita dalam kebuntuan politik yang seumpama barah berbahaya yang cukup mampu untuk merebak lebih parah menjadi krisis Perlembagaan.

Memang krisis politik perkara lumrah namun bertitik tolak daripada krisis yang kita hadapi kini mungkin tercetus rentetan pelbagai kegagalan yang menjurus kepada ketidakstabilan jangka panjang dan membawa kemusnahan, sebagaimana barah boleh membawa maut.

1. Kebuntuan kita ini tiba dalam senario di mana kita menghadapi cubaan hebat dalam bentuk keadaan ekonomi, politik dan keselamatan yang kian hari semakin mencabar. Ekonomi dunia bakal dirundung kemelesetan yang mungkin sehebat Zaman Meleset tahun 1930an dalam Abad ke 20 dahulu. Sebagai negara perdagangan, tentunya kita akan terdedah sepenuhnya kepada impak kemerosotan ekonomi global itu. Dalam masa yang sama, sewaktu kita alpa, ekonomi global mengalami ada transformasi besar-besaran. Maka, kita perlu mengambil langkah perlu dengan seberapa segera demi menyesuaikan diri dengan perubahan besar itu, seandainya kita tidak ingin terpinggir.

2. Keputusan paling menggemparkan daripada Pilihan Raya Umum pada tahun ini memanifestasikan sentimen rakyat dan pilihan yang rakyat nyatakan itu memang tidak boleh diabaikan. Warga Malaysia mahukan perubahan fundamental, dan mereka menghendakinya dilakukan sekarang, baik oleh atau menerusi pihak kerajaan campuran yang berkuasa sekarang mahupun daripada pihak di luar kerajaan. Sepanjang tempoh lima puluh tahun nan lampau, susunan demografi penduduk Malaysia telah mengalami perubahan dramatik. Sudah nyata bahawa kita kini mempunyai kalangan pengundi yang lebih bijak membuat pilihan dan bersikap lebih mendesak. Bolehkah kita mempersalahkan mereka jika mereka sudah bosan dan mula hilang kesabaran dengan ketidakcekapan dan ketidakjujuran barisan pemimpin mereka?

3. Kilanan yakni ketidakpuasan hati dan rungutan warga Malaysia di Sabah dan Sarawak, yang tidak diberi penghayatan sepenuhnya dalam Pilihan Raya Umum itu, masih belum ditangani sampai sekarang. Ini merupakan risiko maha besar terhadap integriti hubungan antara tiga pihak yakni Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang bersekutu menjadi Persekutuan Malaysia.

4. Badi daripada salah faham dalam hal kaum dan agama memang 'retak mencari belah' yang siap sedia menjadi bahan eksploitasi dalam arena politik lantas mampu membahanakan kecelakaan yang maha dahsyat.

Tanpa mengambil kira segala janji pasca-PRU12, akhir-akhir kini, keyakinan rakyat terhadap pihak kerajaan merosot lebih jauh lagi berbanding keadaannya selepas tarikh 8 Mac itu.

Boleh dikatakan bahawa orang awam kini hampir-hampir putus asa untuk melihat perubahan dalam (barisan) parti yang memerintah. Kerajaan lebih cenderung untuk menggagalkan usaha ke arah perubahan malah berusaha mematikan segala kritikan terhadapnya walhal sepatutnya pihak yang berkuasa senada seirama dengan rentak tari atau sekurang-kurangnya memahami kegusaran rakyat. Maka jelaslah betapa lemahnya pihak pentadbiran dan betapa mereka langsung tidak bermaya atau berhajat untuk berubah.

Bolehkah kita menidakkan bahawa kerajaan sekarang, dalam bentuk dan kepimpinan yang sedia ada serta diterajui oleh parti yang menjadi tumpuan penuh kehidupan saya, kini tidak mampu, baik dari segi strukturnya mahupun dari aspek kewujudannya, untuk menyediakan hala tuju dan keyakinan yang negara ini perlukan, sama ada buat jangka panjang atau jangka pendek?. Tidak perlu bersuluh lagi sebab segala petunjuk dan petanda sudah jelas kepada semua:

1. Pihak kerajaan tidak berdaya bergerak balas terhadap krisis ekonomi dan tidak punya pelan tindakan asas untuk mengatasinya. Jauh sekalilah untuk setara dengan negara Asia Pasifik yang lain. Keyakinan kalangan perniagaan terus menjunam segandingan dengan modal yang meluru keluar daripada bank-bank negara kita. Dasar ekonomi terus tiada kelarasan, tanpa hala tuju dan masih berkeadaan sebagaimana keadaannya sewaktu pentadbiran sekarang mula memikul tanggungjawabnya.

2. Segala syor yang diketengahkan oleh dua Suruhanjaya Penyiasatan Diraja sama ada diabaikan sama sekali atau dilunakkan ke tahap saranan-saranan itu menjadi tidak signifikan dan tidak ampuh lagi.

3. Dalam konteks ini, peruntukan dalam perlembagaan Umno yang membolehkan pembaharuan/perubahan kepimpinannya setiap tiga tahun sepatutnya boleh diharap untuk mencetuskan perubahan. Sayang sekali, bukan sahaja mereka mensia-siakan peluang ini malah pihak kepimpinan parti memilih untuk mundur ke alam fantasi bernama "pelan peralihan" yang dengan sewenang-wenangnya mengetepikan perlembagaan parti dan hak para ahlinya. Lelucon berupa cubaan untuk menganggap jawatan awam dan amanah parti sebagai warisan yang boleh diwasiatkan antara dua individu � yang seorang mahu terus berwenang melewati tempoh mandat politiknya manakala yang seorang lagi ingin 'naik ke tampuk pimpinan' tanpa berlandaskan mandat tersebut. Yang lebih lucu lagi ialah kesungguhan usaha mereka berdua bertekad 'memaksa' rakyat menerima garapan dan gagasan mereka. Namun tiada siapa pun yang tertipu. Sebaliknya, senario di mana politik wang berleluasa, telah menguburkan terus harapan rakyat untuk menyaksikan sebarang pembaharuan yang diusahakan oleh atau menerusi Umno. Rakyat juga tahu betapa di sebalik hiruk-pikuk bergelar "pelan peralihan" itu, Perdana Menteri terus didesak oleh anggota kabinetnya sendiri yang menjalankan pelbagai taktik dan 'jarum' demi memaksa beliau melepaskan jawatannya.

Keputusan memilih "pelan peralihan" begini semata-mata membuka pekung pihak berkenaan yang langsung tidak faham erti dan tujuan jawatan awam. Adakah kita yang melarik impian menjadi negara maju tidak sedar yang masyarakat matang negara maju langsung tidak akan memberi muka apatah lagi tempat kepada sesiapa yang mengetepikan dan menularkan sikap tidak mengendahkan proses demokrasi dan perlembagaan sebegini? Mereka ini masih tidak faham-faham lagi bahawa rakyat menolak mana-mana pemimpin yang bukan sahaja mengelak daripada perlawanan terbuka mengikut lunas demokrasi malah lebih cenderung kepada wayang kulit yang mereka dalangi sendiri.

Memandangkan Umno merupakan teras politik kebangsaan, segala adegan yang plot ceritanya sudah terbentang untuk tontonan umum ini, memang mengundang bahaya besar. Dalam pada itu, bilangan Ahli Parlimen pihak Lawan kian meningkat. Tanpa mengambil kira kesahihan bilangan yang digembar-gemburkan itu dan sama ada Pakatan Rakyat kini benar-benar sudah ada "bilangan majoriti" dalam parlimen, tidak syak lagi, sokongan bagi barisan pemerintah semakin terhakis dan akan terus merosot selagi belum ada kejelasan dalam hal perubahan terhadap corak kepimpinan yang Umno sediakan kepada barisan parti pemerintah. Sudah ada 'kilat di air' bahawa, pada masa mendatang, kerajaan sedia ada mungkin tumbang bahana undi tidak percaya, atau kesahihan majoriti ahli parlimen menurut landasan dan peruntukan perlembagaan. Ini memang tidak mustahil. Namun bagi kalangan yang telah berkuasa selama lima puluh satu tahun, kemungkinan ini sukar difahami apatah lagi untuk diterima. Malah ia terlalu digeruni. Hakikatnya, menafikan kemungkinan itu tidak membantu sesiapa. Begitu juga halnya dengan mendakwa sesuatu yang jauh melebihi bilangan sebenar.

Baik disoroti dari sudut mana sekalipun, amat jelas betapa kita sudah mula tenggelam punca dan sudah sukar untuk berpegang pada kedaulatan undang-undang. Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan terhadap individu tertentu hanya menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Kita bukan sahaja tidak menenteramkan suasana malah kita mengapi-apikan ketakutan yang mampu mencetuskan sengketa, permusuhan kaum dan mengganggu-gugat ketenteraman awam. Berlatarkan pakatan lawan yang semakin kuat dan pergelutan kepimpinan dalam Umno, sukar hendak percaya bahawa langkah-langkah melampau yang dikuatkuasakan itu adalah untuk menangani 'ancaman terhadap keselamatan negara' dan bukannya bertujuan untuk mengekalkan penguasaan individu tertentu. Penganiayaan yakni ketidakadilan ialah perbuatan negatif yang paling berdaya kuasa untuk merobekkan dan menumbangkan kemandirian dan kesahan sesebuah kerajaan. Justifikasi karut-marut yang diberikan sebagai alasan bagi beberapa penahanan yang dibuat itu benar-benar telah melenyapkan langsung keyakinan umum � rakyat kini sangsi sama ada kuasa yang mereka berikan melalui peti undi masih berada dalam selamat, yakni dalam tangan mereka yang sewajarnya menjaga amanah itu.

Bolehkah kita biarkan trend ini terus menelusur liku-liku berbahaya menjurus kepada kemusnahan? Sanggupkah kita biarkan tampuk pimpinan kita tanpa seorang pemimpin de facto (yang berkuasa biarpun tiada mandat yang sah) bagaikan kereta api tanpa kepala sedangkan kedaulatan undang-undang terabai dan Perlembagaan tidak diendahkan?.

Maka, dengan ini, saya merayu dan berseru agar semua pihak, segera mendatangi meja perbincangan, untuk membicarakan secara jujur tentang apa yang sedang berlaku dalam negara kita dan apakah bentuk daya usaha yang boleh kita lakukan secara aman untuk memecahkan kebuntuan kita dan mengatasi kemelut ini. Maka kita perlu bertindak dengan segala rendah hati dan semangat warga negara Malaysia, tanpa mengambil kira kita daripada parti mana. Kita perlu bersepadu mencari hala tuju untuk keluar daripada kancah kekalutan dan kekeliruan yang berbahaya ini demi kesejahteraan negara Malaysia dan kesemua warganya. Semoga bertitik-tolak daripada perbincangan kita, kelak kita berjaya mengubah krisis menjadi pencetus kecemerlangan negara di mana rakyatnya mempunyai kesatuan hala tuju dan matlamat..

Tengku Razaleigh Hamzah
31 Jalan Langgak Golf_

Read More...

Koleksi Video - Petrol Turun Seposen, Inflasi Naik 8.5%, Santan Naik Harga

Petrol Turun Seposen, Inflasi Naik 8.5%, Santan Naik Harga




OK - nah ambik seposen....pegi main jauh-jauh.....jangan lupa nanti undi BN lagi.....hahahaha.......

Read More...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |