Kebiasaannya kebanyakan para wartawan akan cabut terus balik pejabat untuk menyiapkan berita masing-masing sejurus selesai sidang akhbar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. “Terpulang kepada saya sama ada bertanding atau tidak. Anda boleh terus meneka tetapi keputusannya di tangan saya,” katanya. Dari tinjauan rambang Agendadaily ramai juga kalangan pemerhati politik yang berpendapat jawapan pada soalan terbesar itu sebenarnya sudah tersemat dicelah-celah kata-kata Perdana Menteri semasa menjawab soalan para wartawan selepas mesyuarat khas selama lebih kurang sejam setengah itu. Ini kata Perdana Menteri , “ Kalau kita nak awalkan ( ke bulan Mac 2009 ) tidak ada lah original 2010 itu... tak timbullah perkara itu. “ Lojiknya jika misalnya Abdullah sudah memutuskan hendak mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO perlu apa tarikh pemilihan itu hendak dianjakan tiga bulan. Dicelah segala ini para pemerhati melihat Perdana Menteri sendiri tahu kesannya jika berlaku pertandingan sengit dalam parti diketika UMNO berdepan dengan segala macam cabaran dari pembangkang sekarang. “Setahu saya, saya sayangkan parti walau semasa dalam keadaan sukar. Saya tidak pernah meninggalkan parti, saya tidak menyertai UMNO 46, saya tidak sertai parti lain, malah saya tidak pernah berada di atas platform parti pembangkang untuk menentang UMNO. Tidak ada rekod saya menentang parti langsung pada bila-bila masa pun,”kata Abdullah. Turut menjadi persoalan apa kesanya jika katakan Abdullah tidak dapat cukup kuota 58 pencalonan bahagian yang diperlukan.
Namun ramai juga yang melepak sekitar lobi menara Dato Onn PWTC mundar mandir berbual bersama rakan-rakan wartawan lain dan orang politik yang ada di situ lama selepas selesai sidang akhbar mesyuarat khas MT tengahari Jumaat.
Seperti yang diumum oleh Perdana Menteri mesyuarat berkenaan telah buat keputusan besar anjak tarikh pemilihan jawatan parti dari Disember tahun ini ke bulan Mac tahun depan.
Juga satu lagi keputusan besar yang beliau umumkan menyangkut kedudukannya ialah anjakan tarikh berkenaan adalah untuk melicinkan proses peralihan kuasa yang sepatutnya telah ditetapkan pada Jun 2010..
Cuma beliau tidak memberi tanda noktah pada soalan terbesar yang semua orang ingin tahu iaitu samaada hendak mempertahankan atau tidak jawatan Presiden UMNO.
Beliau membuka teka teki tentang soal ini bila ditanya mengenainya dalam sidang akhbar itu.
Kepada soalan lain yang berkaitan hal yang sama Perdana Menteri memberi tarikh pasti bila akan mengumumkan keputusan berkenaan – iaitu sebelum 9 Oktober ini bila 191 UMNO Bahagian di seluruh negara akan mula bermesyuarat dalam tempoh sebulan yang telah ditetapkan.
Makanya semua orang ada 13 hari yakni dari 26 September hingga 9 Oktober ini untuk mencari jawapan kepada teka teki itu sebelum Perdana Menteri mengumumkannya sendiri.
Menurut mereka cuma mungkin beliau hendak memilih platform lain yang lebih sesuai untuk membuat pengumuman besar itu.
Bagi mereka mengambil kira semua kenyataan Abdullah semasa sidang akhbar itu jawapannya memang mudah untuk diteka.
Sebenarnya memang tidak ada rumusan lain yang dapat dibuat selain itu berdasarkan kenyataannya bahawa anjakan tarikh pemilihan ke bulan Mac tahun depan adalah untuk melicinkan proses peralihan kuasa.
Ditanya adakah pelan peralihan kuasa yang asal 2010 akan dikekalkan?
Anjakan tarikh itu boleh diandaikan sebagai kompromi waktu yang paling sesuai untuk membuat peralihan berkenaan berbanding Jun 2010 yang dilihat terlalu lama.
Lagipun perlembagaan UMNO membolehkan pemilihan parti ditangguhkan selama 18 bulan dari tarikh asal September 2007 dimana Mac 2008 genap tempoh berkenaan.
Ia juga akan membolehkan peralihan sekaligus dibuat yakni Najib dinobatkan secara bertanding atau tanpa tanding menerusi pemilihan jawatan UMNO untuk terus memegang jawatan Presiden UMNO.
Jika mengikut pelan Jun 2010 beliau perlu memangku jawatan nombor satu parti itu lebih setahun sehingga ke pemilihan parti akan datang iaitu hujung tahun 2011.
Pendiriannya tentang keutuhan parti jelas dinyatakan bila ditanya wartawan dalam sidang akhbar itu adakah beliau sedia melakukan pengorbanan besar dengan meletakkan jawatan lebih awal jika itu yang lebih baik untuk parti.
Katakanlah beliau tetap buat keputusan hendak bertanding mempertahankan jawatannya.Soalan yang pasti berlegar apa jadi kepada parti jika bahagian-bahagian UMNO turut mencalonkan Najib sebagai Presiden parti.
Mahu tidak mahu semua ini tidak dapat dielakan pasti menjadi bahan perkiraaan.
Dalam pada itu kebanyakan para pemerhati sependapat mood semasa baik dalam UMNO maupun dikalangan orangramai ialah mahukan satu perubahan dalam parti.
Makanya dicampur,tolak dan bahagi dari kenyataan Perdana Menteri dengan senario politik semasa – sukar untuk menolak taruhan yang paling selamat ialah pengumuman penting menjelang 9 Oktober ini ialah beliau tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO.- 27/9/2008
-------------------------------
Pemilihan UMNO ditangguh...peralihan kuasa Mac 2009
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari Jumaat sebulat suara bersetuju menangguhkan pemilihan parti itu dari Disember ini kepada bulan Mac tahun depan dalam usaha melicinkan proses peralihan kuasa.
Bagaimanapun bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian, ia tetap akan diteruskan mengikut jadual asal pada 9 Oktober depan dengan semua agenda pemilihan Bahagian dan pencalonan bagi jawatan tertinggi parti diteruskan.
Namun, timbul persolan jika penangguhan pemilihan parti dibuat bagi licinkan proses peralihan kuasa, adakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mempertahankan jawatan Presiden dengan menerima pencalonan daripada UMNO Bahagian yang mula bermesyuarat bulan depan.
Menjelaskan, perkara ini Abdullah berkata, beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini sebelum persidangan perwakilan bahagian parti bermula.
"Saya belum membuat sebarang pengumuman mengenai perkara ini. Saya berhasrat untuk mengumumkannya sebelum mesyuarat bahagian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas MT UMNO yang berlangsung kira-kira satu jam setengah di ibu pejabat parti itu.
Berdasarkan kepada keputusan yang dicapai oleh MT UMNO itu, pelan peralihan kuasa 2010 kini tidak lagi berbangkit kerana Abdullah menegaskan, keputusan menangguhkan pemilihan itu dicapai ekoran langkah mempercepatkan pelan peralihan kuasa 2010, yang diputuskan Julai lalu.
Ditanya adalah itu bermakna pelan peralihan kuasa 2010 dikekalkan, Abdullah menjawab “Kalau diawalkan, tidak adalah original punya 2010 itu. Tak timbullah."
Menjelaskan maksud melicinkan proses peralihan kuasa lebih awal, Abdullah berkata, ia adalah bagi membuat penyerahan apa juga yang diperlukan berdasarkan peraturan-peraturan yang sepatutmnya dilaksanakan.
"Ini akan diputuskan antara saya dan Najib," jelasnya ringkas.
Beliau turut menjelaskan, peralihan kuasa lebih awal tersebut mempunyai kaitan dengan keraj-keraja yang seharusnya dilaksanakan.
"Semua ada hubung kait dengan kerja saya. Bila habis kerja saya habislah," katanya.
Namun dalam pada itu, beliau menolak andaian bahawa keputusan mengawalkan peralihan kuasa disebabkan wujudnya tekanan ke atas dirinya dariapda kalangan ahli MT.
"Tida ada apa-apa pada hari ini (desakan)... mungkin ada dua atau tiga orang yang rasa begitu. Tapi kebanyakan tidak menunjukkan apa-apa sebab untuk memberi tekanan. Mereka juga tahu hubungan saya dengan Najib adalah satu hubungan yang baik dan apa-apa perkara pun, kedua-dua kami mempunyai persefahaman yang baik.
“Jadi tidak ada masalah yang patut timbul mengenai perkara ini," ujarnya panjang lebar.
Ditanya mengenai keputusannya sama ada akan bertanding atau tidak. Abdullah berkata, keputusan mengenainya terletak di tangan beliau dan terserah kepada pihak lain untuk membuat nadaian masing-masing. – 26/9/2008
0 comments:
Post a Comment