Tranungkite Ucapan itu disampaikan di dalam majlis perasmian ’Hi-Tea’ Dewan Muslimat (Penaja) PAS Putrajaya yang julung kalinya diadakan. Majlis yang diadakan di Presint 16 ini telah disertai oleh seluruh ahli keluarga PAS Putrajaya. Beliau yang juga bekas calon Parlimen Putrajaya pada PRU ke-12 yang lalu turut mengucapkan tahniah di atas penubuhan Dewan Muslimat PAS Kawasan Putrajaya dan berharap agar dapat didaftarkan selewat-lewatnya akhir tahun ini supaya mampu menghantar perwakilan di dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan yang akan datang. Majlis yang bermula kira-kira jam 3.00 petang itu dimulai dengan ucapan alu-aluan dari Ketua Dewan Muslimat PAS Putrajaya, Hajah Marsita dan Yang DiPertua PAS Kawasan Putrajaya, Ustaz Nazir Zakaria. Di majlis yang sama, Tuan Haji Mohamad Nor Mohamad turut melancarkan Tabung Sumbangan Dewan Muslimat PAS Putrajaya untuk mengutip dana bagi membantu gerak kerja aktiviti-aktiviti Muslimat. Majlis turut diserikan dengan sesi taaruf dan bergambar bagi setiap keluarga yang hadir. Antaranya termasuk keluarga Pesuruhjaya sendiri, Tn. Hj Mohamad Nor Mohamad, Yang Di Pertua PAS Kawasan Putrajaya, Ust Nazir Zakaria dan beberapa keluarga yang turut hadir. Gambar-gambar di sekitar program:
Dilulus terbit pada Monday, September 01 @ 15:39:56 MYT oleh greenboc
Oleh rusly_islam
"
Putrajaya, 30 Ogos – 30 Ahli Parlimen BN yang dikatakan akan ke Pakatan Rakyat adalah majoritinya Ahli Parlimen Semenanjung, bukan dari Sabah dan Sarawak, begitulah ’firasat’ Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohamad Nor Mohamad.
” Kita pernah diwar-warkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Bandar Tun Razak, Kulim Bandar Baharu, tetapi akhirnya Beliau bertanding di Permatang Pauh. Apakah mungkin teka-teki ADUN Sabah dan Sarawak ini juga ada maksud yang lain? ” Ujar beliau lagi.
Selain itu, Muslimat yang hadir juga turut diberi suntikan semangat di dalam Slot Motivasi ”Di Mana dan Ke Mana Kita ” oleh Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Hajah Sakinah Awang. Beliau yang juga merupakan penjawat awam berkongsi resepi kejayaan sebagai penerima Anugerah Khidmat Cemerlang di jabatan kerajaan sebanyak 2 kali dan dalam masa yang sama turut aktif di dalam Dewan Muslimat PAS. Ujarnya lagi, bekerja di dalam kerajaan bukanlah satu halangan untuk terlibat dalam PAS. Beliau turut menggesa Muslimat supaya turun ke medan untuk bersama membimbing generasi akan datang.
Monday, September 1, 2008
Ahli Parlimen BN Semenanjung akan ’lompat’ ke dalam Pakatan Rakyat – Pesuruhjaya
1 comments Labels: lompat parti, Pakatan Rakyat, tranungkite
Isu Ketua Umno Bukit Bendera: MCA sokong Gerakan guna Akta Hasutan
Mstar Online
01-09-2008 07:47:11 PM
PELABUHAN KLANG: MCA bersependapat dengan parti Gerakan yang mencadangkan supaya ahli politik dalam komponen Barisan Nasional (BN) dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan sekiranya ada mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Naib Presiden MCA Datuk Ong Tee Keat berkata tindakan mengikut akta itu wajar dikenakan bagi mempertahankan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
"Jika kenyataan seperti itu bukan merupakan pendirian parti berkenaan tetapi hanya tingkah laku individu tersebut, maka parti tersebut perlu mengenakan tindakan disiplin.
"Tindakan disiplin perlu supaya tidak beri rakyat satu gambaran yang salah," katanya kepada pemberita selepas melawat Westport Malaysia di sini hari ini.
Ong berkata demikian ketika mengulas cadangan Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon kepada Dewan Tertinggi BN supaya ahli politik BN dikenakan tindakan tersebut atau mana-mana undang-undang berkaitan jika mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Koh membuat cadangan itu selepas merujuk kepada kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail barubaru ini yang menyifatkan kaum Cina sebagai rakyat menumpang di negara ini.
Ong, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata tindakan perundangan seperti itu juga bertujuan mencegah perkara yang sama berulang pada masa depan sehingga boleh mengguris perasaan kaum lain di negara ini.
Mengenai isu politik wang dalam pemilihan MCA, beliau berkata ia akan menjejaskan kewibawaan pucuk pimpinan yang akan dipilih nanti serta akan membinasakan parti.
"Kalau pihak tertentu percaya sangat bahawa kuasa wang dapat mengubah segala-galanya maka tak payah nak kempen, berhujah atau menonjolkan misi dan visi. Elok sahaja kalau kita buat sebut harga sahaja," katanya. BERNAMA
0 comments Labels: MCA, mstar online, perkauman, UMNO haprak
Saiful Bukhari berpindah masjid ketika bersumpah
| Muhammad Yusri Amin Mon | Sep 01, 08 | 2:55:11 pm MYT | |
| KOTA BHARU, 1 Sept (Hrkh) - Pelakon utama kes liwat, Saiful Bukhari Azlan pada awalnya dikatakan mahu bersumpah laknat di Masjid Negara, namun apabila ramai membantah tiba-tiba ia diubah ke Masjid Wilayah. Imam Masjid Negara, Ustaz Zulkifli Salleh mendakwa pertikaian sebelum ini timbul siapa yang hendak menjadi saksi upacara sumpah itu. "Tiba-tiba saya mendengar Saiful bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan.� Pada hari bersumpah itu saya sedang mengajar di tempat lain," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini. Masjid Wilayah Persekutuan berada di bawah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI). Bagaimanapun katanya beliau difahamkan kakitangan masjid itu enggan memberi Saiful masuk pada awalnya sehingga pihak atasan Jawi campur tangan. Beliau berkata, ketika Saiful berada dalam Masjid Wilayah Persekutuan itu, imam rawatib, Romlang Porogi diminta pihak atasan duduk di samping Saiful. "Tiba-tiba pada ketika itu lafaz sumpah Saiful tersasul dengan mengatakan wataala, sedangkan watallahi," ujarnya. Sedangkan kata beliau dalam Islam, pihak yang membuat tuduhan mestilah mengemukakan empat saksi. Menurutnya, pada zaman Saidina Umar terdapat seorang pemuda yang menuduh Mughiirah Yukbah berzina. Tiga si penuduh tidak dapat mengemukakan bukti, maka mereka dihukum 80 rotan. Menurut Yusuf Qardhawi orang yang sabit kesalahan hendaklah dirotan 80 rotan. "Apabila disebut jelas lafaz liwat atau zina, diketahui di seluruh dunia.� Oleh itu orang terbabit itu sekiranya tidak bertaubat berdosa, apabila mereka mengakad nikah perkahwinan, tidak sah pernikahan itu," katanya. Beliau berkata, sekiranya tidak ada saksi, hendaklah si penuduh itu mengemukakan bukti-bukti (qarinah). - mj _ |
0 comments Labels: bohong rakyat, Harakahdaily, sepol bodo, sumpah
Dr M kecam k'jaan haram Malaysia Today
| Malaysiakini |
| Aug 29, 08 3:39pm |
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam kerajaan kerana memungkiri janjinya selama ini untuk tidak menapis kandungan internet - dasar yang perkenalkan semasa pentadbirannya dahulu. "Bila kerajaan membuat janji kepada negara dan kemudian memungkirinya, maka kerajaan bukan sahaja hilang kredibiliti tetapi juga rasa hormat rakyat sebelum ini," kata Dr Mahathir dalam blognya - Chedet blog.Dr Mahathir yang memperkenalkan dasar tiada tapisan internet pada pertengahan tahun 1990-an, berkata tindakan kerajaan itu menunjukkan "tahap keangkuhan yang menindas menyerupai sebuah negara kuku besi". Rabu lalu, Malaysiakini melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan semua penyedia perkhidmatan internet (ISPs) di negara ini supaya mengharam Malaysia Today. "Saya tidak sentiasa bersetuju dengan Malaysia-Today.net dan (editor lamanweb itu) Raja Petra Kamaruddin. Beliau adakalanya agak tidak bertanggungjawab," tambah Dr Mahathir. "Tetapi tindakan mahkamah telahpun diambil terhadapnya. Jika dia didapati bersalah, terdapat hukuman yang mencukupi yang boleh dijatuhkan (ke atasnya)," tambahnya. Raja Petra (kiri) sedang berdepan dengan beberapa saman, termasuk tuduhan menghasut dan melakukan fitnah selepas beliau mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dengan kes pembunuhan seorang wanita Mongolia.Tapisan internet Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mempertahan tindakan terhadap Malaysia-Today, dengan berkata lamanweb itu diharamkan kerana ia menyiarkan kandungan yang berunsur 'fitnah'. Sementara itu, parti pembangkang, PKR turut mengecam keputusan kerajaan itu, yang disifatkannya sebagai tindakan terdesak kerajaan Barisan Nasional.Sambil menyifatkannya sebagai serangan terbaru terhadap kebebasan awam, parti itu berkata, keputusan tersebut merupakan tapisan terhadap internet. "Ia juga merupakan satu tindakan terdesak kerajaan BN yang masih tergugat selepas mengalami kekalahan berturut-turut dan enggan menerima isyarat yang jelas dari rakyat berulang-kali melalui peti undi. "Alasan yang diberikan bahawa Malaysia Today merupakan sebuah lamanweb yang berunsur menghasut adalah tidak berasas sama sekali dalam mana-mana prinsip undang-undang, memandangkan terdapat undang-undang yang mencukupi yang mengendalikan aktiviti seumpama itu dan masih belum ada sebuah mahkamah pun di Malaysia yang telah mendapati lamanweb itu menyiarkan kandungan yang berunsur menghasut," tambah Setiausaha Agung PKR, Salahuddin Hashim dalam satu kenyataan hari ini. Salahuddin menegaskan, PKR memandang serius tentang kemungkinan ia merupakan langkah permulaan dalam percubaan yang lebih besar untuk mengekang rakyat Malaysia daripada mengakses internet, yang selama ini menjadi benteng kebebasan bagi mereka yang mahu mendapatkan pandangan alternatif.Laman alternatif Oleh itu, katanya, PKR menggesa SKMM dan kerajaan supaya mengotai janjinya kepada KRM (Koridor Raya Multimedia) dan segera menarik balik arahan tersebut. PKR juga, tambahnya, menentang sebarang percubaan untuk mengenepikan hak rakyat untuk mengakses maklumat alternatif. Di bawah Bil Jaminan 10 Perkara KRM, kerajaan berjanji untuk memastikan tiada tapisan internet. Raja Petra yang mengasaskan Malaysia Today, telah menyediakan laman alternatif melalui penyedia internet asing. Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa tindakan kerajaan itu tidak akan menghalangnya untuk terus menulis. Malaysiakini telah menyemak dengan laman alternatif tersebut dan sehingga 1 tengahari tadi, ia masih aktif. |
0 comments Labels: malaysia today, malaysiakini, sekatan
16 September cuti umum negeri diperintah Pakatan? Syor Anwar dikaji
Mstar Online
01-09-2008 05:00:27 PM
PULAU PINANG: Selepas memberi cuti umum sempena pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, kerajaan Pulau Pinang akan menimbang cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 16 September setiap tahun dijadikan cuti umum untuk lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia.
"Perkara ini akan dibincangkan dulu dengan exco kerajaan negeri kerana ia akan melibatkan operasi pihak industri di negeri ini," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng selepas pada ceramah umum mengenai 'Enzim Sisa Makanan Menyelamatkan Dunia Kita' di Pasar Awam Tanjung Bungah di sini hari ini.
Cadangan cuti umum untuk lima negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan itu dibuat oleh Anwar pada majlis kesyukuran sempena kemenangan beliau pada pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.
Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan cuti umum pada 26 Ogos lepas sempena pilihan raya kecil berkenaan.
"Kalau kita hendak ambil 16 September sebagai cuti umum mungkin pada tahun depan," kata Lim yang dipetik Bernama.
Beliau berkata, kerajaan pusat sepatutnya menjadikan 16 September sebagai cuti umum.
Tanggal 16 September merupakan hari pembentukan Malaysia manakala 31 Ogos pula Hari Kemerdekaan.
Kerajaan-kerajaan negeri juga mempunyai kuasa untuk memutuskan cuti umum. Peruntukan itu digunakan oleh Pulau Pinang untuk mengumumkan cuti umum pada 26 Ogos lalu.
Lim juga bersetuju dengan cadangan badan bukan kerajaan untuk melakukan eksperimen enzim sisa makanan di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung.
Beliau berkata enzim sisa makanan itu berupaya membersihkan kawasan dan sungai tercemar akibat pembuangan sampah isi rumah, kilang dan premis perniagaan.
Enzim yang dihasilkan dari bahan terbuang seperti kulit buah-buahan mampu menyahtoksin kotoran yang terkandung dalam air.
"Ia mampu menjaga ekosistem dan sekaligus memelihara alam sekitar kerana enzim ini diperbuat dari sisa bahan organik," katanya.
0 comments Labels: DSAI, mstar online, parlimen, sumpah
Koleksi Video - Orang Munafik Suka Bersumpah
OK - Entah apa nak jadi dengan Malaysia....sikit2 sumpah....buat pun berani sumpah tak buat.....takpe...tengok je la sapa yang kena....yang tak tahan aku tengok....baru2 ni ada orang tu tetiba je sumpah kat Permatang Pauh.....hampeh!!!!Sikit aku tak caya!!!!poddah!!!!
0 comments Labels: koleksi video, sepol bodo, sumpah
Hanya 'Amar Makruf Nahi Mungkar' boleh cegah jenayah - Guan Eng
| Mohd Sabri Said Mon | Sep 01, 08 | 3:06:40 pm MYT | |
| PERMATANG PAUH, 1 Sept (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyeru semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan atau bangsa mengamalkan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' jika mahu segala masalah seperti kadar jenayah, kecurian, rasuah dan penyelewengan dapat dikurangkan. Ujar beliau, hanya dengan mengamalkan kebaikan sambil menghindarkan perkara yang boleh menghampiri perbuatan terkutuk negara dapat diselamatkan daripada hancur. "Sempena bulan puasa ini saya menyeru semua pihak tidak kira apa bangsa dan agama sekali pun marilah kita bersama-sama mengamal ' Amal Makruf Nahi Mungkar' sebagai jalan terbaik untuk atasi gejala moral di negara ini, " tegasnya sewaktu memberikan ucapan sempena Makan Malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang meraikan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam. Beliau percaya, semua agama mengamalkan kebaikan maka tidak menjadi kesalahan sekiranya rakyat yang cintakan keharmonian, kesejaheraaan, keadilan dan ketamadunan sejagat.
Guan Eng berkata, setelah mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh semua petugas jangan bersikap sombong dan bongkak kerana sikap sebegitu boleh mengundang kemarahan orang ramai yang akhirnya menggagalkan matlamat Pakatan Rakyat. (Gambar - Lim Guan Eng berucap, hadir sama Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Dato' Zaharin Hashim dan Ustaz Salleh Man). Katanya, petugas atau pun ahli parti di parlimen Permatang Pauh hendaklah mengerakkan semua organisasi seperti biasa serta senantiasa bersiap sedia membantu masyarakat. "Kita dah menang dan untuk menjagai kemenangan satu tugasan yang amat berat. Maka, ia perlu kerjasama yang baik daripada semua parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Pertamanya, pemerintahan mesti bersih. Kedua, cekap dalam segala bidang urus tadbir yang membabitkan kakitangan kerajaan ataupun swasta. Ketiganya,pemerintahan berlandaskan demokrasi yang betul, Keempatnya pula, mengwujudkan perpaduan dengan lebih sistematik serta memperkasakan rakyat berbilang bangsa dan ke lima, perlu menegakan sifat keharmonian, rendah diri dan merdeka secara hakiki. - mr _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, KM PPinang
K'tangan awam dapat bonus
| Malaysiakini |
| Aug 29, 08 6:24pm |
| Seramai 1.2 juta kakitangan awam akan menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar melalui dua kali pembayaran iaitu pada September dan Disember. Pencen dinaikkan Abdullah juga mengumumkan bahawa pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 ebulan mulai 1 Januari 2009. Seramai 75,000 pesara wajib termasuk penerima pencen terbitan akan mendapat anfaat ini, dengan peruntukan tambahan RM140 juta pada tahun depan. Abdullah berkata langkah itu bertujuan untuk membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran menampung sara hidup harian. Kerajaan menghargai jasa pesara yang telah menyumbang kepada kemajuan yang negara kecapi hari ini, kata Abdullah yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat. Perdana menteri juga mengumumkan bahawa bayaran tol untuk semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan, akan dikurangkan 50 peratus bagi dua tahun sementara cukai jalan bagi bas dan teksi akan dipotong sebanyak RM20 setahun bagi mengurangkan beban pengusaha bas dan teksi.Kurang bayaran tol Pengurangan bayaran tol, kecuali di pintu masuk Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam, akan berkuatkuasa mulai 15 September tahun ini. Berikutan itu, katanya, kerajaan akan memberi pampasan kepada operator tol terhadap kehilangan hasil berikutan pengurangan bayaran ini yang dianggarkan sebanyak RM45 juta setahun. |
2 comments Labels: bajet, malaysiakini




"Bila kerajaan membuat janji kepada negara dan kemudian memungkirinya, maka kerajaan bukan sahaja hilang kredibiliti tetapi juga rasa hormat rakyat sebelum ini," kata Dr Mahathir dalam blognya -
Raja Petra (kiri) sedang berdepan dengan beberapa saman, termasuk tuduhan menghasut dan melakukan fitnah selepas beliau mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dengan kes pembunuhan seorang wanita Mongolia.
Sementara itu, parti pembangkang, PKR turut mengecam keputusan kerajaan itu, yang disifatkannya sebagai tindakan terdesak kerajaan Barisan Nasional.
Salahuddin menegaskan, PKR memandang serius tentang kemungkinan ia merupakan langkah permulaan dalam percubaan yang lebih besar untuk mengekang rakyat Malaysia daripada mengakses internet, yang selama ini menjadi benteng kebebasan bagi mereka yang mahu mendapatkan pandangan alternatif.
Menurutnya, negara akan terus maju dengan sikap atau amalan tersebut kerana ia terbukti dengan pemerintahan secara Islam yang mementingkan kaedah berkenaan.
Kerajaan negeri katanya, mengemukakan lima prinsip yang patut diikuti untuk mengujudkan situasi yang aman dan makmur dalam urus tadbir pemerinthan.