+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, September 1, 2008

Ahli Parlimen BN Semenanjung akan ’lompat’ ke dalam Pakatan Rakyat – Pesuruhjaya

Tranungkite

Dilulus terbit pada Monday, September 01 @ 15:39:56 MYT oleh greenboc
Berita Oleh rusly_islam

"a
Putrajaya, 30 Ogos – 30 Ahli Parlimen BN yang dikatakan akan ke Pakatan Rakyat adalah majoritinya Ahli Parlimen Semenanjung, bukan dari Sabah dan Sarawak, begitulah ’firasat’ Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohamad Nor Mohamad.

” Kita pernah diwar-warkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Bandar Tun Razak, Kulim Bandar Baharu, tetapi akhirnya Beliau bertanding di Permatang Pauh. Apakah mungkin teka-teki ADUN Sabah dan Sarawak ini juga ada maksud yang lain? ” Ujar beliau lagi.

Ucapan itu disampaikan di dalam majlis perasmian ’Hi-Tea’ Dewan Muslimat (Penaja) PAS Putrajaya yang julung kalinya diadakan. Majlis yang diadakan di Presint 16 ini telah disertai oleh seluruh ahli keluarga PAS Putrajaya.

Beliau yang juga bekas calon Parlimen Putrajaya pada PRU ke-12 yang lalu turut mengucapkan tahniah di atas penubuhan Dewan Muslimat PAS Kawasan Putrajaya dan berharap agar dapat didaftarkan selewat-lewatnya akhir tahun ini supaya mampu menghantar perwakilan di dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan yang akan datang.

Majlis yang bermula kira-kira jam 3.00 petang itu dimulai dengan ucapan alu-aluan dari Ketua Dewan Muslimat PAS Putrajaya, Hajah Marsita dan Yang DiPertua PAS Kawasan Putrajaya, Ustaz Nazir Zakaria.

Di majlis yang sama, Tuan Haji Mohamad Nor Mohamad turut melancarkan Tabung Sumbangan Dewan Muslimat PAS Putrajaya untuk mengutip dana bagi membantu gerak kerja aktiviti-aktiviti Muslimat.

bSelain itu, Muslimat yang hadir juga turut diberi suntikan semangat di dalam Slot Motivasi ”Di Mana dan Ke Mana Kita ” oleh Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Hajah Sakinah Awang. Beliau yang juga merupakan penjawat awam berkongsi resepi kejayaan sebagai penerima Anugerah Khidmat Cemerlang di jabatan kerajaan sebanyak 2 kali dan dalam masa yang sama turut aktif di dalam Dewan Muslimat PAS. Ujarnya lagi, bekerja di dalam kerajaan bukanlah satu halangan untuk terlibat dalam PAS. Beliau turut menggesa Muslimat supaya turun ke medan untuk bersama membimbing generasi akan datang.

Majlis turut diserikan dengan sesi taaruf dan bergambar bagi setiap keluarga yang hadir. Antaranya termasuk keluarga Pesuruhjaya sendiri, Tn. Hj Mohamad Nor Mohamad, Yang Di Pertua PAS Kawasan Putrajaya, Ust Nazir Zakaria dan beberapa keluarga yang turut hadir.

Gambar-gambar di sekitar program:





1 comments:

Unknown said...

Selagi 30 MP BN tak keluar parti dan melompat ke PKR, selagi itulah kita boleh menganggap ianya sebagai khabar angin atau 'dongeng' rekaan Anwar...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |