Malaysiakini |
Aug 27, 08 8:58pm |
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengambil tindakan yang jarang-jarang berlaku dengan menyekat blog kontroversi Malaysia Today. "Ia dihalang kerana didapati beberapa komen dalam laman web itu tidak sensitif, tiada batas dan menghasut," kata ketua pegawai operasi badan itu Mohamed Sharil Tarmizi. Sehingga jam 7 petang, Malaysiakini mendapati blog itu masih tidak dapat dilayari menggunakan tiga pembekal khidmat internet (ISP) utama – TMnet, Maxis dan Time – tetapi tiada masalah melalui Jaring. Sekatan SKMM pertama kali diambil terhadap sebuah laman web bukan pornografi. Bagaimanapun, pengguna Internet boleh melayari laman dengan menaip alamat IP-nya atau menggunakan alamat alternatif. Pengendali blog popular itu Raja Petra Kamaruddin pula berkata beliau tidak akan memprotes tindakan SKMM itu kerana ia tidak akan didengar. Jumaat lalu, rumah beliau diserbu polis, dilaporkan berhubung siasatan akuan berkanun seorang doktor Hospital Pusrawi dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekumpulan polis menggeledah rumahnya dekat Bandar Baru Sungai Buloh mulai jam 8 pagi. Polis merampas sebuah komputer riba, alat pengimbas dan beberapa dokumen dalam serbuan selama dua jam, laporan itu dipetik. Dihubungi Malaysiakini hari ini, Raja Petra berkata polis kemungkinan memanggilnya memberi keterangan kes itu minggu depan. Berita asal |
Monday, September 1, 2008
SKMM sekat akses 'Malaysia Today'
Posted by
Sang Pemantau
at
10:43 PM
Labels: bloggers united, malaysia today, malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment