Muhammad Yusri Amin Mon | Sep 01, 08 | 2:55:11 pm MYT | |
KOTA BHARU, 1 Sept (Hrkh) - Pelakon utama kes liwat, Saiful Bukhari Azlan pada awalnya dikatakan mahu bersumpah laknat di Masjid Negara, namun apabila ramai membantah tiba-tiba ia diubah ke Masjid Wilayah. Imam Masjid Negara, Ustaz Zulkifli Salleh mendakwa pertikaian sebelum ini timbul siapa yang hendak menjadi saksi upacara sumpah itu. "Tiba-tiba saya mendengar Saiful bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan.� Pada hari bersumpah itu saya sedang mengajar di tempat lain," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini. Masjid Wilayah Persekutuan berada di bawah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI). Bagaimanapun katanya beliau difahamkan kakitangan masjid itu enggan memberi Saiful masuk pada awalnya sehingga pihak atasan Jawi campur tangan. Beliau berkata, ketika Saiful berada dalam Masjid Wilayah Persekutuan itu, imam rawatib, Romlang Porogi diminta pihak atasan duduk di samping Saiful. "Tiba-tiba pada ketika itu lafaz sumpah Saiful tersasul dengan mengatakan wataala, sedangkan watallahi," ujarnya. Sedangkan kata beliau dalam Islam, pihak yang membuat tuduhan mestilah mengemukakan empat saksi. Menurutnya, pada zaman Saidina Umar terdapat seorang pemuda yang menuduh Mughiirah Yukbah berzina. Tiga si penuduh tidak dapat mengemukakan bukti, maka mereka dihukum 80 rotan. Menurut Yusuf Qardhawi orang yang sabit kesalahan hendaklah dirotan 80 rotan. "Apabila disebut jelas lafaz liwat atau zina, diketahui di seluruh dunia.� Oleh itu orang terbabit itu sekiranya tidak bertaubat berdosa, apabila mereka mengakad nikah perkahwinan, tidak sah pernikahan itu," katanya. Beliau berkata, sekiranya tidak ada saksi, hendaklah si penuduh itu mengemukakan bukti-bukti (qarinah). - mj _ |
Monday, September 1, 2008
Saiful Bukhari berpindah masjid ketika bersumpah
Posted by
Sang Pemantau
at
11:44 PM
Labels: bohong rakyat, Harakahdaily, sepol bodo, sumpah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment