+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, September 1, 2008

Isu Ketua Umno Bukit Bendera: MCA sokong Gerakan guna Akta Hasutan

Mstar Online

01-09-2008 07:47:11 PM

PELABUHAN KLANG: MCA bersependapat dengan parti Gerakan yang mencadangkan supaya ahli politik dalam komponen Barisan Nasional (BN) dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan sekiranya ada mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Naib Presiden MCA Datuk Ong Tee Keat berkata tindakan mengikut akta itu wajar dikenakan bagi mempertahankan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"Jika kenyataan seperti itu bukan merupakan pendirian parti berkenaan tetapi hanya tingkah laku individu tersebut, maka parti tersebut perlu mengenakan tindakan disiplin.

"Tindakan disiplin perlu supaya tidak beri rakyat satu gambaran yang salah," katanya kepada pemberita selepas melawat Westport Malaysia di sini hari ini.

Ong berkata demikian ketika mengulas cadangan Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon kepada Dewan Tertinggi BN supaya ahli politik BN dikenakan tindakan tersebut atau mana-mana undang-undang berkaitan jika mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Koh membuat cadangan itu selepas merujuk kepada kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail barubaru ini yang menyifatkan kaum Cina sebagai rakyat menumpang di negara ini.

Ong, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata tindakan perundangan seperti itu juga bertujuan mencegah perkara yang sama berulang pada masa depan sehingga boleh mengguris perasaan kaum lain di negara ini.

Mengenai isu politik wang dalam pemilihan MCA, beliau berkata ia akan menjejaskan kewibawaan pucuk pimpinan yang akan dipilih nanti serta akan membinasakan parti.

"Kalau pihak tertentu percaya sangat bahawa kuasa wang dapat mengubah segala-galanya maka tak payah nak kempen, berhujah atau menonjolkan misi dan visi. Elok sahaja kalau kita buat sebut harga sahaja," katanya. BERNAMA


  • Gerakan diminta henti desak ambil tindakan terhadap pemimpin Umno Pulau Pinang
  • Gerakan gesa Ketua Umno Bukit Bendera dikenakan tindakan
  • 0 comments:

    Carian dalam Tau Takpe

    masukkan je apa-apa yg nak dicari

    Tau takpe

    Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

    - OrangKita (OK) -

    Video mesti tengok!!!

    | Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |