Malaysiakini |
Aug 29, 08 6:24pm |
Seramai 1.2 juta kakitangan awam akan menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar melalui dua kali pembayaran iaitu pada September dan Disember. Pencen dinaikkan Abdullah juga mengumumkan bahawa pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 ebulan mulai 1 Januari 2009. Seramai 75,000 pesara wajib termasuk penerima pencen terbitan akan mendapat anfaat ini, dengan peruntukan tambahan RM140 juta pada tahun depan. Abdullah berkata langkah itu bertujuan untuk membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran menampung sara hidup harian. Kerajaan menghargai jasa pesara yang telah menyumbang kepada kemajuan yang negara kecapi hari ini, kata Abdullah yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat. Perdana menteri juga mengumumkan bahawa bayaran tol untuk semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan, akan dikurangkan 50 peratus bagi dua tahun sementara cukai jalan bagi bas dan teksi akan dipotong sebanyak RM20 setahun bagi mengurangkan beban pengusaha bas dan teksi.Kurang bayaran tol Pengurangan bayaran tol, kecuali di pintu masuk Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam, akan berkuatkuasa mulai 15 September tahun ini. Berikutan itu, katanya, kerajaan akan memberi pampasan kepada operator tol terhadap kehilangan hasil berikutan pengurangan bayaran ini yang dianggarkan sebanyak RM45 juta setahun. |
Monday, September 1, 2008
K'tangan awam dapat bonus
Posted by
Sang Pemantau
at
11:25 PM
Labels: bajet, malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam... Setelah setahun kakitangan awam tidak mendapat durian runtuh, Alhamdulillah pada tahun ini mereka akan dapat walaupun sebulan gaji atau minima RM1000. Bersyukur adalah lebih baik dari mempertikaikan hal tersebut..
btul bro...gua sokong lu....
Post a Comment