+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, April 19, 2008

Agenda Pakatan Rakyat selepas merdeka daripada penjajahan BN

Karya Fansuri


Oleh H Fansuri

Burung Rajawali itu semakin yakin menantikan hari kemenangannya. Lontaran kiasan itu dipunggah melalui sajak W. S Rendra, seorang penyair terkenal Indonesia. Sebenarnya, MB Selangor Tan Sri Khaled Ibrahim menisbahkan rajawali kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 14 April lalu ketika membacakan puisi itu sebelum Anwar memulakan ucapannya.

"Bermula malam ini, tamatlah perundangan zalim yang menyekat penglibatan Anwar di dalam politik negara," kata Azmin Ali sebelum itu.

Dingin angin April yang bertiup malam itu membungkus seribu kenangan ke atas Anwar sendiri ketika menyifatkan sebatang sungai berhampiran Yayasan Anda di Kg Baru sebagai Sungai Firdaus yang berada di syurga. Malah, banyak kisah sejarah di situ yang menyebabkan tempat tersebut telah dipilih sebagai tempat perhimpunan rakyat.

Selain itu, pertemuan di Kelab Sultan Sulaiman dapat dilakukan tanpa halangan memandangkan MB Selangor adalah presiden kelab tersebut, sekali gus menyulitkan operasi polis menghalau rakyat.

Pertemuan di situ juga, menurut Anwar, dibuat untuk mengirimkan pesan bahawa Umno yang dianggap penjajah baru akan beransur pergi setelah Pakatan Rakyat mengambilalih kepimpinan negara tidak lama lagi dalam tempoh terdekat.

"Kita sengaja buat pertemuan rakyat di sini kerana di sinilah rakyat berhimpun menuntut kemerdekaan. Inilah tempat perjuangan mereka menolak Inggeris supaya rakyat kembali berkuasa," tambah beliau.

Kursus Bahasa Melayu kepada penjawat awam Selangor

Sekatan awal yang baru dilumpuhkan ke atas Anwar itu diangkat temanya dengan agenda menjadikan penjawat awam kerajaan Selangor mahir bertutur dalam bahasa kebangsaan. Anwar mahukan kursus bahasa Melayu diperkenalkan ke atas para pegawai kerajaan negeri.

"Kita sasarkan matlamat supaya semua pegawai ini mahir dalam bahasa kebangsaan. Jadi, mungkin sebab itu sekarang ini Tan Sri Khaled pun mula berjinak-jinak membaca puisi," gurau Anwar ketika merujuk puisi yang dibacakan Khaled itu.

Suatu hal penting yang menjadi tanda tanya orang-ramai ialah apakah benar Anwar sudah pun membeli ahli-ahli Parlimen BN di Sabah dan Sarawak? Anwar menolak hal tidak bermoral itu, malah menempelak PM melakukan hal yang lebih tidak bermoral.

"Sekarang sudah kalah, baru mahu bercakap mengenai perpaduan Melayu. Kemudiannya, beliau kata kita beli ahli Parlimen BN sebagai langkah tidak bermoral. Apakah mereka bermoral ketika menukar penggunaan dakwat kekal pada saat-saat akhir sebelum pilihan raya?

"Dan ada banyak penyelewengan lagi. Kalau tidak kerana penyelewengan ini kita dah ada di Putrajaya," kata beliau lagi. Warga BN Sabah dan Sarawak, kata Anwar memang sudah lama bermasalah dengan Abdullah.

"Tidak lama lagi, jawatan Ketua Pembangkang akan diserahkan kepada Abdullah Ahmad Badawi. Ahli-ahli BN di Sabah, Sarawak mahu menempa sejarah. Pada masa terdekat ini, kita meletakkan Datin Seri Wan Azizah sebagai Perdana Menteri terlebih dahulu," tambah beliau.

Anwar bakal menjadi Senator?

Dalam sidang media selepas itu, Anwar ditanya samada beliau berminat menjadi Senator? Soalan itu dilontarkan memandangkan Anwar dalam ucapannya sebelum itu telah mengesyorkan agar Presiden KeADILan Wan Azizah diangkat sebagai PM terlebih dahulu.

Apakah Anwar bersedia menjadi Senator? Anwar terdiam sebentar, dan kemudiannya dia tersenyum mengangguk-angguk, "Ya, saya tidak pernah terfikirkan hal itu. Terima kasih. Saya akan pertimbangkan syor tersebut," kata beliau.

Rapat umum di Kelab Sultan Sulaiman tentu sekali tak dapat dielakkan dengan Ketuanan Melayu kerana tempat itu amat rapat dengan perhimpunan umat Melayu. Anwar bagaimanapun telah menyanggah konsep itu yang telah diputarbelitkan Umno.

Beliau memajukan mahukan konsep Ketuanan Rakyat! Tapi, hal itu tetap berpaksikan kepada Melayu tanpa mengenepikan dan menafikan hak kaum lain. Menurut Anwar, Ketuanan Melayu asuhan Umno selama ini sebenarnya bertujuan memelihara kepentingan kapitalis Melayu semata-mata

"Rakyat ditipu sejak dulu, kini dan selamanya. Pembelaan nasib orang Melayu dan rakyat tak boleh ada dalam tangan perasuah. Perjuangan ini mengangkat martabat Melayu, tetapi dalam masa yang sama kita tidak abaikan hak orang bukan Melayu.

"Kita kumpulkan kekuatan Melayu untuk bela hak semua. Saya beri jaminan Perkara 152 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan dirombak," kata beliau lagi.

Perjuangan berhaluan kiri lazimnya tidak mendapat liputan daripada media arus perdana. Dalam hal ini, Anwar menyifatkan Utusan Malaysia misalnya masih menganggap pilihan raya belum selesai kerana masih lagi meneruskan laporan memburukkan Pakatan Rakyat.

"Utusan Malaysia sebenarnya bukan perjuangkan rakyat, tapi banyak melaporkan pergolakan dalaman Umno. Abdullah dan Najib sebagai perancang pilihan raya perlulah bertanggungjawab terhadap semua penyelewengan yang berlaku baru-baru ini termasuk bekas PM Dr Mahathir.

"Mahathir kata semasa pemerintahan beliau dahulu, tiada kezaliman. Jadi, kes Lingam itu apa ertinya? Kes percaturan semua hakim itu berlaku pada zaman kamu. Mahathir perasuah besar, perompak harta rakyat. Jangan lupa, siapa singkirkan Tun Salleh Abbas?" katanya.

Najib gagal sebagai bakal PM?

Berhubung syor Najib akan dilantik Abdullah bagi menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri, Anwar berkata hal itu makin sukar kerana imej TPM yang buruk. "Abdullah nak lantik Najib, tetapi semua orang tahu siapa bunuh Altantuya," kata beliau.

"Seperti mana ibu bapa kita berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, seperti itulah kita hari ini bertindak dengan cara yang sama menuntut kemerdekaan.

"Kepada orang-orang Umno di sini, anda boleh kemukakan bantahan melalui kami. Kami akan sentiasa mendengar masalah saudara jika kepimpinan Umno tidak mahu mendengar luahan hati saudara," kata Anwar lagi.

Berhubung Ketuanan Rakyat, Anwar menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat tetap tak akan bertolak ansur mengenai kedudukan bahasa kebangsaan dan lain-lain hal yang telah diputuskan melalui Perlembagaan Persekutuan sebelum ini.

"Pimpinan mestilah serius dalam usaha meletakkan semula bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik.

"Selain itu, jikalau wujud kerajaan baru, harga minyak akan tetap turun. Saya mahu bawa para pelabur asing dari China, Arab untuk melabur dalam negeri yang diperintah Pakatan Rakyat selama ini," ujar beliau.

Ceramah diganggu polis

Sekitar jam 10:15 malam ketika Anwar hampir menutup ceramahnya, rombongan sekitar 10 ke 15 orang pegawai polis secara beransur-ansur bergerak perlahan menuju ke tempat pentas beliau berucap.

"Tidak apa, biarkan. Ini prosedur biasa. Saya pun sudah hampir tamat berucap," kata Anwar, cuba meredakan kemarahan para penyokong Pakatan Rakyat. Deretan pasukan polis itu berterusan dihambur dengan ucapan-ucapan liar daripada hadirin. Rasa dendam mereka tidak dapat dirawat dalam tempoh terdekat. Bagaimanapun, keadaan tersebut masih lagi terkawal.

Tidak lama selepas rundingan itu pihak polis mula beransur pergi kerana ceramah akan berakhir. Ketika polis beransur bergerak meninggalkan pentas, Anwar sempat bergurau dan berseloroh berhubung kejadian itu.

"Kita lihat malam ini dan akhir-akhir ini mereka berikan kerjasama kepada kita. Mungkin mereka pun dapat rasakan bahawa tidak lama lagi akan terbentuk kerajaan baru. Tak apa, kalau kami memang, kami akan bela nasib polis dan naikkan elaun mereka," kata Anwar.

Kata Rendra, sebuah sangkar besi, tak boleh menukar seekor rajawali. Kini sang rajawali telah pun terbang bebas dan hinggap di dahan kekuasaan. Dia dapat mematuk atau berbuat apa sahaja. Namun, rajawali harus ingat bahawa di atasnya ada seekor burung garuda.

Dan, burung garuda itu adalah rakyat yang sentiasa menaunginya, membelanya ketika dia susah dan akan menyerangnya jika dia lupakan tanggungjawabnya. Demikian kata Fansuri.

1:46 a.m, 17 April 2008
Sekolah Pemikiran Kg Baru

3 comments:

Anonymous said...

You could easily be making money online in the underground world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat videos[/URL], You are far from alone if you don't know what blackhat is. Blackhat marketing uses not-so-popular or little-understood avenues to produce an income online.

Anonymous said...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]casino[/url] coincide the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]online casino[/url] autonomous no consign hand-out at the chief [url=http://www.baywatchcasino.com/]casino compensation
[/url].

Anonymous said...

[url=http://www.casino-online.gd]casino[/url], also known as accepted casinos or Internet casinos, are online versions of commonplace ("cobber and mortar") casinos. Online casinos approve gamblers to skedaddle aptitude in and wager on casino games lifestyle the Internet.
Online casinos superficially forth odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos site forth higher payback percentages during reproach gismo games, and some take a chance at large payout sliver audits on their websites. Assuming that the online casino is using an correctly programmed indefinitely teeming generator, board games like blackjack be blessed an established obtain edge. The payout consequence profit as a replacement in the performance of these games are established to the core the rules of the game.
Uncountable online casinos certify minus or be revealed their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Supranational Dexterity Technology and CryptoLogic Inc.

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |