+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, April 19, 2008

Kelantan selar tindakan tidak beradab Ong Ka Ting

Harakahdaily

Salmah Mat Husain
Fri | Apr 18, 08 | 9:25:20 am MYT

KOTA BHARU, 18 April (Hrkh) - Tindakan Presiden MCA, Dato' Seri Ong Ka Ting mengkritik titah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai tidak beradab di samping tidak menghormati institusi beraja.

Bekas Ketua Pemuda PAS Negeri, Zulkifli Yacob, dalam sidang medianya berkata bukan itu sahaja, Ong Ka Ting juga tidak memahmi titah Tengku Mahkota sehingga bertindak mengkritik titah berkenaan.

Menurut Zulkifli lagi, seharusnya beliau tidak berkata sedemikian sehingga tidak memahami pula hasrat sebenar Tengku Mahkota untuk memberi semangat kepada rakyat demi mengukuhkan perpaduan berteraskan Islam.

Beliau berkata demikian, ketika mengulas kenyataan Ka Ting mengenai titah perasmian Tengku Muhammad Faris Petra baru-baru ini yang inginkan usaha penyatuan orang Melayu diberikan keutamaan tinggi berikutan kedudukan orang Melayu dan Islam yang kian tercabar pada masa ini.

Dalam kenyataan medianya, Ka Ting tidak bersetuju dengan titah Tengku Mahkota Kelantan itu berhubung tuntutan hak sama rata untuk kaum bukan Melayu.

Menurut Ka Ting lagi, kenyataan (titah) itu akan memusnahkan perpaduan dan keharmonian kaum selain tidak memberi faedah kepada masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Katanya, sebagai seorang pemimpin parti, Ka Ting tidak sepatutnya memberi komen sebab apa yang dititahkan oleh Tengku Mahkota itu adalah mengenai perpaduan orang-orang Melayu.

Zulkifli yang kini diamanahkan sebagai Pengerusi Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad mencadangkan supaya Umno dan PAS mengetepikan kepentingan peribadi serta perlu mengadakan perbincangan demi untuk masyarakat seluruhnya.

"PAS dan Umno perlu mengambil pendekatan itu untuk duduk bersama bagi membincangkan pelbagai masaalah yang melanda khususnya dalam perpaduan kaum agar ianya tidak bertambah parah," ujarnya lagi.

Tengku Mahkota ketika merasmikan Perhimpuan Perpaduan Melayu sempena Maulidur Rasul di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu lalu bertitah selepas pilihan raya umum yang lalu jelas meberikan petunjuk kedaulatan dan ketuanan Melayu semakin tercabar dan mungkin akan terhakis atau lenyap satu hari nanti. - mr

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |