+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, April 19, 2008

Ku Li: Mana ada 'peralihan kuasa'?

Malaysiakini

Apr 18, 08 7:05pm

Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa tiada konsep dan amalan 'peralihan kuasa' dalam Umno, sebaliknya pemimpin datang dan pergi mengikut sokongan ahli yang diterimanya.

"Saya tidak faham kenapa ada istilah peralihan kuasa.

"Tidak pernah saya mendengar dalam penglibatan saya selama 50 tahun berpolitik mengenai peralihan kuasa," katanya sewaktu ditemui di luar majlis "retreat" ahli-ahli parlimen BN di sebuah hotel terkemuka di ibu kota hari ini.

ku li tengku razaleigh interview 241106 reluctantPeralihan kuasa, tambahnya, mungkin bermakna "ada orang yang mahu melanjutkan lagi khidmatnya."

Beliau mengulas saranan badan perhubungan Umno Johor minggu lepas agar presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyediakan "pelan peralihan kuasa" kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Susulan itu, semakin ramai pemimpin Umno mendesak peralihan itu disegerakan, tetapi mereka yang pro-Abdullah menyerahkan kepada kebijaksanaan pemimpin nombor satu itu.

Ahli parlimen Gua Musang itu juga mendakwa pemimpin-pemimpin atasan parti itu kini memegang jawatan "melebihi masa", sepatutnya pemilihan Umno diadakan tahun lepas.

Pemilihan parti itu akan diadakan 16 hingga 20 Disember nanti selepas ditangguhkan dengan alasan menghadapi pilihanraya umum ke-12.

Tengku Razaleigh menambah, sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad ingin meletakkan jawatan, bekas perdana menteri itu hanya mengumumkannya tanpa pelan peralihan kuasa.

"Dr Mahathir berhenti sebelum habis tempoh (perkhidmatan selepas menang semula tanpa bertanding pada 2000).

"Apabila beliau hendak berhenti, dipujuk oleh ahli-ahli dan Majlis Tertinggi supaya menyambung khidmatnya, maka Dr Mahathir mengambil keputusan berkhidmat satu tahun lagi," jelasnya.

Beliau juga menyeru pemimpin-pemimpin Umno agar tidak membelakangkan perlembagaan parti dan hak-hak ahli untuk membuat pemilihan pemimpin yang mereka kehendaki.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |