+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, May 26, 2008

Biar PM-MB selesai 'kehilangan' royalti RM3b

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | May 26, 08 7:07pm

Beberapa bahagian Umno Terengganu menyerahkan usaha mendapatkan kembali "kehilangan" RM3 bilion royalti petroleum negeri itu kepada rundingan antara perdana menteri dan menteri besar Datuk Ahmad Said.

Bahagian Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun juga berharap wang royalti dapat dikembalikan semula untuk terus menjana pembangunan ekonomi negeri.

"Kita serah saja pada perdana menteri dan menteri besar untuk selesaikannya. Harap rakyat Terengganu mendapat manfaatnya," kata ketua penerangan Hulu Terengganu, Mohd Zawawi Ismail.

Ketua penerangan Kuala Nerus, A Manaf Abdullah pula berkata, pihaknya tetap berharap kerajaan persekutuan mengembalikan wang itu walaupun keperluan mengurus dan mentadbir negeri setakat ini sudah mencukupi.

"Kita bimbang keperluan di masa-masa akan datang tidak mencukupi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Manakala ketua penerangan Dungun, Matulidi Jusoh berkata wang royalti 5 peratus itu boleh digunakan mengikut kebijaksanaan kerajaan negeri untuk mentadbirnya.

Ketiga-tiga bahagian itu juga tidak mengetahui "kehilangan" jumlah besar wang tersebut, tetapi beliau tidak fikir wujud salah guna kuasa atau penyelewengan dalam pengendalian RM7.3 bilion wang royalti tersebut sejak 2004.

"Kita belum dapat penjelasan terperinci (tentang misteri itu). Kemungkinan adanya masalah teknikal yang perlu diselesaikan. Tidak ada salah guna kuasa," kata Matulidi.

A Manaf pula percaya wang tersebut "tidak hilang".

"Mungkin disalurkan kepada projek-projek (persekutuan) yang tidak melalui kerajaan negeri," tambahnya.

Wang tersebut, kata A Manaf lagi, mungkin disalurkan projek tambakan laut dekat lapangan terbang di Telaga Batin, Lebuhraya Pantai Timur dan Piala Monsun.

Mengulas kempen kutipan 100,000 tandangan rakyat Terengganu anjuran Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) untuk menuntut kembali royalti itu, ketiga-tiga ketua penerangan itu berkata mereka belum memutuskan sama ada hendak bersama-sama kempen itu atau tidak.

Program tersebut mesti diteliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan, kata bahagian-bahagian itu.

Mohd Zawawi berkata semua pihak mempunyai cara masing-masing untuk menuntut wang royalti tersebut.

"Serah pada dia, Mampat dengan cara dia. Kita (bahagian Hulu Terengganu) dengan cara kita," katanya lagi.

Mereka mengalu-alukan pertemuan Ahmad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang isu tersebut minggu lalu dan lawatan kerja perdana menteri ke negeri itu bulan depan "amat positif" untuk mendapatkan semula wang royalti tersebut.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |