+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, May 26, 2008

Muslimat: Baju sekolah memang 'seksi'

Malaysiakini

May 26, 08 1:08pm

Muslimat PAS bersetuju dengan saranan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang menggesa pakaian seragam pelajar perempuan diganti kerana jarang dan boleh mengundang gangguan serta jenayah seks.

Bagaimanapun setiausaha dewan itu Aiman Athirah Al Jundi berkata isunya bukan warna baju pelajar itu tetapi jenis kainnya yang jarang dan menarik perhatian.

"Kita tidak dapat menafikan bahawa material (bahan) kain putih yang digunakan selama ini adalah agak nipis dan menyebabkan pelajar-pelajar perempuan kelihatan agak seksi khususnya apabila tidak mengenakan tudung yang dapat membantu menutup dada mereka (sekiranya dilabuhkan sedikit)," katanya.

"Apatah lagi sekiranya mereka hanya memakai bra tanpa mengenakan singlet dalam. Lebih ketara apabila warna pakaian dalam mereka lebih terang atau kontra dengan seragam putih yang mereka pakai.

"Lebih malang bagi pelajar perempuan ialah apabila hari hujan."

sekolah menengah high school girls uniformDalam kenyataannya hari ini, Aiman Athirah berkata cadangan PKPIM Khamis lepas kepada Kementerian Pelajaran itu "sangat bertanggungjawab dan munasabah" dengan mengambil kira prinsip-prinsip perundangan Islam dan kaedah-kaedah usul fekah.

Saranan naib presiden hal ehwal wanita PKPIM Munirah Bahari mengundang perdebatan kerana tidak ramai yang bersetuju dengan baju sekolah sekarang "seksi" dan boleh mendatang gangguan serta jenayah seks.

Sabtu lepas, menteri pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut menganggap pakaian kini tidak seksi.

Beliau juga berkata kementerian tidak berhasrat membuat pertukaran seragam itu dalam tempoh terdekat seperti gesaan persatuan pelajar tersebut.

Dewan Muslimat menyatakan pakaian tetap menjadi satu daripada beberapa faktor "pemangkin" berlaku dan meningkatnya jenayah seks.

"Justeru, bagi menghadapi apa jua krisis sosial dalam masyarakat termasuklah jenayah seks misalnya, maka setiap faktor perlu dikenal pasti.

"Manakala tindakan bagi menangani krisis tersebut mesti dibuat dengan cara menanganinya satu persatu dan PKPIM sedang berusaha membantu kita bagi menangani punca masalah ini dengan mengambil tanggungjawab ke atas faktor pakaian," kata Aiman Athirah.

Beliau juga tidak senang dengan sikap sesetengah pihak yang beranggapan pakaian sebagai isu peribadi dan bukan faktor yang mendorong gangguan seks.

"Dewan Muslimat percaya bahawa pendirian beberapa pihak yang menolak mentah-mentah akan wujudnya hubungan antara pakaian dan jenayah seks adalah dibuat berdasarkan pandangan peribadi, pandangan sekumpulan kecil mereka dan bukannya pandangan masyarakat teramai di seluruh negara," tambahnya.

Muslimat PAS menyarankan agar PKPIM segera membuat pungutan suara dalam kalangan pelajar di seluruh negara sama ada pakaian menjadi satu faktor pemangkin mendorong jenayah seks.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |