Oleh Mohamad Mukhreez |
Isnin, 26 Mei 2008
|
KL: Tindakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengistiharkan kawasan Pasar Minggu Kampung Baru setinggan dibantah oleh penduduk kampung berkenaan kerana mereka menyifatkan label setinggan tersebut sebagai tidak berasas dan menindas. Yang Dipertua Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM), Kampung Baru, Dr. Hosni Hussien Md Saat berkata, DBKL tidak seharusnya mengeluarkan arahan keras kepada penduduk supaya segera mengosongkan kawasan tersebut.
Jelasnya, kehadiran penduduk di situ buka baru malah sudah memasuki generasi ketiga iaitu sejak zaman pemerintahan Perdana Menteri pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
"Kalau setahun dua kami baru menetap di tanah rizab melayu ini tidak apalah kami pasrah dipindahkan, namun perkara itu sebaliknya dan kami tidak akan berpindah selagi tiada jaminan daripada DBKL bahawa kami akan dibenarkan masuk semula di tanah kelahiran ini.
"Kami tidak menolak pembangunan dan sentiasa mengalu-alukan apa jua pembangunan yang dirancang oleh pihak kerajaan, tetapi pastikan hak kami tidak diperkecilkan begitu sahaja", katanya ketika mengadakan sessi dialog bersama penduduk dan media di kampung baru di sini, semalam.
Dalam sessi dialog itu sekurang-kurangnya 50 penduduk hadir bagi membincangkan sekali gus mencari jalan penyelesaian berhubung perkara tersebut.
Ketika perbincangan itu berlangsung, mereka mendakwa, DBKL menceroboh kawasan mereka dengan meletakkan papan tanda bahawa kawasan Pasar Minggu Kampung Baru menjadi milik penuh DBKL dan mendesak mereka agar keluar dari kawasan tersebut.
Tambah hosni, setelah beberapa generasi mereka menetap di situ kemudian setelah DBKL wujud mereka dipaksa pula keluar dalam tempoh 14 hari sebagaimana yang terdapat dalam notis yang diberi kepada mereka dua minggu lepas.
"Ini tidak adil dan menafikan hak kesemua penduduk disini memandangkan ketika bancian dibuat oleh DBKL pada tahun 2004terdapat angka dan simbol yang mengelirukan kami.
"Saya juga merasa hairan kenapa hanya 32 orang penduduk sahaja yang menerima notis mengosongkan tapak sedasngkan jumlah semua penduduk disini dianggarkan lebih daripada 126 orang", ujarnya.
Jelasnya, sekiranya DBKL benar-benar telus dalam hal ini seharusnya perbincangan lebih profesional diadakan antara kedua-dua pihak.
"Jika mengimbau kembali sejarah di Kampung Baru, sebenarnya penempatan mereka di lot 25 tersebut adalah atas jemputan Kerajaan Negeri Selangor yang ketika itu diuruskan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada tahun 1965.
"Bedasarkan pencarian semakan hak milik yang kami buat di Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan semalam (kemarin), kawasan ini masih lagi menjadi milik PKNS dan tiada langsung nama DBKL tercatat, namun kanapa DBKL mengistiharkan kawasan ini telah menjadi milik mereka", katanya.
Tambah Dr Hosni, kesemua penduduk mahukan penjelasan daripada pihak DBKL tentang kedudukan mereka dan sekiranya mereka bersetuju untuk dipindahkan beberpa pampasan yang bakal diterima serta adakah mereka akan dibenarkan memasuki semula kawasan Kampung Baru Sekiranya ia telah dibangunkan mengikut perancangan sedia ada.
"Jika kesemua persoalan tersebut tidak mendapat jawapanyang memuaskan, kami tidak akan berpindah dari sini", tegasnya. |
0 comments:
Post a Comment