Malaysiakini |
Abdul Rahim Sabri | May 6, 08 12:12pm |
Kementerian Pertahanan hari ini menjelaskan bahawa semua pembelian, termasuk kapal selam Scorpene dan jet pejuang Sukhoi, dijalankan mengikut tatacara pelaksanaan kontrak perolehan peralatan pertahanan negara oleh pegawai-pegawai kerajaan. Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian tersebut menjelaskan, ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa rundingan harga, setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan angkatan tentera Malaysia. Selain itu, katanya, rujukan juga dibuat kepada pihak Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut. "Semua terma-terma dan kelulusan untuk rundingan terus, dikemukakan kepada Kementerina Kewangan dan kontrak hanya akan ditandatangani selepas kelulusan kementerian kewangan diperolehi," kata kenyataan itu lagi. Kenyataan bertarikh 26 April itu, diedarkan sekali lagi selepas sidang akhbar timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga menteri pertahanan, untuk menjawab kenyataan-kenyataan oleh pihak-pihak tertentu mengenai pembelian Scorpene dan Sukhoi. Semalam, ketika berucap dalam sidang Parlimen, ketua pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat pembelian peralatan ketenteraan oleh Kementerian Pertahanan. |
Tuesday, May 6, 2008
Kementah jawab isu Scorpene, Sukhoi
Posted by
Sang Pemantau
at
5:45 PM
Labels: malaysiakini, penjelasan isu, pertahanan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment