Harakahdaily Azamin Amin Tue | May 06, 08 | 9:21:58 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Petronas yang terus mencatatkan keuntungan besar berikutan kenaikan harga di pasaran antarabangsa disarankan agar memberikan separuh daripada keuntungan kasar kepada keluarga berpendapatan rendah. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata dengan cara ini Petronas dapat mengelakkan ketirisan dalam pengurusan dana besarnya yang menjalankan projeknya yang kurang efisien dan berkesan. "Petronas harus memberikan separuh daripada keuntungan kasar RM 80 bilion setahun kepada keluarga berpendapatan rendah. "Bagi membantu meningkatkan taraf hidup pekerja, kita perlu bersama-sama berkongsi hasil keluaran negara, terutamanya minyak dan gas Petronas," katanya dalam satu perutusan Hari Pekerja yang lalu. Adalah tidak adil kata Guan Eng Petronas yang mendapat untung besar sedangkan rakyat jelata susah hasil inflasi berikutan kenaikan harga minyak antarabangsa yang mencecah US$120 setong. "Pekerja-pekerja di Malaysia juga dapat dielakkan dari beban tekanan hidup jika Kerajaan Pusat melaksanakan dasar-dasar yang lebih adil dan baik untuk rakyat. "Ini termasuk usaha mengurangkan atau menghapuskan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya, menghentikan tindakan menaikkan kadar elektrik dan air serta menyekat kenaikan harga minyak dan gas kerana kita tahu Petronas terus mencatatkan keuntungan besar berikutan kenaikan harga di pasaran antarabangsa," katanya. Selain itu beliau menyeru agar Kerajaan Pusat memulihkan ekonomi negara dengan segera untuk mengurangkan jurang pendapatan rakyat antara kaya dan miskin. "Ini boleh dimulakan secara jujur dan ikhlas dengan tidak bersifat dendam terhadap negeri-negeri yang bukan lagi di bawah pentadbiran Barisan Nasional seperti Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan. "Hanya hubungan harmoni di antara Kerajaan Pusat dan semua kerajaan negeri akan memastikan kaum pekerja terjamin hak dan sentiasa dilindungi," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP. - mks. |
Tuesday, May 6, 2008
Keuntungan Petronas harus diagihkan kepada keluarga miskin
Posted by
Sang Pemantau
at
5:52 PM
Labels: bela rakyat, Harakahdaily, PETRONAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment