+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, June 25, 2008

Dua jam pertemuan Anwar-Yahya

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Jun 24, 08 11:07pm

Bekas pegawai menteri besar Selangor bertemu dua jam dengan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini selepas digantung jawatannya semalam.

Mohd Yahya Mat Sahri - yang dikenakan tindakan itu susulan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa - berkata pertemuan bermula selepas pukul 3 tadi melibatkan mereka berdua sahaja di suatu tempat yang enggan dinyatakan.

yahya sahri supporters anwar ibrahim office 250608 03Beliau pada awalnya dijangka bertemu Anwar kira-kira 2 petang di pejabatnya di Seksyen 16, Petaling Jaya.

Bagaimanapun perubahan berlaku di saat akhir susulan kehadiran beberapa ketua bahagian di tempat yang sama.

Kira-kira 50 orang penyokong Yahya dan pemimpin bahagian berada di luar pejabat Anwar.

Kumpulan itu, yang bertambah sehingga 70 orang, hanya bersurai empat jam kemudian selepas kedatangan Yahya tidak lama setelah berakhir pertemuan dengan Anwar.

Media tidak dibenarkan masuk ke perkarangan pejabat Anwar sewaktu Yahya berucap kepada penyokongnya kira-kira 15 minit.

Dalam pertemuan itu, katanya dalam sidang media selepas itu, beliau turut mengemukakan beberapa tuntutan bahagian PKR hasil satu mesyuarat beberapa hari lalu.

yahya sahri supporters anwar ibrahim office 250608 02Beliau juga mengemukakan cadangan untuk menambahbaikkan pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, Yahya menjelaskan tiada keputusan dicapai dalam pertemuan empat mata dengan Anwar.

Keputusan berhubung tuntutan-tuntutan itu akan dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri, yang dipengerusikan oleh Abdul Khalid, dalam masa terdekat.

Yahya, yang telah meletakkan jawatannya sebagai setiausaha perhubungan PKR negeri dan pegawai tugas-tugas khas menteri besar semalam, akan hadir bersama Anwar di mesyuarat tersebut.

Tarikhnya bagaimanapun tidak dimaklumkan.

yahya sahri supporters anwar ibrahim office 250608 badrul aminSebelum itu, kira-kira 3 petang, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Dr Badrul Amin Baharom mengumumkan kepada orang ramai termasuk wartawan bahawa pertemuan Anwar dengan Yahya tidak diadakan di pejabat itu.

Beliau (foto atas, tengah), yang juga ketua bahagian Sabak Bernam, berkata Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan Abdul Khalid selepas berjumpa Yahya.

Ditemui media selepas itu, Dr Badrul Amin berkata satu mesyuarat yang dihadiri 17 ketua bahagian dua, tiga hari lepas mengambil keputusan ingin membawa beberapa perkara kepada Anwar, antaranya pembelaan untuk aktivis Gerakan Reformasi dan rasa tidak puas hati mereka berhubung pelantikan ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan.

Bekas pensyarah itu menambah, Yahya berperanan menyampaikan suara hati ketua-ketua bahagian ini dalam pertemuan dengan Anwar.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |