Harakahdaily Ramli Yamat Wed | Jun 25, 08 | 4:19:16 pm MYT | |
KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) � Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menjelaskan hanya pemilik premis yang mana pekerja wanita beragama Islam tidak berpakaian menutup aurat sahaja dikenakan kompaun. Manakala wanita Islam yang datang ke bandar Kota Bharu sama ada untuk membeli belah atau urusan lain dikecualikan biar pun mereka tidak menutup aurat. Sebaliknya mereka hanya akan diberi nasihat supaya berbuat demikian. Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham berkata, kompaun sehingga RM500 hanya akan dikeluarkan kepada pemilik premis yang gagal mematahi peraturan di bawah Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002) yang diluluskan kerajaan negeri. �Di bawah undang-undang kecil Etika Berpakaian wanita Islam jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikompaun tidak lebih RM500,� katanya di sini semalam. MPKB BRI baru-baru ini menyebarkan risalah etika pakaian yang dikuatkuasa terhadap peniaga dan pekerja wanita Islam membabitkan beberapa larangan termasuk pakaian kain terlalu singkat, tudung tidak menutup dada, lengan baju pendek, tidak bersarung kaki dan berpakaian ketat. Pekeliling yang diedarkan itu ditandatangani Yang Dipertua, MPKB-BRI, Haji Shafie Ismail. Azman berkata, penguatkuasaan larangan mendedah aurat hanya dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan perniagaan di kawasan MPKB BRI tanpa mengira masa bukannya kepada pengunjung. Beliau juga menjelaskan laporan yang dibuat media kelmarin tidak tepat memandangkan pekeliling yang dikeluarkan hanya ditujukan kepada pemilik premis perniagaan. Akhbar sebelum ini yang memetik laporan sebuah agensi berita tempatan mendakwa MPKB BRI akan mengenakan kompaun kepada semua wanita yang tidak menutup aurat dan melarang mereka memakai gincu bagi mengelakkan gejala maksiat. �Wanita Islam dan bukan Islam yang datang ke Kota Bharu boleh memakai gincu sesuka hati mereka tetapi bagi peniaga perlulah mematuhi arahan MPKB BRI sebagaimana dikehendaki agama Islam,� katanya. Menurutnya arahan supaya menutup aurat kepada wanita Islam sama seperti arahan Jabatan Kesihatan yang mewajibkan mereka memakai tutup kepala serta apron ketika menyedia dan menghidang makanan. Kata beliau biar pun undang-undang kecil tersebut tidak melibatkan orang awam, namun MPKB BRI sentiasa mengadakan kempen supaya menutup aurat kepada wanita Islam yang datang ke bandar. �Walaupun arahan ini dikecualikan kepada wanita bukan Islam, namun mereka dinasihatkan supaya berpakaian sopan supaya tidak menimbulkan keghairahan. �Penguatkuasaan peraturan tersebut bukannya perkara baru malah ia dilaksanakan sejak lapan tahun lalu dan surat peringatan mengenainya dikeluarkan setiap tahun,� ujarnya. Sebelum ini MPKB BRI tidak menguatkuasa larangan menutup aurat sebaliknya menggalakkan wanita Islam berbuat demikian iaitu selaras dengan arahan agama. Pada peringkat awal arahan menutup aurat hanya diwajibkan kepada kakitangan kerajaan negeri dan agensinya di bawahnya termasuk juga pihak berkuasa tempatan. - mj _ |
Wednesday, June 25, 2008
Peraturan tutup aurat: Hanya pemilik premis dikenakan kompaun
Posted by
Sang Pemantau
at
4:32 PM
Labels: Harakahdaily, Kelantan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment