+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, June 25, 2008

Altantuya: Najib sifat perakuan berkanun Raja Petra 'sampah'

Mstar Online

25-06-2008 12:51:26 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Razak hari ini menyifatkan dakwaan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin bahawa isteri beliau kononnya terlibat dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu sebagai "sampah."

Dakwaan itu, kata Timbalan Perdana Menteri, hanyalah satu percubaan oleh orang yang terdesak untuk memburukkan imej politik beliau.

"Anda tidak sepatutnya meminta saya mengulas dakwaan sampah seperti itu," kata Najib kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai masalah pendatang tanpa izin ketika diminta mengulas dakwaan dibuat Raja Petra dalam satu perakuan bersumpah.

Menurut Najib, beliau mengalu-alukan siasatan polis terhadap dakwaan yang dibuat Raja Petra dalam perakuan bersumpahnya yang bertarikh 18 Jun itu.

"Isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) telah pun memberikan keterangan kepada polis," tambahnya.

Ditanya apakah motif menyebabkan blogger itu membuat dakwaan berkenaan terhadap beliau Najib berkata, dakwaan yang merupakan sampah semata-mata seperti itu hanya akan dibuat oleh seseorang yang telah benar-benar terdesak untuk memburukkan imej politik beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyangkal dakwaan Raja Petra bahawa beliau telah menerima salinan laporan daripada pihak perisikan tentera mengenai pembunuhan Altantuya.

Abdullah berkata, apa yang dilakukan oleh Raja Petra itu tidak boleh diterima kerana ia tidak benar.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |