+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, June 9, 2008

Harga ayam boleh cecah RM9 - FOMCA


DALAM keadaan banyak peniaga sudah mula menjual mahal, Safuan Sanudin cuba menarik perhatian dengan menawarkan ayam RM6 seekor di Pasar Pudu semalam.


KUALA LUMPUR - "Tidak mustahil harga ayam boleh mencecah sehingga RM9 sebab sekarang pun dengan ada harga siling, sudah sukar dikawal sampai dijual RM7.''

Demikian pandangan Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman mengenai cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna untuk mengkaji penghapusan harga siling ayam.

Beliau ketika dihubungi semalam berkata, harga ayam sebenarnya dikawal oleh penternak serta pemborong dan tanpa kawalan, tidak mustahil ia terus naik.

"Apabila harga tinggi kerajaan sukar untuk mengambil tindakan terutama kepada peniaga-peniaga yang suka mengambil kesempatan," katanya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad ketika di Pulau Pinang semalam berkata, pihaknya akan mengkaji menghapuskan paras siling harga ayam dan akan berbincang mengenainya dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Kerajaan bercadang untuk buka kepada pengimportan seperti ayam proses supaya harga di pasaran lebih kompetitif," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |