+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, June 9, 2008

Taman Tamadun Islam (TTI) Akan Jadi ‘Gajah Putih’

Buletin Online


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wartawan Buletin Online
Monday, 09 June 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita1/ttigajahputih.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Taman Tamadun Islam (TTI) sebuah projek mega ‘kontrovesi’ yang dibina semasa kerajaan Terengganu semasa dibawah kepimpinan bekas Menteri Besar Idris Jusoh akan benar-benar menjadi sebuah monumen ‘gajah putih’.

Projek yang dibiayai dengan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP – nama lain bagi royalti) telah dibina di kawasan 22.3 hektar di atas Pulau Wan Man membabitkan kos sebenarnya sebanyak RM 259 juta.

Yahaya Khatib, Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu, ketika menjawab soalan pada sidang DUN lalu telah menyatakan kos tersebut melebihi RM 10 juta dari kos asalnya yang berjumlah RM 249 juta.

The image “http://buletinonline.net/images/berita1/ttigajahputih.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. Menteri Besar, Ahmad Said pernah menyatakan rasa tidak puashatinya terhadap pembinaan TTI kerana projek tersebut tidak dirundingkan melalui kerajaan negeri, tetapi disalurkan terus kepada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT) ketika ditemubual oleh akhbar The Edge Daily.

TTI yang dijenamakan oleh bekas Exco Terengganu Wan Hisham sebagai ‘Edutainment Park’ sebuah taman pendidikan hiburan sebelum perasmiannya pada Februari lalu,

Walaupun sebelum ini ada penafian bahawa taman tema tersebut akan dikenakan tiket, kini sempena cuti sekolah TTI menawarkan tiket masuk untuk orang dewasa sebanyak RM 10 dan kanak-kanak RM 5.

Seorang pengunjung, Encik Ahmad Yusri, 40, dari Kuala Lumpur, menyatakan tidak berhasrat mengunjungi taman monumen yang mengandungi replika binaan bersejarah dunia Islam.

Beliau yang datang bercuti bersama keluarga berkata, tiket masuk tersebut agak mahal walaupun dikatakan pihak TTI sedang menawarkan harga promosi.

”Saya datang dengan isteri dan tiga orang anak, sekiranya hendak masuk saya terpaksa membelanjakan RM 35 dan mengorbankan makan malam seisi keluarga,” katanya ketika ditemui Buletin Online sekitar kawasan Masjid Kristal, kelmarin.

Isteri Encik Ahmad, Puan Hasnah menyarankan supaya tiket yang dikenakan untuk memasuki taman monument itu lebih murah kerana konsepnya hanya melihat ‘benda mati’.
The image “http://buletinonline.net/images/berita1/tikettti.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

”Macam masuk muzium, kan hanya melihat ‘benda-benda mati’, mana ada muzium yang kenakan tiket mahal,” kata Puan Hasnah.

Seorang lagi pengunjung ditemui menyangka bahawa taman tema tersebut adalah percuma kerana tidak ada maklumat yang diterima mengenai bayaran yang dikenakan.

Beliau yang tidak mahu dikenali menyatakan apa yang beliau tahu melawat masjid Kristal Pulau Wan Man adalah percuma.

Beliau berpendapat taman monumen tersebut mungkin akan menjadi binaan ‘gajah putih’ kerana kos pembinaan yang mahal dan tidak dikunjungi ramai.

Pemerhatian yang dibuat oleh Buletin Online ramai pengunjung yang bertumpu untuk melihat masjid Kristal dan sekitarnya.

Kawasan tempat letak kereta berhadapan dengan taman monumen tidak menjadi pilihan untuk orang ramai meletakkan kenderaan mereka.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |