+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, August 10, 2008

Dr M: Anwar akan menang di Permatang Pauh

Malaysiakini

Aug 9, 08 6:13pm

Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai calon "istimewa" yang mampu menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada
26 Ogos ini.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, Penasihat PKR itu akan memenangi pilihanraya tersebut kerana ia merupakan kubu kuat beliau di samping BN juga sudah hilang kredibiliti setelah gagal menawan kawasan berkenaan pada beberapa pilihanraya umum lalu.

"Ketika ini, saya tidak nampak sesiapa (calon), tentunya dari BN. Anwar akan menang. (Tapi) apa yang menarik ialah margin. Sama ada (undi) lebih besar dan lebih kecil dari apa yang beliau (Anwar) dapat pada masa lalu," katanya ketika ditanya mengenai pandangan beliau berhubung calon yang mampu menentang Anwar dalam pilihanraya tersebut.

mahathir mohamad 04Sebelum itu, Dr Mahathir menyampaikan syarahan di forum bertajuk "Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu" anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu, di Kuala Terengganu hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata jika Anwar memperolehi majoriti yang lebih besar, ia tidak bermakna bahawa bekas timbalan perdana menteri itu semakin popular dan mendapat sokongan rakyat.

Sebaliknya, Bernama memetik bekas perdana menteri itu sebagai berkata ini menunjukkan bahawa BN khususnya Umno sudah semakin tidak diterima rakyat.

"Jika majoriti undi yang diperolehi Anwar kurang...Umno boleh terus ke depan (untuk kembali mendapat sokongan rakyat)," katanya.

Calon bebas

Ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak supaya beliau bertanding sebagai calon Bebas pada pilihanraya kecil itu, Dr Mahathir berkata: "Tak mungkin. Saya telah berundur pada 2003 dan saya telah kata saya tidak akan datang semula. Tetapi saya punya hak sebagai warga untuk membuat ulasan mengenai negara saya".

Beliau berkata jika terdapat calon Bebas bertanding dalam pilihanraya kecil itu, ia akan hanya memecahkan undi calon BN dan PKR.

"Terpulang siapa (calon Bebas) yang bertanding. Kalau dia dari serpihan PAS, kemungkinan ia akan mengurangkan undi kepada Anwar...kalau dia bekas Umno, maka dia akan menambah kelebihan undi kepada Anwar. Tetapi tidak ada kemungkinan calon Bebas ini akan menang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan kekal sebagai presiden Umno walaupun Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menawarkan diri untuk merebut jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu Disember ini.

"Ku Li (Tengku Razaleigh) harus menilai sokongan ahli. Saya dapati cuma di peringkat rendah (akar umbi) yang menyokongnya. (Sebaliknya) Pak Lah mendapat sokongan dari ketua-ketua bahagian Umno sehingga mereka tidak boleh buka mulut sama sekali.

"Dulu mereka (ketua bahagian) yang pernah cabar Datuk Seri Abdullah, sekarang senyap...saya fikir susah (bagi Tengku Razaleigh untuk menang).

"(Bagaimanapun) dalam parti Pak Lah akan menang tetapi dalam pilihanraya, dia akan kalah," katanya.

2 comments:

Unknown said...

Ini hanya ramalan TDM je. Tapi memang tak mustahil Anwar akan menang di Permatang Pauh kerana rasanya masih ramai lagi yang taksub dan belum sedar siapa Anwar yang sebenar. Apapun kita tunggu keputusan undi nanti...

Unknown said...

kepala hotak kau cakap macam tu..lintahbertulang.ko ingat rakyat permatang pauh nie tak tau ke ape yang dorang buat..dorang pandai la.ko tu yang bodoh mengalahkan babi hutan..aku dah fed up dengan politik kotor ni..berapa orang umno sekarang bagi ko duit,haaa??kalau ko seorang yang berjaya sekalipun,semua sebab kerajaan Tun Dr.M..ko tak sedar ke?ape perubahan yang pak lah bawak sejak jadi PM ni.koridor pembangunan?tak siap2.minyak ngan harga barang?yes..jangan harap la dia akan bina lagi bangunan2 cam putrajaya,menara berkembar petronas,menara KL,banyak lagi..oh ye,ade satu.Masjid Kristal yang mane umat Islam tak boleh tunaikan solat Jumaat kat situ..atau dalam nama lainnye,masjid Hadhari.pikir balik la bro..
yang benar...PENDEKARLAUT.

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |