+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, August 10, 2008

Nik Aziz pertahan lantik menantu

Malaysiakini

Aug 9, 08 2:57pm

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan wujudnya unsur kronisme dalam pelantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), sebaliknya dibuat berdasarkan kelayakannya.

nik azizBeliau berkata, Ariff Fahmi Abdul Rahman yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan dipercayai mampu menjalankan tanggungjawab itu setelah CEO sebelum ini meletak jawatan.

"Jadi saya lantik bukan atas dasar menantu tetapi atas dasar kelayakan dia (Ariff Fahmi)," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ni.

Bernama memetik Nik Aziz sebagai berkata beliau telah menjelaskan kepada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu, sebab-sebab pelantikan menantunya itu.

Semalam media melaporkan mengenai beberapa pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) memasuki premis PMBK di Kota Bharu untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu yang berbangkit termasuk salah guna kuasa.

Nik Aziz sebelum ini berkata beliau sedia disiasat oleh BPR sekiranya wujud unsur-unsur salah guna kuasa dalam pelantikan menantunya itu.

1 comments:

Unknown said...

Tak kira apa jua alasan Nik Aziz, kronisme tetap berlaku pada beliau. Mengapa beliau boleh sedangkan bila Pak Lah tak boleh? Cuba Pak Lah cuba pertahankan kedudukan Khairy Jamaludin, sudah pasti Pak Lah akan dihentam oleh Nik Aziz dan PAS...

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |