+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, September 25, 2008

Dua tren LRT berlanggar - 300 terperangkap, empat cedera ringan akibat terhantuk


ZULAZHAR SHEBLEE Salah seorang penumpang yang cedera diusung untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat kemalangan yang melibatkan dua buah tren LRT di Bukit Jalil semalam.


KUALA LUMPUR – “Saya terdengar bunyi dentuman kuat sebelum semua penumpang yang berdiri terjatuh dan mengerang kesakitan. “Keadaan bertambah cemas bekalan elektrik dan penghawa dingin tiba-tiba mati hingga menyebabkan kami terperangkap kira-kira setengah jam di dalam tren.

Itulah kata penumpang R. Perumal, 48, ketika menceritakan kejadian dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) aliran Sri Petaling, berlanggar kira-kira 200 meter dari stesen Bukit Jalil di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 6.32 petang itu seramai 300 penumpang terkandas termasuk empat daripadanya mengalami kecederaan ringan akibat terjatuh dan terhantuk ke dinding.

Keempat-empat yang cedera termasuk seorang lelaki kemudiannya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan.

Menurut Perumal, dia yang merupakan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong.

“Dalam tempoh setengah jam itu, kami beramai-ramai cuba membuka pintu sebelum berjaya keluar dari tren,” katanya yang turut mengalami kecederaan ringan di leher.

Seorang lagi penumpang, Fariz Anuar, 26, memberitahu mereka turut dimaklumkan oleh pegawai bertugas bahawa tren mereka mengalami masalah dan tergendala buat sementara waktu beberapa minit selepas berlaku pelanggaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid KL, Sufian Baharuddin berkata, siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada masalah teknikal.

“Setakat ini kami masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian dan laporan penuh berhubung kejadian hanya akan diperoleh pagi esok (hari ini).

“Stesen di Sri Petaling, Sungai Besi dan Bukit Jalil diarah tutup serta merta bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut serta merta,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |