+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, September 25, 2008

Najib batal lawatan kerja ke AS, cetus perhatian

Mstar Online

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri membatalkan lawatan kerja selama tujuh hari ke Amerika Syarikat (AS) yang sepatutnya bermula hari ini, sekali gus mencetuskan tumpuan banyak pihak yang mengaitkannya dengan senario politik semasa.

Bagaimanapun Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam kenyataan dikeluarkan lewat petang semalam menjelaskan, keputusan tersebut hanya berkaitan dengan usaha memperkukuh ekonomi, yang berhadapan dengan kesan krisisi ekonomi peringkat global khususnya di AS.

"Adalah dimaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri tidak akan mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat dari 25 September hingga 1 Oktober seperti yang dijadualkan sebelum ini," kata kenyataan Pejabat Timbalan Perdana Menteri lewat petang semalam.

Menurut kenyataan itu, pembatalan lawatan kerja telah dipersetuji oleh Perdana Menteri.

Minggu lalu Najib menangguhkan lawatan kerja tiga hari ke Arab Saudi.

Khamis lalu, Najib menjelaskan bahawa beliau menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi disebabkan beliau perlu menyusun semula jadualnya bagi membolehkannya memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan Isnin lalu.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri berkata, penangguhan itu tidak ada kena mengena dengan senario politik dalam negara.

Kenyataan semalam menjelaskan, keputusan itu diambil ekoran ekonomi di peringkat antarabangsa yang menuntut perhatian Timbalan Perdana Menteri untuk menjamin keadaan ekonomi negara terus kukuh.

Menurut kenyataan itu lagi, pelantikan beliau sebagai Menteri Kewangan berkuat kuasa 17 September lalu memerlukan masa untuk mendapatkan segala taklimat mengenai perkembangan semasa ekonomi negara daripada pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Ekoran pembatalan tersebut, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang kini berada di AS akan mewakili negara di sesi ke-63 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selaku Ketua Delegasi Malaysia.

Seterusnya beliau akan menyampaikan ucaptama pada 27 September, kata kenyataan itu lagi.

Antara lain ucapan tersebut akan menyentuh mengenai pendirian Malaysia dalam beberapa isu khususnya yang menjurus kepada kedaulatan negara, krisis makanan dan masalah lanun.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |