Malaysiakini |
Jimadie Shah Othman | Sep 25, 08 1:11pm |
Atas alasan strategi, mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR malam tadi memutuskan bahawa hanya Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang boleh membuat sebarang kenyataan mengenai peralihan kuasa.![]() “Sebarang kenyataan hanya akan mengganggu proses (tersebut). Sepatutnya sebelum dibuat, hendaklah berbincangan dengan Anwar, hanya beliau yang tahu apa ceritanya,” kata sumber-sumber itu ketika ditanya mengenai mesyuarat khas itu yang berlangsung di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya. Selain daripada anggota MPT, beberapa ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, turut dijemput menghadirinya. ![]() Kelmarin, Tian Chua dilaporkan berkata, Pakatan telah mula berunding dengan kerajaan berhubung peralihan kuasa. Tian juga dilaporkan berkata bahawa hubungan awal itu dibuat melalui orang tengah Pakatan Rakyat dengan orang tengah perdana menteri. Bagaimanapun, ia dinafikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada hari yang sama dan menyifatkannya sebagai “laporan yang paling gila”. Malaysiakini difahamkan pertemuan yang dimaksud ahli parlimen Batu itu memang wujud. Menurut Sumber-sumber itu lagi, senarai penuh ahli parlimen BN yang akan melompat kepada Pakatan juga tidak dibentangkan. Mesyuarat semalam mensasarkan pembentukan kerajaan baru dapat dibuat selepas hari raya Aidilfitri ini, tambah sumber. Selain, mesyuarat malam tadi juga menyarankan supaya diperbanyakkan program penerangan untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai peralihan secara aman. |
Thursday, September 25, 2008
Tukar k'jaan: Hanya Anwar boleh buat kenyataan
Posted by
Sang Pemantau
at
5:29 PM
Labels: DSAI, Malaysia baru, malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment