| Malaysiakini |
| Abdul Rahim Sabri | Jun 13, 08 6:57pm |
Perarakan membantah kenaikan harga minyak bermula sebaik sahaja selesai solat Jumaat di masjid Kampung Baru dengan teriakan "Turun-turun, turun minyak", "Turun-turun, turun BN", "Turun-turun, turun Pak Lah" dan "Rakyat-rakyat, rakyat bangkit". Kemudian kumpulan lebih 1,000 penyokong pembangkang bergerak menuju ke pintu keluar masjid menuju ke simpang empat Jalan Raja Abdullah-Jalan Raja Alang.Sekumpulan 20 anggota polis berada di sepanjang jalan di situ, hanya memerhati orang ramai bergerak keluar dari kawasan masjid. Bagaimanapun, setibanya di simpang tersebut, kira-kira 30 orang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah membentuk benteng halangan bagi menyekat orang ramai masuk ke Jalan Raja Abdullah untuk ke Jalan Sultan Ismail dan seterusnya menuju ke KLCC. Ketika itu bilangan mereka menyertai perarakan tersebut telah mencecah kira-kira 2,000. Mengetuai perarakan tersebut ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang juga ahli parlimen Kubang Kerian. Bagi mengelak bertembung dengan anggota FRU di situ, mereka meneruskan perarakan melalui Jalan Raja Alang, menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di kawasan Chow Kit.Kira-kira 20 anggota polis turut mengikuti mereka bagi memantau keadaan. Manakala di Chow Kit pula kelihatan kira-kira 10 anggota polis ditempatkan di situ. Bawa kain rentang Seorang anggota polis kelihatan memberhentikan lalulintas ketika perarakan itu hendak membelok masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Perarakan itu terhenti seketika di situ, menyebabkan lalulintas menjadi sesak dan kenderaan merangkak perlahan-lahan di belakang mereka, sambil membunyikan hon masing-masing. Peserta perarakan membawa pelbagai kain rentang mengutuk kenaikan harga minyak. Satu daripada kain rentang tersebut berbunyi "Najib kata: Minyak tak akan naik selepas pilihanraya. Mereka tipu rakyat, Dollah kata petrol naik 78 sen, diesel naik RM1'.Mereka menyusuri jalan TAR dan kemudian sampai di persimpangan tetapi tidak membelok ke Jalan Sultan Ismail yang menuju ke KLCC. Bagaimanapun, mereka meneruskan perarakan menuju ke bangunan Kompleks Pertama, bersebelahan Sogo. Setibanya di situ pada kira-kira jam 2.37 petang, lebih 500 orang daripada mereka duduk di tengah-tengah jalan di simpang empat lampu isyarat Jalan TAR-Jalan Dang Wangi. Manakala yang lain berdiri mengelilingi mereka yang duduk di tengah-tengah simpang tersebut.Ketika itu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berucap kepada orang ramai. Selain Salahuddin, wakil rakyat Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin, timbalan ketua Pemuda PAS Nasaruddin Tantawi, naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan naib presiden PAS Mohamad Sabu. Bersurai jam 3.20 petang Kesemua pemimpin Pakatan ini berada di tengah-tengah kumpulan yang duduk di simpang tersebut. Ucapan mereka disambut dengan tepukan gemuruh serta laungan "Turun-turun, turun minyak", "Turun-turun, turun BN", "Turun-turun, turun Pak Lah" dan "Rakyat-rakyat, rakyat bangkit". Salahuddin kemudiannya bangun, diikuti pemimpin-pemimpin lain melalui jalan kecil antara bangunan Kompleks Pertama dan bangunan Sogo, menuju masuk ke Jalan Raja Laut.Lebih kurang 1,000 mengikuti Salahuddin dan barisan pemimpin Pakatan menuju ke bangunan ibu pejabat PAS yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ. Manakala anggota Unit Amal PAS membantu mengawal lalulintas dalam perjalanan mereka kira-kira 15 minit untuk sampai ke ibu pejabat PAS. Salahuddin sekali lagi berucap kepada orang ramai, meminta mereka supaya hadir menyertai satu lagi bantahan besar-besaran di ibu negara pada 5 Julai depan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes). Beliau kemudiannya meminta orang ramai supaya bersurai secara aman dari situ pada kira-kira jam 3.20 petang.Walaupun mereka bersurai tetapi kira-kira 30 anggota FRU masih kelihatan memantau keadaan di depan pejabat pembangkang itu. Mereka bersurai kira-kira 20 minit kemudian. Tiada sebarang tangkapan atau sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang perarakan tersebut. Semuanya berjalan secara aman. Polis juga tidak menggunakan gas pemedih mata atau meriam air untuk menyuraikan mereka. |
Saturday, June 14, 2008
Perarakan aman bantah isu minyak
Friday, June 13, 2008
Mufti Perlis rayu Mahathir-Pak Lah-Anwar-Nik Aziz 'duduk semeja'
Mstar Online
13-06-2008 04:07:15 PM
Oleh ZIEMAN
MUFTI Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menyeru pemimpin-pemimpin Melayu Muslim agar duduk semeja atas semangat persaudaraan untuk menyelesaikan masalah negara yang sedang dihadapi kini.
Dr Asri membuat seruan ini setelah melihat perkembangan politik yang tidak berapa sihat dewasa ini.
"Memandangkan masa depan umat Islam yang mula goyah maka saya merayu pemimpin-pemimpin politik Melayu Islam agar dapat duduk semeja atas semangat persaudaraan Islam bukan atas semangat politik kepartian," kata Dr Asri ketika dihubungi di sini tengahari.
Katanya lagi, masa depan negara dan umat lebih utama daripada segala-galanya.
"Maka saya merayu kepada tokoh-tokoh yang mempunyai hubungan baik dengan saya iaitu Tun Mahathir, Datuk Seri Abdullah Badawi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Aziz agar sudi duduk semeja demi kepentingan negara," jelas Dr Asri.
Menurut Dr Asri, keadaan politik semasa membuat beliau terpanggil untuk membuat rayuan ini.
"Disebabkan ketidaksefahaman ini, orang lain mengambil kesempatan dan ini bukanlah masa yang sesuai untuk kita terus bertelagah," katanya.
Beliau juga menyarankan masa sekarang ini untuk mereka berbincang tentang masalah negara yang sudah mencapai tahap kronik ini.
"Saya rasa masa sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk mereka membincangkan hal tersebut. Setiap pemimpin juga perlu berdiskusi dengan parti masing-masing tentang apa yang mereka inginkan demi mencapai matlamat rakyat dan negara.
"Saya cuma mencadangkan. Walaubagaimanapun, saya rasa mereka patut lakukannya sambil mendengar luahan hati antara satu sama lain," terang Dr. Asri lagi.
Jika mereka bersetuju, mahukah Dr. Asri dilantik menjadi 'orang tengah' di dalam perbincangan tersebut?
Katanya, "Biarlah mereka pilih sendiri orang yang lebih sesuai."
Dalam isu lain yang bersangkutan, Dr Asri mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan pusat dan negeri yang berusaha melakukan pemotongan elaun demi kepentingan rakyat.
"Di harapkan langkah-langkah lain terus diambil. Pihak istana-istana di seluruh negara juga perlu melakukan tindakan yang menggambarkan keprihatinan mereka terhadap rakyat.
"Demikian juga syarikat-syarikat swasta dan badan koperat yang berasingan yang mempunyai pendapatan yang tinggi termasuk Petronas perlu mengambil langkah yang sama. Pada masa inilah kita semua cuba membuktikan tangungjawab dan cinta kita terhadap rakyat,” kata Dr Asri.
Dr Asri akan mengulas lagi tentang isu ini petang nanti di Hotel Vistana di dalam satu sidang akhbar.
0 comments Labels: mstar online, mufti
Tuntutan rebat tunai dilanjut tahun depan
Oleh Mohamed Farid Noh
1.7 juta pembayar cukai jalan fasa pertama layak mohon
KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.7 juta pemilik kenderaan persendirian di negara ini yang memperbaharui cukai jalan daripada 1 April hingga 31 Mei lalu, layak menuntut rebat tunai pada fasa pertama pembayaran bermula esok.
Pos Malaysia Bhd (PMB) memutuskan untuk melanjutkan pembayaran rebat tunai fasa pertama itu yang dijadualkan berakhir pada 30 Jun ini sehingga 31 Mac tahun depan bagi mengelakkan kesesakan di pejabat pos seluruh negara.Tuntutan rebat tunai itu boleh dilakukan di semua 683 pejabat pos seluruh negara, kecuali di Bukit Bendera, Pulau Pinang; Pulau Carey, Selangor dan Changkat Jering, Perak yang tidak dilengkapkan dengan sistem komputer bersepadu kerana aliran pengguna yang rendah.
Pembayaran rebat tunai fasa kedua pula akan dimulakan pada 1 Julai ini bagi pemilik kenderaan yang membayar atau memperbaharui cukai jalan sepanjang tempoh antara 1 Jun 2008 hingga 31 Mac tahun depan.
Pemilik kenderaan yang layak dibenarkan menuntut rebat bagi maksimum lima kenderaan persendirian (termasuk motosikal dan kereta), tetapi waris pemilik yang sudah meninggal dunia tidak layak berbuat demikian jika penukaran nama pemilik dibuat.
Pemangku Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMB, Datuk Abu Huraira Abu Yazid, berkata sepanjang pelaksanaan pembayaran fasa pertama rebat tunai yang bermula esok sehingga 30 Jun ini, pihak ketiga tidak dibenarkan untuk membuat tuntutan bagi pemilik sebenar.
Sebaliknya, katanya, pihak ketiga hanya dibenarkan mewakili pemilik kenderaan persendirian mulai pembayaran fasa kedua bagi melancarkan urusan dan mengelak kekeliruan timbul ketika sesi pembayaran fasa pertama.
"Pemilik kenderaan mestilah datang sendiri bagi menuntut rebat tunai itu dan tuntutan akan dibayar secara tunai. Pemilik juga hanya perlu membawa kad pengenalan diri (MyKad atau kad tentera dan polis) dan mengisi borang tuntutan di pejabat pos.
"Pemilik perlu mengisi borang tuntutan yang boleh diperoleh di pejabat pos dengan maklumat peribadi membabitkan nama penuh pemilik kenderaan, nombor kad pengenalan serta nombor pendaftaran kenderaan sebelum menyerahkannya di kaunter.
"Kerani kaunter akan mengesahkan kelayakan bagi mendapatkan rebat melalui sistem maklumat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum menyerahkannya kepada mereka yang layak. Segala persiapan sudah dibuat dan PMB ingin menasihatkan pemilik kenderaan bahawa mereka mempunyai masa yang cukup sehingga 31 Mac tahun depan untuk membuat tuntutan," katanya dalam sesi taklimat media di Ibu Pejabat PMB, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Kewangan, Datuk Ibrahim Mahaluddin Puteh dan Ketua Unit Maklumat dan Teknologi PMB, Rosdeen Hassan.
Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 2,000cc dan trak pikap serta jip sehingga 2,500cc akan diberi bayaran tunai RM625 setahun.
Pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 250cc pula menerima bayaran tunai RM150 setahun. Pembayaran itu pada awalnya dijadual 1 Julai, tetapi dipercepatkan ke esok bagi mengurangkan beban rakyat.
0 comments Labels: Berita Harian, bohong rakyat
Minda Pembaca: Kerajaan Malaysia tanggung berbilion ringgit subsidi kepada Singapura
| KLpos | | |
| Oleh Reformis Muda | |
| Jumaat, 13 Jun 2008 | |
| MUNGKIN diantara kita terleka dan berhujjah berkenaan subsidi Minyak yang kononnya diberikan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno kepada Rakyatnya,Namun ramai diantara kita mungkin terlupa bahawa kerajaan Malaysia juga menanggung pelbagai subsidi terutama subsidi air kepada rakyat Singapura. ada dikalangan pemimpin pembangkang juga gagal menyedarkan rakyat dalam isu ini. Tidakkah kita hairan suatu ketika bila Kerajaan menghalang warga Thailand membeli minyak di sempadan Malaysia, Najib Tun Razak dengan jelas dalam sidang medianya memberikan keistimewaan kepada warga Singapura dimana di sempadan Singapura dikecualikan dari sekatan, kononya atas sebab ramai dari rakyat kita bekerja disana. Namun ia hanya satu alasan. pemimpin Umno lebih rela menekan warga Thailand yang majoritinya Melayu Islam dan memberikan keistimewaan kepada majoriti Cina dari Singapura. Apakah warga Singapura tidak menyeludup? atau diberikan keistimewaan dan lesen oleh kerajaan Malaysia untuk menyeludup? apakah ratusan ribu kenderaan yang menyeberang tambak johor setiap minggu itu datang untuk melancong semata mata? apakah oleh kerana mereka berkereta mewah mereka tidak menyeludup Minyak dan bahan makan yang disubsidi ke Singapura? disini akan saya huraikan apa yang telah kerajaan Malaysia berikan subsidi kepada rakyat Singapura . mereka cukup menekan dan berkira dengan rakyat sendiri, tetapi membela rakyat Singapura. Walaupun kita tahu kerajaan malaysia terikat dengan perjanjian bodoh dengan Singapura, namun kerajaan Malaysia melanggar perjanjian dengan rakyat sendiri, bagaimana Kerajaan Malaysia melanggar perjanjian royalti Minyak terhadap rakyat Terengganu tetapi begitu taat kepada Singapura walaupun harga air yang dijual sudah tidak logik di akal namun kerajaan malaysia terus melayan baik Singapura. sebutkan mana mana negara dalam dunia ini menjual air pada kadar 3sen seribu gelen? malah kerajaan Cina sendiri menjual air kepada wilayah Hongkong tanah jajahannya juga lebih 4 dollar seribu gelen.apakah kos menyeleggara dan kerja kerja membekalkan air pada singapura percuma? apakah kos penyelenggaraan tidak meningkat seperti mana kos menggerudi minyak bak kata Sharir Samad? berapa kos yang dikeluarkan Kerajaan Malaysia kepada Singapura? tidakkah itu subsidi!! itupun kerajaan Malaysia tetap melayan baik Singapura walaupun Negara tersebut terlalu kurang ajar kerana mereka 1sen pun tidak mahu harga tersebut dinaikkan. kenapa Kerajaan malaysia tidak dahulukan hal harga air ini berbanding tuntutan pulau batu putih ke Mahkamah Antarabangsa.sekarang anda lihat fakta tersebut berkenaan perjanjian air antara Malaysia dan Singapura. kalau diikut pada kiraan 50sen harga yang patut dijual Malaysia kepada Singapura ini bermakna Malaysia memberikan subsidi air kepada SINGAPURA lebih 7 BILLION setahun. inipun dikira jauh lebih rendah dari cas air di Selangor. lihat perjanjian tersebut . PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962
PERJANJIAN AIR 1990
2. Kerajaan Malaysia memberikan Subsidi Minyak kepada Singapura. Kiriman melalui email |
0 comments Labels: klpos, subsidi
Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan
Tranungkite Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya : Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah. Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum. Al-Fatihah.
Dilulus terbit pada Friday, June 13 @ 08:23:16 MYT oleh SongkokPutih
Oleh husamjr
"
Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.
Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.
Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.
0 comments Labels: dalam kenangan, pemimpin rakyat, tranungkite
Dua Ahli Parlimen SAPP tinggalkan BN?
Cerita lompat parti muncul kembali…kali ini khabar terbaru yang tersebar ialah dua Ahli Parlimen dari Parti SAPP, pimpinan Datuk Yong Teck Lee telah membuat keputusan untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN).
Menurut seorang yang rapat dengan kalangan Ahli Parlimen yang memberitahu Agendadaily, cerita mengenainya kini tersebar luas di kalangan Ahli-Ahli Parlimen.
Malah, dua Ahli Parlimen dari parti SAPP disebut secara terbuka merupakan mereka yang akan mengucapkan selamat tinggal kepada BN.
Kedua-duanya ialah Ahli Parlimen Sepanggar, Enchin Majimbun dan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui.
Bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu, Agendadaily telah menghubungi kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan.
Majimbun yang menolak khabar kononnya beliau telah meninggalkan BN berkata, sehingga kini mereka masih lagi kekal bersama parti itu.
“Tapi kita tidak tahulah di masa depan macam mana,” katanya.
Sambil menyifatkan berita yang tersebar itu sebagai khabar angin, beliau berkata, apa yang penting beberapa perkara yang disampaikan kepada kerajaan Pusat untuk negeri Sabah hendaklah ditunaikan.
“Kita ucap terima kasihlah kepada beberapa perkara yang telah diberikan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri tapi kita masih tungu perkara-perkara lain yang belum dipenuhi,” jelasnya.
Kenyataan beliau dipercayai berkaitan dengan beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen Sabah termasuk soal pembangunan di negeri berkenaan kepada kerajaan Pusat.
Bulan lalu, dalam temuraham dengan Agendadaily Teck Lee memberikan isyarat ada dua pintu sebagai pilihan kepada mereka dalam mencari penyelesaian isu-isu yang berkaitan dengan negeri Sabah.
Katanya, pintu pertama ialah menyelesaikan semua tuntutan yang dibuat atau jika tidak pintu kedua ialah keluar meninggalkan BN. Beliau memberikan tempoh sehingga Ogos depan untuk penyelesaian dibuat.
Sementara itu Ahli Parlimen Tawau, Chua Soon pula berkata, beliau tidak tahu menahu tentang cerita yang disebarkan itu.
“Hari ini kita hadir taklimat Bajet BNBBC (Kelab Penyokong Kerajaan BN) sama-sama dengan Perdana Menteri. Jadi saya tidak tahu menahu soal cerita ini,” katanya. – 12/6/2008
0 comments Labels: agenda daily, keluar BN
Minyak: Rakyat marah, ragui k'jaan
| Malaysiakini |
| Jun 13, 08 4:07pm |
| Tinjauan Gerakan mendedahkan orang ramai masih marah dan ragu-ragu terhadap kerajaan walaupun telah seminggu pengumuman kenaikan mendadak harga minyak dan beberapa langkah susulan, kata Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Pemangku presiden parti itu menambah, langkah-langkah mengawal kesan buruk kenaikan itu tidak memadai tanpa usaha kerajaan segera menutup "jurang kredibiliti" yang mendorong orang ramai terus-menerus mempertikai. "Selain mengambil langkah menyerap kesan besar kenaikan tiba-tiba harga minyak, kerajaan persekutuan seharusnya segera mendekatknya jurang kredibiliti yang terus-menerus mencipta tanggapan dan reaksi negatif (terhadapnya)," kata Koh dalam satu kenyataan. "Daripada maklum balas yang kami terima, seminggu selepas kenaikan harga minyak, walaupun kerajaan membuat bermacam-macam pengumuman (mengawalnya), anggota masyarakat masih berasa tidak gembira dan ragu-ragu pada kerajaan."Sementara itu, kira-kira 2,000 penyokong pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat menyertai demonstrasi hari ini (foto atas) dalam satu perarakan terbesar sejak pengumuman kerajaan Rabu minggu lepas. Mereka bergerak dari masjid Kampung Baru ke Kompleks Pertama setelah gagal berarak ke Suria KLCC, seperti dirancang. Dalam tempoh seminggu kenaikan harga itu, beberapa demonstrasi kecil pernah diadakan di beberapa lokasi seluruh negara, antaranya di Kuching, Ipoh, Sungai Petani, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Satu lagi kumpulan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) merancang menganjurkan 'Perhimpunan Aman Protes Sejuta Rakyat' pada petang 5 Julai di KLCC. |
0 comments Labels: harga minyak, malaysiakini, perhimpunan rakyat
Nik Aziz cetus cadangan gaji dua kali sebulan empat tahun lalu
| Harakahdaily Lanjusoh Thu | Jun 12, 08 | 8:55:14 pm MYT | |
|
Malah kerajaan negeri sudah membuat kajian mengenai cadangan tersebut dan ia didapati agak kurang sesuai kerana memerlukan kakitangan lebih ramai dan menyukarkan dari aspek pentadbiran. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, cadangan mengenai perkara itu empat tahun lepas dicetus kerana memikirkan cara meringankan bebanan kakitangan kerajaan. �Bagaimanapun selepas dikemukakan kepada pegawai, mereka menjelaskan pelaksanaan agak sukar kerana ia memerlukan lebih ramai lagi kakitangan untuk melaksanakan tugas tersebut. �Selain itu banyak lagi kesulitan lain yang bakal dihadapi. Jadi ekoran timbul masalah tersebut menyebabkan cadangan saya itu belum lagi dapat dilaksanakan di Kelantan,� katanya pada persidangan media di kediamannya di Pulau Melaka, hari ini. Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan gaji pegawai dan kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan mulai Ogos depan. Menurutnya langkah itu dibuat bagi membantu kakitangan awam mengurus perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah ekoran kenaikan harga bahan api. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya ada pihak lain yang mampu melaksanakan gaji dua kali sebulan beliau turut menyokongnya. Ditanya konsep Islam Hadhari yang ditolak kerajaan Selangor dan negeri-negeri Pakatan Rakyat katanya, Kelantan tidaklah sampai mahu mengharamnya. �Biar pun saya tahu Islam Hadhari adalah karut namun saya lebih suka menjawabnya kembali dengan fakta-fakta dan nas-nas al Quran. �Kalaulah betul konsep Islam Hadhari, di mana pula Iman Hadhari kerana Islam dan Iman tidak boleh diasingkan. Ia akan disoal di akhirat kelak,� ujarnya. Beliau juga bimbang suasana dalam negara tidak akan menjadi aman lagi kerana kehidupan rakyat semakin terdesak sekarang ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini. Menurutnya, tidak boleh ditolak kemungkinan akan berleluasa gejala mencuri, merompak dan pelbagai lagi perlakuan jenayah kerana kehidupan rakyat semakin tertekan. Oleh itu katanya adalah menjadi hak rakyat untuk berdemontrasi bagi membantah kenaikan harga minyak bagi menyatakan masalah mereka. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menjelaskan elaun wakil rakyat PAS di Kelantan dipotong sejak lebih 18 tahun lalu kerana memikirkan kebajikan rakyat perlu diutamakan. �Saya sendiri kalau hadir pada mesyuarat lembaga anak-anak syarikat milik kerajaan negeri meminta pegawai memotong 50 peratus elaun yang diperuntukkan kepada saya,� ujarnya. Kelmarin Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberitahu setiap wakil rakyat PAS di Kelantan dipotong elaun bulanan sebanyak 25 peratus untuk Tabung Serambi Mekah dan kebajikan parti serta rakyat. - mj _ |
0 comments Labels: Harakahdaily, TGNA
Kemudian kumpulan lebih 1,000 penyokong pembangkang bergerak menuju ke pintu keluar masjid menuju ke simpang empat Jalan Raja Abdullah-Jalan Raja Alang.
Bagi mengelak bertembung dengan anggota FRU di situ, mereka meneruskan perarakan melalui Jalan Raja Alang, menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di kawasan Chow Kit.
Peserta perarakan membawa pelbagai kain rentang mengutuk kenaikan harga minyak. Satu daripada kain rentang tersebut berbunyi "Najib kata: Minyak tak akan naik selepas pilihanraya. Mereka tipu rakyat, Dollah kata petrol naik 78 sen, diesel naik RM1'.
Manakala yang lain berdiri mengelilingi mereka yang duduk di tengah-tengah simpang tersebut.
Salahuddin kemudiannya bangun, diikuti pemimpin-pemimpin lain melalui jalan kecil antara bangunan Kompleks Pertama dan bangunan Sogo, menuju masuk ke Jalan Raja Laut.
Beliau kemudiannya meminta orang ramai supaya bersurai secara aman dari situ pada kira-kira jam 3.20 petang.

"Daripada maklum balas yang kami terima, seminggu selepas kenaikan harga minyak, walaupun kerajaan membuat bermacam-macam pengumuman (mengawalnya), anggota masyarakat masih berasa tidak gembira dan ragu-ragu pada kerajaan."