cyberita online Ini setelah pengharaman memegang jawatan awam yang dikenakan ke atasnya tamat, sedekad selepas beliau dipecat sebagai perdana menteri Malaysia. Tamatnya pengharaman itu menandakan berakhirnya satu saga luar biasa yang melihat Datuk Anwar dikenakan tuduhan salah laku seks dan rasuah, yang menyebabkan beliau terpaksa menjalani hukuman penjara selama enam tahun sebelum kembali menonjol dalam pilihan raya umumbersejarah Malaysia pada 8 Mac lalu. Dengan Datuk Anwar berada ditampuk pimpinan pembangkang, satu pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) kelihatan lebih cergas untuk merebut sepertiga kerusi Parlimen dan kerajaan lima negeri. Ia juga menandakan pencapaian paling teruk bagi Barisan Nasional (BN), parti campuran yang telah memerintah Malaysia selama setengah abad. Kini, pemimpin pembangkang berusia 60 tahun itu sekali lagi dianggap sebagai calon perdana menteri masa depan, tetapi kali ini untuk Pakatan Rakyat, yang dibentuk oleh PKR, PAS dan DAP, yang disifatkan oleh beliau sebagai sebuah 'kerajaan dalam penantian'. Datuk Anwar dijangka menyertai semula parlimen melalui satu pilihan raya kecil di kawasanundi PKR, dan dijangka mencabar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam satu 'undian tidak yakin' di parlimen. Namun, Datuk Anwar berkata beliau tidak akan tergesa-gesa untuk bertindak demikian. -- AFP.
KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyambut kepulangan rasminya dalam arena politik.
Monday, April 14, 2008
ANWAR SAMBUT KEPULANGAN RASMI KE ARENA POLITIK
Posted by
Sang Pemantau
at
6:08 PM
Labels: DSAI, Media luar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment