+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, April 14, 2008

Selangor.FM: Menteri Penerangan didakwa tak reti bahasa

Harakahdaily

Saidah Hairan

Mon | Apr 14, 08 | 11:48:53 am MYT

KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Chik perlu mendalami bahasa Melayu supaya dapat membezakan istilah 'ugutan' dengan kuasa yang ada pada seorang Menteri Besar sebelum menuduh pemimpin Pakatan Rakyat sebagai 'gila kuasa'.

Sebelum ini permohonan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terhadap Radio Selangor.FM� supaya menyediakan ruang kepada MB dan exco Selangor selama sejam seminggu untuk berinteraksi dengan rakyat dianggap satu ugutan oleh Shabery.

Melalui siaran berkenaan Menteri Besar berhasrat menerangkan dasar-dasar kerajaan negeri serta isu semasa yang tidak diberikan respons sewajarnya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi dalam mengulas perkembangan itu berkata, jika selama ini Radio Selangor.FM boleh memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dan menjadi suara kepada kerajaan Umno-BN apa salahnya jika diteruskan kaedah tersebut dengan kerajaan baru Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, kerajaan sekarang adalah pilihan rakyat yang lebih demokratik untuk memberi layanan adil kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik.

"Shabery sebagai Menteri Penerangan perlu membuktikan betapa demokrasi kementeriannya sebelum melemparkan tuduhan bahawa Khalid Ibrahim gila kuasa," tegas beliau.

Katanya, tindakan Radio Selangor.FM tidak memberi ruang kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu mengundang kebencian rakyat terhadap media Penerangan yang dikuasai Umno-BN.

Beliau berkata, dalam suasana BN-Umno 'nyawa-nyawa ikan' sepatutnya pimpinan mereka memberi khidmat terbaik kepada rakyat tetapi perkara itu tidak berlaku.

Tambah beliau, Menteri Besar membuat tindakan tersebut bukan mahu menunjukkan keangkuhan tetapi kapasiti sebagai MB terhadap premis yang ada di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

Beliau bertanya apakah wajar Radio Selangor.FM berada di SUK tetapi tidak boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri.

"Jadi apa guna dia (Radio Selangor.FM) tinggal di SUK. Itu pun sudah baik MB memberi tempoh selama dua minggu. Sepatutnya dalam tempoh tersebut Shabery boleh membuat rundingan dengan MB tetapi melakukan tindakan tanpa kematangan," tegasnya. - lanh

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |