+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, April 14, 2008

Soal Politik Biar Orang Politik Selesaikan, Kata Abdullah

Bernama



Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diapit Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (kiri) dan timbalannya, Datuk Kong Cho Ha (kanan) ketika menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya. Foto: Mazlan Samion

PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Isnin berkata kakitangan awam hendaklah menyerahkan soal politik kepada orang politik selesaikan.

Perdana Menteri meminta kakitangan awam menjalankan tugas sebagai penjawat awam dengan melaksanakan arahan kerajaan dari semasa ke semasa.

"Soal politik biar orang politik selesaikan. Peranan pegawai kerajaan laksana arahan dari semasa ke semasa," katanya Abdullah yang juga Menteri Kewangan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini.

Bagaimanapun, beliau tidak menghuraikan dengan lebih lanjut maksud "soal politik biar orang politik selesaikan."
Abdullah mengulangi kenyataannya tidak mahu kementerian itu menjadi penyebab sesuatu projek atau dasar kerajaan tidak dapat dilaksanakan akibat kelewatan memproses permintaan agensi pelaksana.

"Kita tak nak permintaan agensi pelaksana tersangkut di Perbendaharaan," katanya.

Abdullah berkata segala permohonan yang dikemukakan kepada kementerian itu perlu diberi keutamaan dan perhatian segera supaya agensi pelaksana dapat melaksanakan kerja mereka dengan segera.

Ini termasuk soal keputusan tender yang dikemukakan oleh kementerian dan agensi lain, katanya.

Hal ini penting lebih-lebih lagi tempoh untuk melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan dan kajian pertengahan penggal rancangan itu sedang dibuat, kata Abdullah.

"Kukuhkan tekad supaya apa yang dirancang dapat dilaksanakan," katanya.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

-- BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |