+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, April 14, 2008

Projek kereta api laju KL-Singapura tak wujud


Berita Harian


SUMBANGAN IKHLAS: Nor Mohamed menyampaikan bantuan kewangan kepada 134 keluarga mangsa ribut di Dewan Mohamad Taib, Tasek Gelugor, semalam.

Kerajaan belum buat sebarang keputusan cadangan YTL

KEPALA BATAS: Kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura yang bernilai RM8 bilion, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, perkara itu sebaiknya diputuskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) kerana unit itu saja yang boleh memberikan jawapan tepat.

"Setakat ini tiada sebarang keputusan mengenainya. Projek itu tidak wujud," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kewangan kepada 134 keluarga mangsa ribut di sini, semalam.


Akhbar semalam melaporkan Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) membantah projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura dengan alasan ia merugikan.

Kelmarin, Pengarah Urusan YTL, Tan Sri Dr Francis Yeoh, berkata pihaknya yakin projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura apabila siap kelak boleh menjimatkan penggunaan petrol dan juga subsidi ke atas bahan api.

Sementara itu, Nor Mohamed berkata, kerajaan juga sedang berusaha untuk mencari mekanisme bagi membendung isu inflasi di negara ini.
"Kerajaan sedar mengenai pentingnya untuk membendung inflasi dan satu mekanisme untuk jangka panjang dan jangka pendek perlu diberi perhatian," katanya.

Beliau berkata, dalam situasi ekonomi dunia tidak menentu khususnya di Amerika Syarikat, Malaysia masih berada dalam keadaan selamat kerana tidak terlalu bergantung kepada negara itu.

"Tahun kebelakangan ini Malaysia juga ada membuat hubungan dagang dengan beberapa negara lain, jadi kita masih ada kelebihan sekiranya Amerika Syarikat dilanda krisis ekonomi," katanya. � Bernama

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |